HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun) header
HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun) profile picture
Joined June 2015
Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)
๐‰๐€๐‹๐: ๐๐ข๐š๐ซ ๐…๐š๐ค๐ญ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› Dalam sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat sebentar tadi, saya telah menjelaskan kedudukan sebenar pengurusan kewangan dan pelaksanaan Program Jalan Luar Bandar (JALB) di KKDW. Saya berharap penjelasan yang telah diberikan dapat menjawab kekeliruan yang timbul dan membolehkan isu ini dinilai berdasarkan fakta yang lengkap. Setiap peruntukan dan penyelarasan tetap melalui proses serta tatacara kewangan Kerajaan yang ditetapkan. Yang paling penting, JALB ini adalah untuk rakyat di pedesaan. Apabila projek tertangguh, rakyat juga yang menunggu. Sebab itu kita mesti pastikan wang awam diurus dengan baik dan projek yang diperlukan rakyat dapat disiapkan. Biarlah fakta yang menjawab. Cukup-cukuplah dengan persepsi yang mengelirukan. #JALB #KKDW #PejuangDesa #DewanRakyat #ParlimenMalaysia
14
4
29
1,287
Dengan kesatuan hati, semangat yang membara dan usaha berterusan, kita akan berjuang sedaya upaya demi memastikan kemenangan Barisan Nasional demi masa depan Melaka yang gemilang... Kita lawanโ€ฆ LAWAN SAMPAI MENANG! Mana Lagi? Melaka Ler! #GelombangBiru #KitaGengBiru #BarisanNasional #MelakaLer
23
4
3
33
1,863
Inilah Malaysia yang kita idamkan. Tak timbul isu bangsa dan kaum. Yang ada hanya Malaysia yang kita kongsikan.
1
3
195
InsyaAllah ke Melaka kita berkampung. Pakat elok elok. Elakkan konflik, insyaAllah menang kita.
4
2
10
320
Syukur Alhamdulillah hari ini kita solat jumaat di Masjid Kg Kuak bersama para jemaah. Mudah-mudah segala urusan kita di hari yang penuh barokah ini dipermudah. Amin Ya Rabbal Alamin. #PerakSejahtera2030
3
4
82
Dari kawasan jelapang padi, kini Kerian melangkah menjadi antara hab industri baharu di Perak. Alhamdulillah, hari ini saya menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kerian Industrial City (KIC) di Parit Buntar, satu lagi perkembangan penting dalam usaha kita merancakkan ekonomi di utara Perak. Dengan nilai pembangunan sekitar RM700 juta di kawasan seluas 287 ekar, projek ini dijangka membuka hampir 12,000 peluang pekerjaan. Selain beri ruang kepada usahawan tempatan, vendor dan industri sokongan untuk turut berkembang. Malah, kedudukan Kerian yang berhampiran Batu Kawan dan Kulim juga menjadi kelebihan untuk kita menarik lebih banyak pelaburan. Apatah lagi dengan pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) yang akan saling melengkapi. Saya mahu peluang-peluang yang akan terbentang ini dinikmati oleh anak-anak Perak kita. Biar mereka dapat bina kerjaya, peroleh pendapatan yang lebih baik dan mencari rezeki di negeri sendiri tanpa perlu berhijrah ke negeri orang. Insya-Allah, kita akan terus usaha bagi memastikan setiap pembangunan yang dirancang benar-benar membawa perubahan kepada kehidupan rakyat. Semoga segalanya dipermudah. #PerakSejahtera2030
4
3
106
HAMDAN RUKUN retweeted
Hutang Dan Liabiliti Kerajaan Persekutuan Cecah RM1.76 Trilion Jumlah hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan mencecah RM1.76 trilion, bersamaan 80.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), setakat akhir Jun 2026. Jumlah ini merangkumi: - Hutang Kerajaan Persekutuan. - Komitmen jaminan kerajaan. - Komitmen kewangan kerjasama awam-swasta (PPP) dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Angka tersebut merujuk kepada hutang serta tanggungan kerajaan, bukannya keseluruhan hutang semua pihak di Malaysia. Hutang peribadi rakyat dan hutang syarikat swasta tidak semuanya termasuk dalam pengiraan ini. Sumber: Bernama Biz / Kementerian Kewangan.
