InaSalina (@Yna8681) profile picture
Joined May 2013
Photo by InaSalina (@Yna8681)Photo by InaSalina (@Yna8681)Photo by InaSalina (@Yna8681)Photo by InaSalina (@Yna8681)Photo by InaSalina (@Yna8681)Photo by InaSalina (@Yna8681)Photo by InaSalina (@Yna8681)Photo by InaSalina (@Yna8681)Photo by InaSalina (@Yna8681)Photo by InaSalina (@Yna8681)
Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua penyumbang WeFundMelaka, khususnya buat penyumbang untuk Team BERSAMA GOMBAK. Semoga diberikan keberkatan & kebaikan🤲 #BERSAMA #BersamaGombak
2
15
63
993
InaSalina retweeted
Agak tersentuh tengok video ni. PMX siap tak bagi Sheikh Abubakr Ahmad berdiri untuk sambut beliau. Sebaliknya, PMX sendiri yang datang tunduk untuk salam. Bukan soal siapa lebih tinggi kedudukan. Tapi soal adab dan hormat kepada ulama. Tinggi adab PMX kepada para alim ulama. 🤲🏻
17
167
13
959
80,577
Wow wow wow.. bukan kaleng2 🤩
50
217
11
542
65,270
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 𝗞𝗘-𝟲𝟵 Kita mungkin berbeza dari segi bahasa, budaya, agama, makanan dan cara hidup. Kita mungkin datang daripada keluarga, negeri dan latar belakang yang berbeza.
6
22
60
1,282
Fakta: 1. Kesilapan terbesar Anwar apabila melepaskan Zahid daripada pertuduhan. 2. Tanpa sedar Anwar, UMNO BN menggunakan sepenuhnya kelebihan dalam kerajaan untuk bangkit semula. 3. Bila berkuasa, Rafizi diketepikan daripada PKR, myebabkan PKR kehilangan panglima perang mrk.
44
421
12
1,431
57,637
InaSalina retweeted
Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata usaha untuk menjatuhkannya adalah kerana beliau memerangi rasuah. Ironinya, beliau masih mempunyai keberanian untuk bersyarah kepada rakyat Malaysia mengenai rasuah, sedangkan begitu banyak persoalan yang masih belum dijawab. Kalau benar begitu, rakyat berhak bertanya: Apa perkembangan tindakan terhadap mafia korporat yang pernah dijanjikan? Apa pula perkembangan isu siasatan yang melibatkan Tan Sri Azam Baki? Rakyat tidak menilai melalui slogan. Rakyat menilai melalui tindakan, ketelusan dan hasil. Sebab itu, apabila persoalan-persoalan ini masih belum mendapat jawapan yang memuaskan, jangan salahkan rakyat jika mereka terus bertanya. Seorang pemimpin yang benar-benar yakin dengan rekodnya sepatutnya menjawab soalan, bukannya menganggap setiap kritikan sebagai cubaan untuk menjatuhkannya. Malah, seseorang yang mahu bercakap soal memerangi rasuah juga perlu bersedia menjawab persoalan tentang janji dan komitmennya sendiri.
32
181
5
535
70,794
“PANGKAH PH DAPAT APA???” Petikan ceramah saya semalam dalam Jelajah Trak Kancil di N.47 DUN KEMPAS. Calon 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 No 3 bagi DUN KEMPAS SALAMAHAFIFI YUSNAIENY @ FIFI Teruskan menonton ceramah penuh di pautan youtube.com/live/4mtm3ZuRDG0… Setakat pagi ini telah mencecah 40,942 tontonan. Terus sebarkan agar sampai kepada semua pengundi Johor💪💪 Ayuh Johor 💪💪 Ayuh 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 💪💪
8
47
2
135
2,232
InaSalina retweeted
𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗘𝗝𝗘𝗡 𝗣𝗔𝗖𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 Pilihan raya bukan hanya tentang ceramah, media sosial atau berkempen dari rumah ke rumah. Salah satu komponen penting dalam gerak kerja pilihan raya ialah pasukan PACA (Polling Agent & Counting Agent). Mereka membantu memastikan proses pengundian dan pengiraan undi berjalan mengikut peraturan di setiap saluran mengundi. Untuk PRN Johor kali ini, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 masih memerlukan lebih ramai sukarelawan PACA untuk membantu pasukan kami di seluruh negeri. Walaupun anda tinggal di luar Johor, anda juga dialu-alukan untuk mendaftar. Ramai sukarelawan akan datang dari negeri lain bagi membantu sepanjang tempoh pengundian, dan sumbangan anda amat kami hargai. Kepada semua yang telah mendaftar, terima kasih. Pasukan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 sedang dalam proses menyusun penempatan serta menghubungi sukarelawan secara berperingkat dengan maklumat lanjut. Jika anda belum mendaftar dan ingin menjadi sebahagian daripada usaha ini, masih belum terlambat. Caranya: Daftar sebagai sukarelawan PACA 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 di komuniti.bersama.org dan anda boleh memilih DUN-DUN yang ditandingi oleh 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔. Tonton video penerangan seminit ini untuk mengetahui langkah-langkah permohonan untuk menjadi ejen PACA 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔. Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil membantu menjayakan PRN Johor. Setiap sumbangan, walau apa pun peranannya, membantu mengukuhkan gerak kerja pilihan raya 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔.
