Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis) header
Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis) profile picture

VISI Peneraju komunikasi kerajaan yang berwibawa. MISI Memasarkan maklumat kerajaan secara strategik melalui pelbagai kaedah komunikasi.

Perlis, Malaysia
Joined January 2014
Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
💼 Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan melabur sebanyak RM2 bilion bagi memperkasa syarikat Bumiputera.
1
17
2
21
612
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Menerusi pelaburan ini, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) akan membantu syarikat Bumiputera menuju penyenaraian awam serta memperkukuh pemilikan hartanah strategik. #Belanjawan2027 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #JabatanPenerangan
11
14
45
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
🏥 Pelan MediAsas mampu milik akan dilancarkan mulai Januari 2027 dengan bayaran hospital berdasarkan jenis diagnosis dan rawatan supaya kos lebih terkawal serta mudah dijangka. 💳 Ahli KWSP berusia bawah 55 tahun turut dibenarkan membayar premium melalui Akaun Sejahtera.
1
13
2
16
511
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
👩‍⚕️ Kadar Bayaran Insentif Pos Basik (BIPB) dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan sebagai penghargaan kepada 47,000 anggota paramedik dan jururawat atas khidmat bakti mereka dalam sektor kesihatan. #Belanjawan2027 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
19
2
20
384
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Kapsul JAPENTV | Belanjawan 2027 | Insentif Pengeluaran Getah (IPG) 🛣️ Peruntukan bagi membaik pulih jalan-jalan ladang digandakan daripada RM50 juta kepada RM100 juta.
1
17
2
22
857
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
🌳 Kerajaan turut bersetuju meningkatkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) buat kali ketiga, daripada RM3.00 kepada RM3.30 sekilogram, berbanding RM2.50 sekilogram pada tahun 2022. 📈 Peningkatan kadar IPG ini dijangka memanfaatkan lebih 300,000 pekebun kecil getah.
1
9
13
45
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Belanjawan 2027 meningkatkan peruntukan Bantuan Warga Emas kepada RM1.3 bilion bagi hampir 200,000 penerima. Kadar pencen minimum turut dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan. 👵💰
1
17
2
20
424
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Inisiatif lain merangkumi kemudahan pengeluaran bulanan melalui i-EMAS, latihan penjaga warga emas, pembangunan pusat penjagaan bersepadu serta peluasan pelepasan cukai bagi perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek. 🏥🤝
1
10
14
52
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
👩‍⚕️ Lebih RM40 juta disediakan melalui HRD Corp bagi melatih 8,000 individu dalam bidang penjagaan warga emas, sekali gus membuka peluang pekerjaan dan memperkukuh tenaga kerja sektor penjagaan. #Belanjawan2027 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #JabatanPenerangan
16
2
18
389
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Saya berkesempatan ketemu Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon di bawah kerangka Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2026. Di dalam pertemuan dua hala tersebut, kami menyentuh mengenai perkembangan hubungan dua hala dan beliau turut menyampaikan jemputan kepada saya untuk berkunjung ke ‘Negeri Kiwi’ tersebut. Sementalahan, kami bertukar pandangan mengenai Sidang Kemuncak ASEAN di Manila yang baru selesai, selain menyentuh usaha memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam memperluas peluang perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan New Zealand. Menjelang sambutan ulangtahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-NZ pada 2027 kelak, saya berharap persahabatan yang telah terpatri sekian lama ini terus membuka ruang kerjasama baharu yang pastinya membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. #APEC2026 #ASEAN49 #YakinMADANI #DiplomasiMADANI
19
2
29
313
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Hadir dan mengambil bahagian sebagai panelis dalam Sidang Idea Malaysia di Festival Idea Putrajaya 2026, yang menghimpunkan pemimpin, ahli akademik, pembuat dasar, industri dan masyarakat untuk berkongsi pandangan serta idea tentang masa depan Malaysia. Tema tahun ini, “Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani”, mengingatkan kita bahawa kemajuan teknologi mesti bergerak seiring dengan kepentingan manusia. Idea bukan sekadar untuk dibincangkan. Kita perlu meneroka, mencabar cara fikir lama dan menterjemahkannya kepada penyelesaian sebenar. Sekurang-kurangnya 10 agenda utama daripada festival ini akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan tindakan lanjut demi kepentingan rakyat, insya-Allah. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
20
1
28
334
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Alhamdulillah, bagi tempoh Januari hingga September 2026, Malaysia merekodkan RM350.4 bilion pelaburan diluluskan, meningkat 20.7 peratus berbanding tahun lalu yang bakal menjana 152,090 peluang pekerjaan baharu buat rakyat. Pencapaian ini membuktikan keyakinan tinggi pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap kestabilan politik, kejelasan dasar serta hala tuju Ekonomi MADANI. Namun, kejayaan ini bukan sekadar soal angka. Kerajaan MADANI melalui MITI dan MIDA akan terus memastikan setiap pelaburan ini direalisasikan menjadi pekerjaan berkualiti, memacu industri tempatan, serta memberi limpahan ekonomi yang benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. #MalaysiaMADANI #EkonomiMADANI #InvestMalaysia #InvestLokal
23
1
30
364
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Harga petrol dan diesel di Malaysia kekal antara yang terendah berbanding beberapa negara lain meskipun berdepan tekanan kenaikan harga akibat krisis bekalan global. ⛽🌍
1
26
1
30
387
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Bagi tempoh 19 hingga 25 November 2026, harga BUDI95 ditetapkan pada RM1.99 seliter manakala BUDI Diesel pada RM2.10 seliter, berbanding harga pam tanpa subsidi masing-masing RM3.72 dan RM4.72 seliter. 🚗💰 #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI #TaatSetia
17
1
24
113
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang lebih kukuh.
1
31
1
34
487
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Pertumbuhan eksport pula dipacu oleh permintaan terhadap produk berkaitan teknologi dan komoditi utama. 📈🌐 Inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.9 peratus, manakala ekonomi Malaysia dijangka berkembang melebihi 5.0 peratus pada 2026
1
17
24
84
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Penyelarasan peranan pelbagai pihak termasuk organisasi pengurusan kolektif (CMO), persatuan muzik dan platform penstriman antara perkara yang perlu diteliti dalam usaha menggubal akta khusus bagi industri muzik negara. Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata penelitian itu penting memandangkan industri muzik kini melibatkan pelbagai saluran pengedaran kandungan, termasuk platform penstriman dalam talian serta penyiaran radio dan televisyen yang tertakluk kepada bidang kuasa berbeza. Berita penuh: bernama.com/bm/am/news.php?i… #BernamaNews
24
31
216
Jabatan Penerangan Negeri Perlis retweeted
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) menerima 159,728 panggilan berkaitan penipuan dalam talian bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, dengan jumlah kerugian direkodkan sebanyak RM250.35 juta. 📞💻
1
29
32
448