
#YNWA (You’re Nothing Without ALLAH)
Malaysia
Joined April 2010
- Tweets59.1K
- Following499
- Followers5.4K
- Likes17.5K
RT @PetraJayaMP: Putrajaya | 30 Oktober 2026 | Jumaat
Syabas dan tahniah Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) Sdn. Bhd. atas kejayaan mer…
Misiah Taib retweeted
Hari ini, menerima kunjungan delegasi Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia (PPHM) yang diketuai Presiden Kebangsaan, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San di Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa, khususnya berkaitan pembangunan ekonomi, peluang perniagaan serta prospek pertumbuhan industri tempatan.
Saya turut menggalakkan para pengusaha tempatan untuk terus meneroka pasaran antarabangsa, memperluas jaringan perniagaan dan meningkatkan daya saing, di samping menyokong usaha kerajaan memperkukuh industri kecil dan sederhana (IKS) sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
#MadaniBekerja
#MalaysiaMadani
Parlimen l 28 Oktober 2026 l Rabu
Misiah Taib retweeted
Usai menggulung perbahasan di Dewan Rakyat lewat petang tadi, saya berkesempatan menziarahi pengawal pengiring polis saya, Sarjan Mohammad Gusman, yang kini sedang diuji kesihatan beliau dan menjalani rawatan di Ampang Puteri Specialist Hospital.
Mendoakan agar saudara Mohammad Gusman dikurniakan Allah SWT sebaik-baik kesembuhan…Aamiin
(27 Oktober 2026)
Misiah Taib retweeted
Parlimen | 27 Oktober 2026 | Selasa
Alhamdulillah, saya telah menyempurnakan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Dewan Rakyat petang ini.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan, teguran dan cadangan yang dikemukakan. Setiap isu yang dibangkitkan mencerminkan harapan rakyat agar bekalan air dan elektrik lebih terjamin, risiko bencana dapat dikurangkan dan pembangunan negara dilaksanakan secara mampan.
Belanjawan MADANI Kelima Tahun 2027 memperuntukkan RM5.33 bilion kepada PETRA, termasuk RM4.93 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Peruntukan ini membawa amanah besar untuk memastikan manfaat pembangunan benar-benar sampai kepada rakyat.
Antara fokus utama PETRA ialah:
✅ Memperkukuh tebatan banjir dan perlindungan pesisir melalui pelaksanaan 151 projek tebatan banjir serta 50 projek pengawalan hakisan pantai dan pemuliharaan muara sungai.
✅ Menjamin bekalan air bersih dan berterusan melalui penggantian paip kritikal, pengurangan kehilangan air serta pengukuhan infrastruktur bekalan air di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
✅ Melindungi pengguna elektrik melalui langkah bantuan bersasar, penambahbaikan mekanisme AFA serta pelaburan bagi memperkukuh kestabilan Grid Nasional.
✅ Mempercepat peralihan tenaga lestari dengan sasaran 35% kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2030, memperluas pemasangan solar serta menyediakan insentif kepada rakyat untuk menikmati tenaga bersih.
✅ Membuka peluang ekonomi kepada rakyat melalui penyertaan syarikat Bumiputera, komuniti setempat dan generasi FELDA dalam industri tenaga bersih.
✅ Memastikan pembangunan pusat data dan teknologi baharu tidak membebankan pengguna lain, selain meneliti hala tuju tenaga nuklear secara bertanggungjawab dengan mengutamakan keselamatan dan kepentingan negara.
✅ Mempercepat pelaksanaan projek melalui pemantauan rapi, penyelarasan antara agensi dan intervensi awal agar setiap peruntukan memberi hasil yang nyata.
Bagi saya, ukuran sebenar kejayaan bukan sekadar jumlah peruntukan atau bilangan projek yang diluluskan. Ukuran sebenar ialah manfaat yang dirasai rakyat.
Rakyat mahukan bekalan air yang tidak terganggu, elektrik yang stabil, kawasan kediaman yang lebih terlindung daripada banjir serta pembangunan tenaga bersih yang mampu milik dan mampan.
Insya-Allah, PETRA akan terus melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, demi memperkukuh daya tahan negara, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyediakan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Kita bukan sekadar membina infrastruktur. Kita sedang membina masa depan negara.
#Belanjawan2027
#PETRA
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Singapura l 26 Oktober 2026 l Isnin
Alhamdulillah, menunaikan solat Subuh di Masjid Sultan, Singapura, sebuah masjid bersejarah yang menjadi lambang warisan dan keagungan Islam di rantau ini.
