Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA) header
Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA) profile picture

Malaysian Translators Association (MTA) | Semenjak 4 Okt 1979 | Meliputi Bidang: Perterjemahan, Kejurubahasaan, dan Penyuntingan | 📥 DM untuk daftar keahlian

Joined March 2024
Photo by Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA)Photo by Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA)Photo by Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA)Photo by Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA)Photo by Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA)Photo by Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA)Photo by Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA)Photo by Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA)Photo by Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA)Photo by Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA (@PPM_MTA)
CALL FOR PAPERS | ICT-21, 2027 The Malaysian Translators Association (PPM) invites translators, interpreters, researchers, academics, educators and industry practitioners to submit abstracts for: 🌍 The 21st International Conference on Translation (ICT-21) Theme: Translation Policy and Practice in a Changing World Date: 24–26 August 2027 Venue: The Everly Putrajaya, Malaysia Conference Sub-themes ▫️ Translation and interpreting policy, governance and professional practice 1. Translation and interpreting education, competency, quality and assessment 2. Translation and interpreting technology and innovation 3. Literary, cultural, creative and specialised translation 4. Interpreting practice, standards and professional ethics 5. Translation and interpreting for accessibility and linguistic inclusion 🌐 Conference languages: Malay | English | Arabic Important Dates 📌 15 December 2026: Abstract submission deadline, maximum 250 words 📌 31 January 2027: Notification of acceptance 📌 31 March 2027: Early-bird registration deadline 📌 31 May 2027: Final registration deadline Publication opportunities are also available for selected manuscripts, subject to the relevant journal’s editorial and review process. Submission & enquiries: [email protected] What policies and practices are shaping the future of translation and interpreting? Join the conversation at ICT-21, 2027 and help shape the future of our profession. #ICT21 #CallForPapers #MalaysianTranslatorsAssociation #Translators #Malaysia
135
Tahun baharu, kemahiran baharu! Penterjemah, apakah kemahiran yang ingin anda kuasai tahun hadapan? Jangan hanya sasarkan lebih banyak tugasan. Sasarkan juga perkembangan diri. Mungkin tahun hadapan merupakan masa untuk: 📚 Mendalami bidang pengkhususan. 💻 Menguasai teknologi terjemahan. ✍️ Memantapkan kemahiran penyuntingan. 🌍 Memahami konteks antara budaya. Pelaburan terbaik seorang penterjemah ialah ilmu dan kemahiran yang terus berkembang. #PPM #PenterjemahMalaysia #PembangunanProfesional
5
Tutup tahun dengan baik, buka lembaran baharu dengan tenang 🌱 Sebelum melangkah ke tahun baharu… Penterjemah, luangkan sedikit masa untuk menilai perjalanan kerja sepanjang tahun. Apakah kejayaan yang anda peroleh? Aspek apakah yang boleh ditambah baik? Adakah kadar, kapasiti dan jadual kerja masih serupa atau produktiviti anda semakin meningkat? Selesaikan tugasan yang perlu, jaga hubungan dengan klien dan beri ruang untuk berehat. Tahun baharu bukan sekadar melibatkan kerja baharu, tetapi kita mahukan kerja yang lebih berkualiti, lestari dan bermakna. Salam daripada Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM). #PPM #PenterjemahMalaysia #TahunBaharu
1
37
Jangan lupa tugasan pentadbiran 📂 Hujung tahun kita bukan sekadar siapkan terjemahan! Bagi penterjemah yang bekerja dengan agensi, pastikan urusan pentadbiran turut dibereskan: * Hantar invois bagi tugasan yang telah selesai. * Semak status pembayaran. * Lengkapkan rekod tugasan dan dokumen sokongan. * Simpan glosari serta bahan rujukan untuk kegunaan akan datang. Kerja yang tersusun hari ini memudahkan langkah kita memasuki tahun baharu. #PPM #FreelanceTranslator #YearEndChecklist
27
Susun kerja, bukan sekadar susun perkataan 📝 Strategi menghadapi musim sibuk pada hujung tahun Sebelum menerima tugasan baharu, penterjemah perlu sedar kapasiti sendiri. ✔️ Semak jumlah perkataan dan tahap kesukaran. ✔️ Ambil kira masa penyuntingan dan pruf baca. ✔️ Tetapkan ruang untuk tugasan segera. ✔️ Elakkan menerima kerja melebihi kemampuan. Terjemahan yang berkualiti memerlukan masa. Produktiviti bukan sekadar berapa banyak perkataan yang disiapkan, tetapi sejauh mana hasilnya memenuhi standard. #PPM #TranslationTips
28
Tarikh akhir agensi bukan tarikh pilihan ⏰ Deadline is a deadline! Bagi penterjemah yang menerima tugasan daripada agensi, tarikh akhir bukan sekadar angka dalam e-mel. Hal ini melibatkan proses penyuntingan, semakan oleh klien, penerbitan, atau penyerahan dokumen rasmi. Jika jadual mula padat, maklumkan lebih awal. Komunikasi yang baik membantu menjaga kepercayaan dan profesionalisme. #PPM #Translation #ProfessionalTranslator