12
10
2
26
2,875
Rakyat datang untuk mengadu masalah mereka & memerlukan bantuan. Jadi, tugas kita untuk dengar dan cuba bantu sebaik mungkin. Hari ini, barisan pentadbiran Kerajaan Negeri meneruskan usaha santuni rakyat di Tanjung Malim dalam Program Hari Bertemu Pelanggan Siri Ke-7 tahun ini. Kali ini kita terima sebanyak 120 aduan. Dan Alhamdulillah, daripada 1,306 aduan yang diterima sehingga siri keenam, 81 peratus atau 1,064 aduan telah berjaya diselesaikan. Seperti edisi sebelum ini, pelbagai kemudahan kita bawa dekat dengan rakyat termasuk jualan barangan murah melalui Jualan Sejahtera Rakyat & Jualan Rahmah Sempat juga saya menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Perak SADC kepada 24 penerima. 20 pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah dan UPSI terima laptop, manakala empat lagi menerima bantuan perubatan dan modal perniagaan. Insya-Allah, semoga usaha yang kita buat ini dapat banyak membantu menyelesaikan isu-isu yang membelenggu rakyat serta mendekatkan lagi hubungan rakyat & kerajaan negeri. #PerakSejahtera2030
2
3
132
HAMDAN RUKUN retweeted
Demi menyakitkan hati para ceplos ahli neraka.......inilah PM terbaik Malaysia pernah ada
120
25
9
104
6,197
HAMDAN RUKUN retweeted
Replying to @PittKF
Berusaha la menghasut anak-anak non....tapi rakyat tetap tolak PH
6
5
1
19
228
Mengiringi keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 (Hari Pertama) yang berlangsung di Istana Negara hari ini. Semoga segala urusan dan perbincangan dalam mesyuarat ini berjalan lancar serta dapat membawa kebaikan kepada negeri Perak dan negara seluruhnya, insya-Allah. Daulat Tuanku. #PerakSejahtera2030
2
4
87
Hari ini saya berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri Kali Ke-184 di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datoโ€™ Hj Ismail Lasim. Semoga setiap perbincangan yang dibuat terus memberi manfaat, khususnya dalam membuka lebih banyak ruang dan peluang pendidikan kepada anak-anak yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. #PerakSejahtera2030
1
3
68
HAMDAN RUKUN retweeted
Malam tadi kita baca Yaasin & solat hajat untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM tak lama lagi. Bila tengok wajah anak-anak, teringat zaman kita mengajar dulu. Faham sangat macam mana debarannya bila peperiksaan besar dah makin dekat. Sekarang ni musim masing-masing tengah sibuk buat persiapan, ulang kaji pelajaran. Apapun buat yang terbaik. Study, study juga. Tapi makan & kesihatan kena jaga, tidur kena cukup. Di pihak Kerajaan Negeri, macam-macam ikhtiar kita dah buat. Daripada program motivasi dan kecemerlangan akademik, pemberian buku rujukan tambahan percuma hinggalah makanan tengah hari percuma sepanjang peperiksaan. Semuanya kita usahakan supaya anak-anak dapat belajar dan menghadapi peperiksaan dengan lebih bersedia. Selebihnya, bergantung pada usaha anak-anak sendiri. Jangan mudah mengalah dan jangan lupa minta doa serta restu mak ayah dan guru-guru. Saya doakan semoga segala penat lelah anak-anak selama ini membuahkan hasil yang membanggakan. Insya-Allah. All the best, anak-anak Perak! #PerakSejahtera2030
2
4
118
HAMDAN RUKUN retweeted
Rasa kagum bila melihat macam-macam produk, idea dan sistem yang diinovasi dibangunkan oleh penjawat awam, penyelidik, pemain industri serta anak-anak pelajar di Konvensyen Inovasi Peringkat Negeri Perak 2026 petang tadi. Kadang-kadang, inovasi tak perlu bermula dengan sesuatu yang besar. Cukup bila kita nampak satu masalah, kemudian kita fikir bagaimana nak selesaikan dengan cara yang lebih baik. Saya harap idea-idea baik ini tak hanya berhenti setakat pertandingan, sijil atau hadiah. Kalau terbukti berkesan, kita beri ruang untuk diuji, diperbaiki dan akhirnya digunakan supaya manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat. Saya mahu Perak terus menjadi negeri yang memberi ruang kepada idea yang baik, pegawainya berani menambah baik, anak mudanya berani mencipta dan akhirnya rakyat dapat merasakan sendiri hasilnya. Semoga lebih banyak idea yang lahir hari ini dapat dikembangkan menjadi penyelesaian yang memudahkan urusan kita semua. Insya-Allah. #PerakSejahtera2030
1
3
85