Semoga ukhuwah Islamiah terus diperkukuh, hubungan Malaysia–Singapura terus erat, dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara sentiasa terpelihara.
Saya berada di Singapura untuk menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2026 di Sands Expo and Convention Centre, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Singapura dan beberapa pemimpin industri tenaga antarabangsa.
Misiah Taib retweeted
Alhamdulillah, saya tiba di Singapura pada jam 6.16 petang ini bagi mengetuai delegasi Malaysia dan menyampaikan ucaptama di persidangan tenaga antarabangsa — Singapore International Energy Week (SIEW) 2026 esok, Isnin, 26 Oktober, di Marina Bay Sands, Singapura.
Saya melihat SIEW sebagai satu platform yang amat bermakna untuk Malaysia berkongsi pandangan, bertukar pengalaman dan mengukuhkan hubungan dengan rakan-rakan dari Singapura, negara ASEAN serta komuniti tenaga antarabangsa.
Dalam menghadapi landskap tenaga global yang semakin mencabar, kita perlu memastikan bekalan tenaga negara kekal selamat, stabil dan mampu milik, tanpa mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar dan mempercepat peralihan kepada tenaga yang lebih bersih.
Antara perkara yang ingin saya tekankan ialah pentingnya kerjasama serantau, khususnya melalui pembangunan ASEAN Power Grid. Saya percaya hubungan tenaga yang lebih kukuh antara negara ASEAN dapat membantu kita memanfaatkan sumber tenaga dengan lebih cekap, di samping meningkatkan keselamatan dan daya tahan bekalan elektrik di rantau ini.
Sepanjang berada di Singapura, saya juga dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Singapura dan India, serta wakil organisasi dan syarikat tenaga antarabangsa termasuk International Energy Agency (IEA), Japan Bank for International Cooperation (JBIC), Siemens Energy, ACWA Power, Électricité de France (EDF) dan Mitsubishi Heavy Industries.
Saya berharap pertemuan ini dapat membuka lebih banyak ruang untuk kita berkongsi idea, mempelajari amalan terbaik dan meneroka peluang kerjasama yang boleh membawa manfaat nyata kepada Malaysia, khususnya dalam pembangunan infrastruktur tenaga dan penggunaan teknologi baharu.
Pada masa yang sama, kita mahu terus meningkatkan keyakinan pelabur dan pembiaya antarabangsa terhadap potensi sektor tenaga Malaysia. Pelaburan yang bersesuaian bukan sahaja membantu membangunkan industri tenaga negara, malah berpotensi mewujudkan peluang ekonomi dan menyokong pertumbuhan negara dalam jangka panjang.
Bagi saya, peralihan tenaga bukan sekadar soal teknologi atau angka pelaburan. Apa yang lebih penting ialah bagaimana usaha ini dapat memastikan bekalan tenaga yang boleh diharapkan, kos yang berpatutan dan masa depan yang lebih mampan untuk rakyat serta generasi akan datang.
Sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), saya akan terus berusaha memperkukuh kerjasama dengan semua pihak, di dalam dan luar negara, agar agenda peralihan tenaga Malaysia dapat dilaksanakan secara terancang, pragmatik dan mengambil kira keperluan negara.
Semoga penyertaan Malaysia dalam SIEW 2026 membawa hasil yang positif, mempererat persahabatan dengan rakan-rakan serantau dan membuka lebih banyak peluang kerjasama untuk negara. Insya-Allah, kita akan terus melangkah bersama ke arah sistem tenaga yang lebih selamat, mampu milik dan mampan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Terima kasih Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin dan Ketua Pegawai Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Encik Puah Kok Keong yang menyambut ketibaan saya dan rombongan.
#SIEW2026
#PETRA
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah Serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor
Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
Daulat Tuanku.
RT @PetraJayaMP: Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor…
Misiah Taib retweeted
Sungai bukan sekadar aliran air. Sungai ialah sumber kehidupan, nadi ekonomi, penghubung masyarakat dan warisan yang perlu kita pelihara untuk generasi akan datang.
Hari ini, sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Sibu, Sarawak, yang membawa tema “Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita”, kita mengangkat satu mesej yang jelas: menjaga sungai bukan pilihan, tetapi tanggungjawab bersama.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg Premier Sarawak, yang sudi menyempurnakan perasmian sambutan HSS Peringkat Kebangsaan 2026.