36
Jangan tunggu saat akhir! 📅 Penterjemah, sudah semak kalendar akhir tahun? Menjelang penghujung tahun, tugasan terjemahan daripada agensi biasanya datang bersama tarikh akhir yang perlu dipatuhi. Jangan tunggu bulan Disember untuk mula menyusun kerja! Semak tugasan tertunggak, tarikh serahan dan keutamaan. Rancang lebih awal supaya setiap terjemahan dapat disiapkan dengan teliti, bukan sekadar mengejar masa. #PPM #Penterjemah #PengurusanMasa
34
[Lain Bidang, Lain Kata] Ada masanya, padanan terjemahan berubah mengikut bidang. Contohnya... 🇬🇧Point 🇲🇾 Matematik 🇲🇾 titik perpuluhan 🇬🇧 decimal point 🇲🇾 Sukan 🇬🇧 highest point 🇲🇾 mata tertinggi
1
76
Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya. Semoga perayaan cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian, serta terus menyemarakkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian. Ikhlas daripada Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM). #Deepavali #PPM #PerpaduanDalamKepelbagaian Happy Deepavali to all our Hindu friends and communities celebrating this Festival of Lights. May this joyous occasion bring happiness, peace and harmony, while strengthening the spirit of unity in diversity. Warm wishes from the Malaysian Translators Association (PPM). #Deepavali #PPM #UnityInDiversity
63
CAKNA PADANAN PERIBAHASA 🇲🇾 BM: 1. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi 2. Bapa borek, anak rintik 🇬🇧 BI: 1.The apple never falls far from the tree 2. Like father, like son Makna: 1. Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya. 2. Anak menurut baka, kelakuan dan lain-lain dari bapanya
2
4
182
Jaga Waktu Tidur Walaupun Tarikh Akhir dah Tak Lama Tarikh akhir boleh menunggu? Kesihatan jangan diabaikan. Kerja terjemahan yang bertimbun, projek segera dan sesi kejurubahasaan yang memerlukan tumpuan tinggi boleh mengganggu waktu tidur. Tidur yang mencukupi membantu mengekalkan tumpuan, daya ingatan dan kestabilan emosi. Cuba amalkan: * Tetapkan jadual kerja yang realistik. * Elakkan bekerja hingga lewat malam secara berterusan. * Ambil rehat antara tugasan. * Belajar menetapkan batas dengan pelanggan. Produktiviti bukan tentang berapa lama kita bekerja, tetapi sejauh mana kita mampu bekerja dengan baik secara berterusan. #PPM #KesihatanMental #KeseimbanganKerjaKehidupan
49
Elak Terlekat di Kerusi Sepanjang Hari 🪑 Duduk lama, badan yang menanggungnya. Penterjemah boleh menghabiskan berjam-jam meneliti dokumen. Jurubahasa pula perlu kekal fokus ketika bertugas. Tabiat duduk terlalu lama dan kurang bergerak boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang. Apa yang boleh dilakukan? ✅ Bangun dan regangkan badan setiap 30–60 minit. ✅ Berjalan seketika antara tugasan. ✅ Lakukan aktiviti fizikal secara berkala. ✅ Gunakan meja dan kerusi yang ergonomik. Jangan tunggu badan mula sakit untuk mula bergerak! #PPM #Ergonomik #KesihatanPekerjaan
1
44
Penterjemah juga Perlu Menjaga Diri 🩷 OKTOBER: BULAN KESEDARAN KANSER Penterjemah dan jurubahasa banyak menghabiskan masa di hadapan skrin, duduk berjam-jam dan bekerja mengejar tarikh akhir. Namun, jangan sampai kita terlalu menjaga kualiti kerja hingga mengabaikan kesihatan sendiri. Mulakan dengan langkah kecil: * Bangun dan bergerak secara berkala. * Ambil masa untuk berehat. * Jaga pemakanan dan tidur. * Jangan abaikan pemeriksaan kesihatan. Kerjaya yang panjang memerlukan tubuh dan minda yang terjaga. #PPM #BulanKesedaranKanser #KesihatanPenterjemah
1
56
[Lain Bidang, Lain Kata] Ada masanya, padanan terjemahan berubah mengikut bidang. Contohnya... 🇬🇧Plane 🇲🇾 Penerbangan 🇲🇾 kapal terbang 🇬🇧 aeroplane 🇲🇾 Matematik 🇬🇧 coordinate plane 🇲🇾 satah koordinat
1
64
Simposium Antarabangsa Kerangka Standard Bahasa Melayu 2026 Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) mengikuti perkembangan usaha memperkukuh kedudukan bahasa Melayu melalui Simposium Antarabangsa Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) 2026 yang berlangsung pada 27–28 Oktober 2026 di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara DBP, Kuala Lumpur. Bertemakan “Bahasa Melayu Bertaraf Dunia”, simposium ini menghimpunkan perbincangan tentang pembangunan bahasa, pendidikan, penyelidikan, pemerkasaan sumber bahasa dan kedudukan bahasa Melayu dalam wacana akademik serta antarabangsa. Bagi komuniti penterjemah, usaha membangunkan standard bahasa yang mantap penting untuk menyokong penggunaan bahasa Melayu yang tepat, konsisten dan berwibawa merentas bidang dan negara. Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa komunikasi, tetapi bahasa ilmu yang terus berkembang dan berpotensi melangkaui sempadan. #PPM #KSBM2026 #BahasaMelayu #Penterjemahan #BahasaMelayuBertarafDunia #DBP
64
CAKNA PADANAN PERIBAHASA 🇲🇾 BM: 1. Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga 2. Bagai bersahabat dengan ular bisa 🇬🇧 BI: 1.Who keeps company with wolves will learn to howl 2. If you lie down with dogs, you'll get up with fleas Makna: Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.