๐๐ ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ: ๐€๐ ๐ž๐ง๐๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ข๐ซ๐ฎ Malam tadi, BN Forum kembali untuk siri ke-12 dengan membawa perbincangan mengenai Agenda Malaysia Biru bersama barisan panel yang cukup berpengalaman dan dikenali iaitu YB Dato' Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, saudara Khairy Jamaluddin, Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi dan Prof. Datoโ€™ Dr. Sivamurugan Pandian. Banyak pandangan, teguran dan idea yang telah dikemukakan sepanjang forum ini. Bagi saya, sesuatu gagasan tidak akan menjadi lebih baik jika kita hanya mahu mendengar perkara yang menyenangkan. Ia perlu dicabar, diperhalusi dan diperkukuh supaya akhirnya benar-benar mampu menjawab persoalan yang dekat dengan kehidupan rakyat. Agenda Malaysia Biru lahir daripada satu persoalan yang saya sering fikirkan iaitu mengenai "Malaysia bagaimana yang mahu kita bina untuk generasi akan datang?" Politik tidak boleh selamanya berputar pada pertelingkahan yang sama. Rakyat mahu melihat pekerjaan yang lebih baik, peluang memiliki, kehidupan yang lebih terjamin dan sebuah negara yang mempunyai keyakinan untuk menentukan masa depannya sendiri. Sebab itu saya mahu perbincangan mengenai Agenda Malaysia Biru terus diperluas selepas ini dengan melibatkan lebih ramai pakar, industri, anak muda dan masyarakat dari seluruh negara. Kalau ada yang perlu diperbaiki, kita perbaiki. Kalau ada yang lebih baik, kita dengarkan. Kerana akhirnya, Agenda Malaysia Biru tidak boleh berhenti sebagai sebuah gagasan yang kita bicarakan. Ia mesti menjadi masa depan yang kita bina bersama. #BNForum #BetterNation #AgendaMalaysiaBiru #BarisanNasional
48
8
3
50
3,823
HAMDAN RUKUN retweeted
Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Daulat Tuanku. #PerakSejahtera2030 โ€“ at Belanja, Perak
3
1
7
141
Alhamdulillah. Selamat sampai di tanahair selepas umrah dan ziarah. Semoga Allah anugerahi umrah yang mabrur.
3
8
417
HAMDAN RUKUN retweeted
ANTHONY LOKE, JANGAN LARI โ€” INI TANGGUNGJAWAB ANDA! Zetrix AI, syarikat yang mengendalikan kutipan berkaitan JPJ, dilaporkan mempunyai tunggakan lebih RM200 juta kepada kerajaan sejak kontrak bermula pada 2023. Persoalannya: mengapa tindakan segera tidak diambil? Mengapa rakyat hanya mengetahui isu sebesar ini selepas ia didedahkan oleh media Singapura, bukannya daripada Kementerian Pengangkutan sendiri? Kalau benar wang kutipan awam lebih RM200 juta masih belum diserahkan, siapa yang memantau dan siapa yang bertanggungjawab? Anthony Loke, ini tanggungjawab anda sebagai Menteri Pengangkutan. Dulu bila bercakap tentang letak jawatan, anda letakkan pelbagai syarat dan โ€œgarisan merahโ€. Kali ini bukan sekadar melintasi garisan merah. Semua lampu merah sudah dilanggar! Jadi, kalau benar anda berpegang pada prinsip dan akauntabiliti, tak perlu tunggu syarat lain โ€” letaklah jawatan. Hai Anthonyโ€ฆ what is your game? Your game is over. Rakyat mahu jawapan!
๐Ÿค– Made with AI
31
37
3
63
2,464
Hari ini saya berbesar hati kerana menerima kunjungan hormat TYT Naiyl M. Latypov, Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia di pejabat saya. Sambil bersuai kenal, kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik dunia serta meneroka peluang kerjasama di antara Perak dan Rusia. Antara yang dibincangkan termasuk potensi dalam bidang ekonomi, tenaga boleh baharu, industri halal, pelancongan dan teknologi pertanian. Saya turut berkongsi mengenai beberapa pusat pertumbuhan baharu yang sedang rancak dibangunkan di Perak seperti AHTV di Tanjong Malim, LuMIC di Lumut, KIGIP di Kerian, SVTP di Kinta serta Perak HIP di Manjung. Perak mempunyai banyak potensi untuk diketengahkan. Sebab itu kita mahu terus buka jaringan dengan rakan-rakan antarabangsa, supaya lebih banyak peluang dapat dibawa masuk dan akhirnya memberi manfaat kepada negeri serta rakyat. Lebih bermakna, tahun hadapan bakal menandakan 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Rusia. Semoga hubungan yang telah lama terjalin ini terus diperkukuh, dan membuka lebih banyak ruang kerjasama antara Perak dan Rusia pada masa akan datang. #PerakSejahtera2030
3
4
88
Cerita bersama anak-anak muda dalam Jelajah Siswa Anak Perak di Kolej Matrikulasi Gopeng baru-baru ini. Moga anak-anak terus belajar bersungguh-sungguh dan kejar apa yang diimpikan. Insya-Allah dengan semangat, kreativiti dan keberanian anak-anak semua, Perak akan terus melangkah lebih jauh pada masa hadapan. #PerakSejahtera2030 โ€“ at Belanja, Perak
2
3
105