Kehadiran beliau membuktikan kesungguhan komitmen kerajaan dalam soal memelihara alam sekitar apa lagi sungai begitu dekat dengan kehidupan rakyat Sarawak. Batang Rajang di Sibu menjadi sebahagian daripada sejarah dan kehidupan masyarakat Sarawak.
Namun, kelestarian sungai tidak bergantung pada kerajaan semata mata. Ia memerlukan komitmen semua pihak — daripada agensi kerajaan dan sektor industri hinggalah kepada komuniti setempat serta setiap individu. Justeru tindakan mesti bergerak seiring dengan kesedaran.
Di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13), sebanyak RM7.4 bilion kos projek diperuntukkan bagi 46 projek berkaitan air di Sarawak, merangkumi 33 projek sambungan dan 13 projek baharu.
Daripada jumlah ini, RM5.8 bilion melibatkan projek Jabatan Pengairan dan Saliran, termasuk usaha tebatan banjir, pemuliharaan sungai dan pemuliharaan hakisan pantai.
Ini bukan sekadar angka peruntukan. Ini ialah sebahagian daripada usaha memperkukuh keterjaminan sumber air, mengurangkan risiko bencana dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Pada masa sama, PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran turut melaksanakan Kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu bagi Lembangan Batang Rajang, yang dijangka siap pada Ogos 2027. Kajian ini diharap dapat membantu perancangan pengurusan sungai yang lebih bersepadu, sistematik dan berterusan.
Kita juga mahu masyarakat lebih dekat dengan sungai melalui pendidikan, rekreasi dan penglibatan komuniti, termasuk inisiatif Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang dilaksanakan di seluruh negara, termasuk Sarawak.
Namun, pembangunan dan perancangan yang baik hanya akan mencapai makna sebenar apabila disokong oleh tindakan rakyat.
Jangan buang sampah ke sungai. Laporkan pencemaran. Didik anak anak supaya menghargai alam sekitar. Jadikan kebersihan sungai sebagai budaya, bukan sekadar kempen bermusim.
Inilah pendekatan yang perlu kita bawa ke hadapan: perancangan yang tersusun, pelaksanaan yang berkesan dan kerjasama yang menyeluruh.
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak, agensi pelaksana, sektor industri dan masyarakat mesti terus berganding bahu. Kerana sungai yang terpelihara hari ini menentukan kualiti kehidupan dan kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.
Marilah kita jadikan Sambutan Hari Sungai Sedunia ini sebagai titik penggerak kepada tindakan yang berterusan, bukan sekadar acara tahunan.
Sungai kita. Tanggungjawab kita. Masa depan kita bersama.
#HariSungaiSedunia2026
#PETRA
#MalaysiaMADANI
Sibu, Sarawak | 24 Oktober 2026
RT @PetraJayaMP: Sibu | 23 Oktober 2026 | Jumaat
Malam ini saya berkesempatan menyantuni para pegawai, kakitangan dan petugas Kementerian…
Misiah Taib retweeted
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan merasmikan Makamakan di Muzium Tekstil Merdeka, Look At 118, Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Makanan bukan sekadar hidangan di atas meja. Ia membawa cerita, warisan dan kenangan, malah menjadi penghubung yang mendekatkan kita sebagai rakyat Malaysia, walaupun berbeza kaum, agama dan budaya.
Sebab itulah saya tertarik dengan konsep Makamakan yang menghimpunkan masakan Melayu, Cina dan India dalam satu ruang. Inilah keistimewaan Malaysia yang perlu kita hargai dan terus pelihara, dengan kepelbagaian menyatukan kita.
Saya juga berharap kita dapat menikmati rezeki yang ada dengan lebih bertanggungjawab. Jangan biarkan makanan yang masih elok dibazirkan. Sebaliknya, kita perlu membudayakan amalan berkongsi rezeki dan mengurus sisa makanan dengan lebih bijak demi kelestarian alam sekitar.
Tahniah kepada Serai Group atas usaha mengangkat kekayaan cita rasa tempatan. Saya berharap Makamakan bukan sahaja menjadi tempat untuk menikmati makanan, tetapi juga ruang untuk kita saling mengenali, menghargai budaya dan mengeratkan perpaduan.
Semoga Makamakan terus berkembang maju dan menjadi antara tarikan gastronomi kebanggaan negara, khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Mudah-mudahan, setiap hidangan yang dikongsi di sini turut menyemarakkan semangat perpaduan dan Malaysia MADANI yang kita cintai bersama.