1
60
🌍 Sejauh mana luasnya Afrika? Pernah terfikir bahawa benua Afrika begitu luas sehingga boleh memuatkan Amerika Syarikat bersebelahan dengan China, India dan beberapa negara lain? Peta ini memberikan gambaran tentang betapa besarnya Afrika berbanding negara-negara lain. Namun, untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat, kita perlu melihat sumber, data dan kaedah gambaran yang digunakan. Dalam dunia penterjemahan, prinsip yang sama terpakai. Akses kepada sumber yang sahih, rujukan yang tepat dan bahan asal yang lengkap membantu penterjemah menghasilkan terjemahan yang lebih tepat dan boleh dipercayai. Penterjemah bukan sekadar memindahkan perkataan antara bahasa. Mereka perlu menyelidik, menyemak fakta dan memahami konteks sebelum memilih padanan yang sesuai. Akses kepada ilmu dan sumber yang berkualiti ialah sebahagian daripada usaha menjaga mutu terjemahan. #PPM #Penterjemahan #KetepatanMaklumat #LiterasiMaklumat #IntegritiPenterjemahan
42
Berbual dengan rakan seprofesion Jangan bekerja bersendirian. Penterjemah dan editor, khususnya yang bekerja secara bebas, mungkin menghabiskan sebahagian besar masa bekerja sendirian. Selingkan rutin dengan perbualan bersama rakan seprofesion. Bincangkan istilah, buku, cabaran kerja atau sekadar bertanya: “Kau buat macam mana untuk istilah ni?” Perbualan kecil boleh mencetuskan idea besar. #PPM #KomunitiPenterjemah #Editor #Penterjemah
1
60
Gunakan teknik “switch task” Cuba teknik “switch task”. Daripada memaksa diri menyelesaikan satu tugasan selama berjam-jam, tetapkan beberapa tugasan kecil dan bergilir antara tugasan tersebut. Contohnya: 30 minit — terjemahan 15 minit — penyelidikan istilah 30 minit — penyuntingan 10 minit — rehat Yang penting bukan bekerja lebih lama, tetapi memastikan minda kekal berfungsi dengan baik. #PPM #Produktiviti #TranslationWorkflow
1
3
115
Aktiviti kecil untuk kekal kreatif Kerja bahasa memerlukan kreativiti. Kreativiti pula perlukan rangsangan. Selingkan rutin dengan aktiviti seperti: * Tulis jurnal ringkas * Baca karya dalam bahasa lain * Belajar satu istilah baharu * Ikuti perkembangan bahasa dan budaya * Tulis semula satu ayat dalam tiga gaya berbeza Penterjemah atau editor tidak sentiasa perlu mengerjakan urusan yang berkaitan dengan tugasan semasa. Kadangkala, idea baharu datang dari tempat yang tidak dijangka. #PPM #Bahasa #Penterjemah #Kreativiti
3
125
MERAIKAN BAHASA, MEMARTABATKAN PROFESION! Sempena Hari Terjemahan Antarabangsa 2026 yang disambut pada 30 September lalu, Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) berkesempatan meraikan peranan penterjemah dalam menghubungkan bahasa, budaya dan masyarakat. Sambutan ini turut membawa makna istimewa apabila PPM mengendalikan Ujian Pentauliahan Penterjemah pada 10 Oktober 2026 di Wisma DBP, dengan penyertaan seramai 14 calon. Dua usaha, satu matlamat: memperkukuh profesionalisme dan mengiktiraf kepentingan penterjemah dalam membina persefahaman merentas bahasa. Selamat Hari Terjemahan Antarabangsa daripada PPM! #PPM #HariTerjemahanAntarabangsa #InternationalTranslationDay #PentauliahanPenterjemah #Penterjemahan
70