Ikuti Dialog Negara Khas: "Di Sebalik Keputusan…" menerusi RTM serta saluran media tempatan lain jam 9.00 malam ini.
Saya akan menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan para panelis yang mewakili pelbagai segmen masyarakat, khususnya menyentuh dasar, pertimbangan dan keputusan Kerajaan dalam mengemudi negara.
Mudah-mudahan wacana ini dapat memberi pencerahan, merungkai kekeliruan serta memperkukuh kefahaman rakyat mengenai hala tuju negara, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Memberikan penghormatan terakhir buat sahabat, Sasterawan Negara A. Samad Said di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Bangsar.
Negara kehilangan sosok pendidik bangsa yang menumpahkan seluruh jiwa dan hayatnya kepada sastera, seni dan budaya, dan lewat tulisan serta puisinya, Pak Samad mengajar kita untuk lebih peka terhadap derita insan dan lebih berani menyuarakan kebenaran.
Pak Samad yang saya kenali adalah antara sahabat yang tetap setia tatkala saya terbungkam di penjara, dan surat-surat yang kami utuskan antara satu sama lain memberi saya kekuatan dalam menempuh saat-saat sukar, sementara persahabatan kami terus mekar selepas saya dibebaskan.
Ketika kita bangkit melawan kezaliman, Pak Samad teguh dengan prinsipnya, menyuntik semangat lewat kata-katanya, menyumbang buah fikiran dan menjadikan puisi sebagai senjata perjuangan, dengan suara yang lembut namun pendirian yang tegas.
Selamat jalan, Pak Samad. Surat-suratmu akan sentiasa terpahat dalam ingatan, begitu juga kesetiaan seorang sahabat yang hadir tatkala saya amat memerlukannya.
Saya dan Azizah mendoakan agar seluruh ahli keluarga Pak Samad dikurniakan kekuatan serta ketabahan dalam menempuh ujian kehilangan ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Pak Samad, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.
Al-Fatihah.
Anwar Ibrahim retweeted
🚨 DEWAN ULAMA PAS TETAP ISTIQAMAH: GST ADALAH HARAM! 🚨
Sementara pihak lain (BN-PN) sibuk nak pusing balik dan aplikasikan semula GST yang membebankan rakyat, Dewan Ulama PAS tetap teguh dengan pendirian asal.
🤖 Made with AI
Anwar Ibrahim retweeted
PM arah kementerian, agensi perkemas pelaksanaan PuTERA35
suarakeadilan.my/post/pm-ara…
Anwar Ibrahim retweeted
Malaysia to continue working with Myanmar on refugee repatriation, PM says after genocide ruling reuters.com/world/asia-pacif…
Anwar Ibrahim retweeted
Jawatan Besar Tak Halang Saya Dengar Apa Kata Ulama - PMX
.
.
.
Video: Aqira Azemi
#malaysiagazette #PMX #AnwarIbrahim
Anwar Ibrahim retweeted
Malaysia’s Anwar says Beijing ‘extremely reasonable’ in South China Sea talks scmp.com/week-asia/politics/…
Anwar Ibrahim retweeted
Tiada pencen selepas berhenti Navy, kini terima RM500 sebulan. “Besar pada saya,” katanya.
Pengarah filem veteran Z. Lokman berkongsi kisah kelangsungan hidupnya. Berusia 80 tahun, anak bongsu masih 13 tahun. Tiada pencen kerana berkhidmat 13 tahun saja.
Alhamdulillah sepanjang empat tahun ini, kita telah bersama-sama berusaha memulihkan ekonomi negara, memperbaiki tatakelola dan mengangkat martabat rakyat.
Insya-Allah dalam baki penggal ini, saya akan terus bekerja keras untuk kesejahteraan saudara dan saudari, dan untuk Malaysia yang kita cintai.
MAKA KAMI 🇲🇾
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Saya menerima khabar pemergian Sasterawan Negara A. Samad Said dengan rasa hiba dan sayu. Lewat ‘Salina’ (1961), Pak Samad mendekatkan kita kepada insan yang sering tersisih, agar kita turut menggarap duka dan memperjuang harapan mereka. Kasihnya kepada rakyat akan terus hidup dalam karya-karyanya, juga dalam kecekalannya membela bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan.
Azizah dan saya menzahirkan rahmat ke atas ruh Pak Samad dan mengurniakan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan. Mendoakan segala dosanya dikurniakan keampunan dan ruhnya diberi tempat istimewa disisiNya.
ANWAR IBRAHIM
Mesyuarat Majlis Sains Negara (MSN) Bilangan 2 Tahun 2026 yang saya mempengerusikan hari ini menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) negara agar terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi serta daya saing Malaysia.