#Makamakan
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Kuala Lumpur | 20 Oktober 2026 | Selasa
Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 2 Tahun 2026 bagi membincangkan perkara berkaitan hal ehwal perpaduan serta inisiatif-inisiatif baharu yang dapat diambil oleh kerajaan ke arah memperkukuhkan lagi integrasi antara kaum serta membina masyarakat Malaysia yang inklusif, bersatu padu dan harmoni.
Pada mesyuarat berkenaan saya menegaskan bahasa perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi asas penting kepada kestabilan dan masa depan negara. Dalam mendepani cabaran dunia moden serta kehangatan lanskap digital hari ini, kita seharusnya terus mempertahankan keharmonian menerusi penghayatan nilai saling memahami, menghormati, dan menerima antara satu sama lain.
Perpaduan tidak hadir secara automatik, sebaliknya ia memerlukan usaha berterusan serta keikhlasan daripada segenap lapisan masyarakat iaitu daripada peringkat kepimpinan, sektor awam dan swasta, sehinggalah ke akar umbi.
Belanjawan 2027 turut menyaksikan pengumuman berkaitan perpaduan melibatkan peningkatan Geran Rukun Tetangga (KRT) bagi setiap KRT berdaftar yang aktif dari RM6,000 ke RM10,000 iaitu naik sebanyak 66.7%.
Peningkatan ini diharap dapat memberi lebih ruang kepada KRT untuk memperbanyak aktiviti kemasyarakatan, mengeratkan hubungan kejiranan dan memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi.
Saya turut menyentuh mengenai Persidangan Negara Bangsa yang akan diadakan dari 30 November hingga 2 Disember 2026 bertempat di PICC, Putrajaya. Persidangan ini merupakan platform yang penting untuk membincangkan cabaran pembinaan identiti nasional dalam masyarakat majmuk.
Terdapat ahli MPPN yang terlibat secara langsung dalam persidangan ini. Saya mengajakk semua ahli MPPN hadir ke Persidangan Negara Bangsa agar persidangan ini dapat menghasilkan sumbangan yang bermakna kepada usaha memperkukuh perpaduan nasional dan membina sebuah negara bangsa yang stabil, inklusif serta berdaya tahan.
Dalam mesyuarat ini, pelbagai perkara berkaitan agenda perpaduan turut dibincangkan, termasuk Program JALIN dalam Kalangan Komuniti Etnik Subpan di Lahad Datu, Sabah.
Saya menghargai komitmen dan pandangan bernas semua Ahli MPPN. Saya yakin kerjasama erat antara kerajaan, agensi dan masyarakat akan terus menjadi kekuatan dalam memelihara keharmonian negara.
Perpaduan ialah kekuatan kita. Tanggungjawab kita bersama adalah untuk terus memelihara keharmonian dan membina Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera.
#MPPN2026
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Ke-36 di Kementerian Ekonomi, Menara Prisma.
Mesyuarat turut dihadiri YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi; Menteri Ekonomi, YB Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Exco Kerajaan Negeri Johor yang terlibat.
#TPMFY
#KerajaanPerpaduan
#MalaysiaMADANI
Putrajaya | 19 Oktober 2026 | Isnin
Misiah Taib retweeted
Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Bil. 2/2026 Jawatankuasa Induk Konvensyen Parti PBB Sarawak Zon Selatan bagi menyelaras persiapan menjelang konvensyen yang dijadualkan berlangsung pada 15 November 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Mesyuarat memberi tumpuan kepada persiapan, penyelarasan perjalanan program serta peranan setiap jawatankuasa bagi memastikan konvensyen berjalan lancar, teratur dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Konvensyen ini bukan sekadar perhimpunan parti, tetapi juga menjadi wadah untuk memperkukuh perpaduan, memantapkan kesepakatan dan menyelaraskan hala tuju perjuangan demi kepentingan rakyat serta masa depan Sarawak.
Kita mahu memastikan seluruh kepimpinan dan akar umbi terus bergerak seiring dalam mendukung agenda pembangunan Sarawak yang maju, makmur, inklusif dan mampan di bawah kepimpinan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak.
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa atas komitmen dan kerjasama. Insya-Allah, dengan semangat Segulai Sejalai, kita jayakan konvensyen ini bersama.
