VCUiTM (@VCUiTM) header
VCUiTM (@VCUiTM) profile picture

Vice Chancellor of Universiti Teknologi MARA

Joined January 2017
Salam Jumaat. 🤲 Harta dunia akhirnya ditinggalkan, namun wakaf menjadikan harta terus memberi manfaat dan pahala mengalir sebagai sedekah jariah. Ayuh berwakaf demi agama, pendidikan dan kesejahteraan ummah. Harta terpelihara, manfaat berpanjangan, pahala berterusan. 💚
1
50
Selamat maju Jaya kepada calon yang akan menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan UiTM Siri 3/2026.
1
87
Perkogsian Khutbah Jumaat pada hari ini yang bertajuk Pertahankan Bahtera Rumah Tangga.
77
PELUANG KERJAYA BERSAMA UiTM UiTM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan akademik & pentadbiran (secara tetap/kontrak). •⁠ ⁠Laman Web Rasmi : uitm.edu.my/ms/kenali-uitm/p… •⁠ ⁠Pautan Permohonan : career.uitm.edu.my/
1
132
Tahniah dan syabas Prof. Madya Dr. Roslinda Alias, Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM, atas penganugerahan Transforming Educational Institution Award sempena Global Educators Award 2026 yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
1
2
230
Program Wacana Semarak Patriotisme Siri 2 di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. UiTM komited menterjemahkan amanat YAB TPM. Mahasiswa adalah rakan strategik masa depan negara. Patriotisme dizahirkan melalui keberanian berfikir, berintegriti & berbakti kepada bangsa.
152
Alhamdulillah, genap sudah amanah sebagai Naib Canselor ke-7 UiTM. Terima kasih YB Menteri KPT & seluruh warga UiTM atas kepercayaan serta dokongan. Mohon maaf dan halal atas segala kelemahan diri sepanjang memimpin. UiTM tetap di hatiku! Logging out. #vcuitm7 #UiTMdiHatiku ❤️
3
7
809
Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para ahli akademik yang telah menerima surat kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7).
1
4
418
Setiap amanah dan amalan dinilai pada pengakhirannya. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Begitulah pentingnya menjaga istiqamah dan integriti hingga ke akhir hayat.
7
267
Menghadiri Anugerah Akademik Negara Ke-17 yang disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi. Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datin Paduka Setia Dato’ Prof. Emeritus Dr. Aini Ideris atas penganugerahan Tokoh Akademik Negara, serta syabas buat semua penerima anugerah.
1
77
Mempengerusikan Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 (Sidang 15) di DATC, meraikan 827 graduan UiTM Cawangan Perak. Tahniah buat semua graduan & ibu bapa, khususnya Pendaftar UiTM, Tn Hj Nizam atas kejayaan anakanda.
1
106
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 (Sidang 14) di DATC meraikan 1,000 graduan UiTM Cawangan Perak. Sangat terkesan dengan ketabahan anakanda Nurhafiy, pejuang kanser yang berjaya naik ke pentas menghadiahkan selempang ANC buat ibunya. Tahniah kepada semua graduan dan keluarga!
114
Pagi 25 Okt 2026, sempat bersama >300 mahasiswa di Program Bakti Siswa Madani, Kg Pulau, Masjid Tanah. Terima kasih YAB KM Melaka yang menyantuni mahasiswa & menitipkan pesan agar generasi muda berani mengkaji serta meluruskan sejarah bangsa demi jati diri kita.
125
Seluruh warga UiTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kpd Dr. Habibah Ashari atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus (Pakar Bidang Pendidikan) & YBrs. Dr. Hazman Shah Vijayan Abdullah atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus (Pakar Bidang Sains Pentadbiran).
75
Kunjungan hormat pengurusan UiTM ke atas TYT YDP Negeri P. Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Seri Mutiara. Berkongsi perkembangan UiTMCPP dalam bidang kejuruteraan & semikonduktor serta menghadiahkan seramik TPS Ceramic Hub.
91
Alhamdulillah, berpeluang hadir ke malam kemuncak PULARA 2026 di Dataran MADANI, Seri Manjung yang cukup meriah meraikan puisi, lagu rakyat dan warisan budaya bersama masyarakat serta penggiat seni antarabangsa. Tahniah UPSI & MAKUM atas pengiktirafan Malaysia Book of Records.
106
Menyahut permintaan YB Menteri KPT untuk membacakan sajak sempena Malam Kemuncak PULARA 2026 bertempat di Dataran MADANI Seri Manjung, Perak. Sajak bertajuk Jampi Bangsaku nukilan Dato’ A. Aziz Deraman.
1
128
Alhamdulillah, Isnin petang, 19 Oktober 2026, mempengerusikan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 (Sidang 5) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Seramai 760 Graduan dari Fakulti Sains Gunaan telah menerima ijazah masing-masing. Tahniah kepada semua graduan!
1
5
317