Perancangan strategik ini penting dalam memastikan keupayaan STI negara dimanfaatkan bagi menghasilkan penyelesaian terhadap cabaran ekonomi, termasuk ketidaktentuan kewangan dan gangguan rantaian bekalan global.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha memperkukuh kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global (GII) melalui penjajaran indikator STI, pembangunan fasiliti Biofoundry Perubatan Regeneratif Nasional menerusi kerjasama Bioeconomy Development Corporation (BEC) dan BioVerde Technologies Sdn. Bhd. (BVT) Sarawak, serta hala tuju pembangunan teknologi kuantum negara.
Saya mahu setiap inisiatif ini diberikan perhatian dan dipantau secara berterusan bagi memastikan pelaksanaannya mengikut garis masa yang ditetapkan, sekali gus membawa manfaat nyata kepada rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Anwar Ibrahim retweeted
Tidak biarkan Zahid bersendirian, Anwar tampil beri penjelasan.
Itulah yang menjadikan tindakan PM Anwar lebih menarik daripada sekadar menjawab kepada isu Rohingya.
#MalaysiaMADANI #KerajaanPerpaduan #AnwarIbrahim #ZahidHamidi #Rohingya
Anwar Ibrahim retweeted
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Islam tidak boleh dijadikan topeng untuk melakukan penyelewengan, rasuah dan penindasan, sebaliknya perlu menjadi asas dalam membina masyarakat yang lebih adil dan bersih.
Beliau berkata, pemikiran penjajah masih belum terhapus sepenuhnya dan usaha memperkukuh kesedaran Islam serta jati diri masyarakat perlu diteruskan.
Anwar Ibrahim retweeted
KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI MERANGKAP KETUA SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN
PERTEMUAN DENGAN PREMIER SARAWAK PERKUKUH PERSEFAHAMAN PERSEKUTUAN-SARAWAK
PUTRAJAYA, 24 November 2026 – Pada kunjungan saya ke Sarawak semalam saya telah mengadakan pertemuan dengan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak bagi membincangkan beberapa perkara berkepentingan bersama yang melibatkan isu-isu keselamatan, politik, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Kami bersetuju bahawa kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat harus terus menjadi keutamaan.
Semangat saling menghormati, persefahaman dan kepercayaan perlu terus menjadi asas hubungan Persekutuan-Sarawak.
Dalam konteks politik negara, saya menghargai komitmen dan sokongan Sarawak terhadap usaha Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kestabilan politik dan kesinambungan pentadbiran negara.
Kerjasama serta persefahaman ini amat penting bagi membolehkan kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan ekonomi, pelaksanaan reformasi dan kesejahteraan rakyat.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
MENTERI DALAM NEGERI
KETUA SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN
24 NOVEMBER 2026
Anwar Ibrahim retweeted
Siasat dakwaan pemimpin Umno terima tanah - AMK Johor
suarakeadilan.my/post/siasat…
Anwar Ibrahim retweeted
Masjid Putra menjadi saksi ribuan jiwa berhimpun demi menghayati warisan hadis Rasulullah ﷺ yang sentiasa kita rindu.
Para ulama' dan peserta hadir dari pelbagai pelosok dunia.
Syukur, tanah air kita sentiasa subur dengan majlis ilmu yang berlaun tertib.
Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
🎥 Azhar (Media Menteri Agama)
@anwaribrahim
@MyJAKIM
Anwar Ibrahim retweeted
Gilababiy field marshal syed asim munir bhaiii
Beliau gagal menahan diriii – at Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Menerima kunjungan hormat Chief of Army Staff dan Chief of Defence Forces Pakistan, Field Marshal Syed Asim Munir serta merakamkan ucapan tahniah atas pemasyhuran beliau ke ‘Hall of Fame’ Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Malaysia.
Pertemuan ini membuka ruang untuk kami bertukar pandangan terkait perkembangan keselamatan serantau dan antarabangsa, termasuk usaha meredakan ketegangan di Asia Barat, kepentingan menjamin keselamatan maritim global serta keperluan mengutamakan dialog dan kawalan diri dalam menangani ketegangan di sempadan, dengan menghormati kedaulatan negara dan melindungi orang awam.
Malaysia dan Pakistan turut berkongsi komitmen untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan, termasuk melalui kerjasama tiga hala bersama Türkiye, selain meneroka ruang kolaborasi dalam keselamatan maritim dan usaha membanteras keganasan.
Kerjasama erat ini penting dalam mendukung keamanan, kestabilan dan keselamatan bersama, khususnya di rantau ini.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI



