#KonvensyenPBB2026
#PBBZonSelatan
#SegulaiSejalai
#SarawakMajuMakmur
(18 Oktober 2026)
Misiah Taib retweeted
Hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Memperkasa Pembelian dan Penggunaan Produk Tempatan yang menghimpunkan kementerian dan agensi berkaitan bagi memperkukuh agenda mengutamakan produk tempatan.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama, termasuk memperkukuh tadbir urus dan penyelarasan agenda produk tempatan, menyeragamkan penggunaan logo Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA), meneliti isu keberadaan serta lambakan entiti dan produk asing dalam pasaran tempatan, serta perkembangan penggubalan perundangan baharu berkaitan e-Dagang.
Antara fokus utama mesyuarat ialah:
🔹 Memelihara kepentingan peniaga dan PMKS tempatan — Memperkukuh penyelarasan dasar, meneliti kerangka perundangan serta meningkatkan keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan persaingan yang adil, termasuk dalam perdagangan digital dan berhubung kemasukan entiti serta produk asing ke pasaran tempatan.
🔹 Memperkukuh tadbir urus dan penyelarasan — Meningkatkan kerjasama antara kementerian dan agensi bagi memastikan pelaksanaan inisiatif produk tempatan lebih tersusun, bersepadu dan berkesan.
🔹 Memperluas impak JOM MALAYSIA — Menyeragamkan penggunaan logo JOM MALAYSIA dalam program promosi produk tempatan, dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dicadangkan menyelaras panduan penggunaan, pemantauan dan pelaporannya.
🔹 Memperkukuh ekosistem e-dagang — Memberi perhatian kepada penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi menyokong persekitaran perdagangan digital yang lebih teratur, telus dan bertanggungjawab, dengan mengambil kira kepentingan peniaga, PMKS dan pengguna.
Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri dalam Ucapan Belanjawan 2027, peruntukan RM10 juta bagi JOM MALAYSIA akan membuka peluang untuk membawa produk desa dan perkhidmatan bernilai tinggi ke platform digital serta pasaran luar negara.
Inisiatif ini diharap dapat membantu usahawan desa dan PMKS memperluas capaian pasaran, meningkatkan penyertaan dalam ekonomi digital dan menembusi pasaran antarabangsa.
Mengutamakan produk tempatan ialah tanggungjawab bersama. Agenda ini memerlukan pendekatan whole-of-nation yang melibatkan kerajaan, industri, PMKS, peruncit, pemborong, platform digital dan pengguna.
Matlamat kita jelas untuk memastikan peniaga tempatan mendapat peluang yang adil untuk bersaing, perniagaan mereka terus berkembang dan produk Malaysia mendapat tempat yang lebih luas di pasaran.
Marilah kita bersama-sama menyokong, membeli dan menggunakan produk tempatan demi memperkukuh ekonomi negara serta membina ekosistem perniagaan Malaysia yang lebih mampan dan berdaya saing.
Beli Produk Malaysia. Sokong Usahawan Tempatan. Perkasa Ekonomi Negara.
#JomMalaysia
#MalaysiaMADANI
(15.10.2026)
Misiah Taib retweeted
Petra Jaya | 11 Oktober 2026 | Ahad
Pagi ini berkesempatan bersama 50 pelajar UPM Sarawak dan 20 pelajar UNIMAS dalam sesi dialog santai yang cukup bermakna. Saya hadir untuk mendengar dan belajar daripada anak muda kita.
Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, membina perpaduan ummah memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Perbezaan fahaman jangan sampai menjauhkan kita daripada tanggungjawab bersama.
Apabila ekonomi negara berkembang, kita juga perlu bertanya, sejauh mana umat Islam turut maju dan mendapat manfaat daripadanya?
Untuk berjaya di dunia dan akhirat, kita memerlukan ilmu yang membina kehidupan serta ilmu yang membimbing hati. Kedua-duanya perlu berjalan seiring agar kemajuan yang kita usahakan membawa kebaikan dan keberkatan.
Segumpal daging yang bernama hati; apabila baik hati, maka baiklah seluruh diri. Jagalah hati, luruskan niat dan perbaikilah akhlak dalam setiap langkah kehidupan.
Secanggih mana pun teknologi, manusia tetap bertanggungjawab menentukan arah penggunaannya.
Ilmu perlu dipandu oleh nilai, amanah dan pertimbangan yang baik agar teknologi benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.
Turut dibangkitkan ialah keperluan masyarakat luar bandar, khususnya capaian internet dan sambungan digital. Perkara ini dekat dengan kehidupan anak muda kita, kerana akses yang baik membuka lebih banyak peluang untuk belajar, bekerja dan memperbaiki kehidupan.
Usaha Kerajaan Sarawak memperluas infrastruktur serta memberi tumpuan kepada pendidikan merupakan langkah penting dalam membuka peluang tersebut.
Pendidikan percuma bagi bidang terpilih juga perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk membina kepakaran yang diperlukan negeri.
Dalam masa yang sama, kita memerlukan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang kaunseling dan kesihatan mental untuk membantu anak muda menghadapi cabaran kehidupan.
Kita diingatkan bahawa Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Maka, mulakanlah dengan diri kita—perbaiki niat, tambah ilmu dan terus berusaha, walaupun dengan langkah yang kecil.
#P194PetraJaya
#SarawakMajuMakmur
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Alhamdulillah, menghadiri Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak turut ditemani isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi.
Hadir sama Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Dalam majlis itu, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi dan isteri berkesempatan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim piatu dan ibu tunggal.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak.
#DirgahayuTYT
#SarawakMajuMakmur
#SegulaiSejalai
#MalaysiaMADANI
Petra Jaya | 11 Oktober 2026 | Ahad
Misiah Taib retweeted
Petra Jaya | 11 Oktober 2026 | Ahad
Alhamdulillah, berpeluang merasmikan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 3.0 (2026) di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, Petra Jaya, selepas Subuh hari ini tadi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program yang amat bermakna ini.
Dalam mendepani cabaran kehidupan yang semakin kompleks, kekuatan dalaman dan ketahanan jiwa merupakan antara asas penting dalam membentuk individu yang tabah, berakhlak mulia dan mampu menghadapi ujian dengan penuh kebijaksanaan.
Kebimbangan terhadap isu kesihatan mental, termasuk kejadian bunuh diri, mengingatkan kita akan pentingnya membina persekitaran masyarakat yang prihatin, saling menyokong dan tidak mengabaikan mereka yang sedang berhadapan dengan kesukaran hidup. Pendekatan kerohanian perlu bergerak seiring dengan sokongan emosi, perhatian keluarga serta bantuan profesional apabila diperlukan.
Pada masa sama, pembinaan sahsiah berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW hendaklah terus diperkasakan, khususnya dalam kalangan generasi muda. Penghayatan nilai kesabaran, amanah, ihsan, kasih sayang dan tanggungjawab bukan sahaja membentuk peribadi yang mulia, malah menjadi panduan dalam membuat keputusan serta menjalani kehidupan berlandaskan nilai-nilai murni.
Sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI, pembangunan insan tidak boleh hanya tertumpu kepada pencapaian akademik dan kemajuan material, tetapi perlu diseimbangkan dengan kekuatan rohani, kematangan emosi dan pembentukan akhlak yang luhur.
Pada majlis sama, saya turut meluncurkan buku 20 Ayat Membina Insan Bertakwa dan Risalah Selawat MADANI terbitan Pertubuhan MADANI Gemilang sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh penghayatan agama dan membina insan yang lebih dekat dengan ajaran Islam.
Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluas agar menjadi wadah membina masyarakat yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, tetapi juga mempunyai kekuatan dalaman, sahsiah terpuji serta keprihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan sesama insan.
#P194PetraJaya
#SarawakMajuMakmur
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Majlis Jamuan Negeri Bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak
#DirgahayuTYT
#SarawakMajuMakmur
#SegulaiSejalai
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Kuching | 10 Oktober 2026 | Sabtu
Alhamdulillah pagi ini saya berkesempatan menghadiri Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching.
Sambutan penuh istiadat ini mencerminkan penghormatan dan kesetiaan rakyat kepada institusi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, di samping memperlihatkan semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan ‘Segulai Sejalai’ yang menjadi kekuatan negeri Sarawak serta negara kita.
Penyertaan seramai 4,400 peserta daripada 107 kontinjen yang mewakili pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerlahkan komitmen bersama seluruh lapisan masyarakat dalam menjayakan sambutan penuh makna ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Turut hadir YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, yang berucap di istiadat berkenaan.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Selamat Hari Lahir Ke-80.
#DirgahayuTYT
#SarawakMajuMakmur
#SegulaiSejalai
#MalaysiaMADANI














