7
76
206
9,039
𝗙𝗢𝗟𝗟𝗢𝗪 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan kepada BERSAMA.
45
358
12
1,124
53,881
InaSalina retweeted
𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗞𝗥, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚-𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 Saya telah menghantar borang keluar parti melalui aplikasi ADIL yang menguruskan keahlian PKR. Permohonan keluar parti ini saya hantar selepas dapat pengesahan bahawa surat perletakan jawatan saya sebagai ahli parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Segala bukti penghantaran boleh dirujuk di video. Semuanya dibuat teratur mengambil kira prinsip demokrasi dan keperluan undang-undang. Saya kosongkan kerusi untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat. Ada yang tanya beberapa soalan: adakah saya boleh bertanding balik lepas ini? Jawapan: Ya, sebab peruntukan ahli parlimen yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding 5 tahun itu telah dipinda semasa pindaan Perlembagaan tahun 2022 untuk memperkenalkan Akta Lompat Parti. Ada juga yang bertanya adakah lepas ini akan ada pilihan raya kecil Pandan dan Setiawangsa? Jawapan: Mengikut Perlembagaan, PRK tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas 3 tahun. Ia hanya dipanggil sekiranya kekosongan itu menjejaskan majoriti kerajaan hingga boleh menumbangkan kerajaan, mengikut tafsiran Speaker Dewan Rakyat. Jadi sepatutnya tidak ada PRK, tetapi kita tunggu keputusan rasmi dari Speaker. Saya keluar dari PKR setelah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadi isu lompat parti tidak berbangkit. Ia juga tidak tertakluk kepada bon RM10 juta yang dikenakan oleh PKR kepada Ahli Parlimennya, kerana perjanjian itu secara jelas mengatakan bon tidak terpakai sekiranya ahli parlimen itu mengosongkan kerusi parlimen sebelum keluar parti. Saya tahu Setiausaha Agung PKR sibuk gebang dia ada bukti screen shot kononnya saya masuk BERSAMA lebih awal, cuba lah dia bawak bukti screen shot dia ke mahkamah. Mesti kena gelak dengan satu Malaysia. Pembuktian keahlian sesuatu parti di mahkamah ialah rekod dari parti yang disertai. Rekod BERSAMA boleh tunjukkan secara jelas yang saya tidak menyertai BERSAMA sehinggalah saya telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota PKR. Saya kini kembali seperti rakyat Malaysia yang lain - tiada pangkat, tiada jawatan dan bermula dari bawah semula. Malah saya kini menjadi penganggur sekali lagi. Tapi saya tenang dan gembira. Dalam politik, kita mesti yakin bahawa perjuangan kita itu akan membawa kebaikan kepada rakyat. Bukan sahaja membawa kebaikan tetapi mengurangkan kerosakan kepada masyarakat. Kita diajar bahawa hidup ini mestilah amar maaruf nahi mungkar. Kalau tidak dapat melawan dengan tangan, bersuaralah. Paling lemah, tidak bersetuju dalam hati. Saya telah mengabdikan hampir keseluruhan hidup dewasa saya untuk membina PKR. 28 tahun adalah masa yang lama, saya kini berumur 49 tahun. Saya telah melalui proses yang ada ketikanya saya tidak bersetuju dalam hati, kerana pada ketika itu saya hanyalah seorang pimpinan junior. Keputusan akhir itu bukan terhenti di peringkat saya, amanah itu dipegang pimpinan terkanan. Bila saya menjadi orang nombor dua, saya adalah salah seorang pimpinan terkanan. Saya telah bersuara kerana the buck stops at me. Kini sampai ke peringkat saya perlu melawan dengan hati, suara dan tangan - sebab itu berhijrah ke parti baru menjadi satu keperluan. BERSAMA masih kecil, masih kain putih dan boleh dibentuk. Saya tidak menyesal atau kecil hati menghabiskan masa 28 tahun membina PKR sehingga PKR jadi kerajaan persekutuan. Saya tidak pernah buat semua itu untuk mendapat pujian, balasan atau pangkat. Saya tahu saya bukan seorang yang wara’ dan perlu cari pahala sebanyak yang mungkin. Saya kira itu tanggungjawab fardhu kifayah dan Insya Allah, ada lah pahala dan bahagian saya. Kepada yang mengikuti saya, kalau kena dengan jiwa, sertailah BERSAMA. Lawati bersama.org dan daftar jadi ahli. Jangan lagi gundah gulana pasal PKR, berhijrahlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Tinggalkan apa-apa yang toksik itu dalam PKR, kita tumpu untuk membesarkan Kancil supaya ia boleh bawa kebaikan kepada masyarakat. Tumpu kepada 12 Agenda Kancil, bahaskan, bedah siasat dan sampaikan setiap dari 12 agenda ini kepada masyarakat. Kepada kawan-kawan yang kekal di dalam PKR dan PH, saya doakan yang baik-baik sahaja. Pesan saya hanya satu; berkata benarlah kepada pimpinan walaupun itu perkara yang paling susah kita nak buat. Kepada rakyat Malaysia, saya doakan kita diberi kelapangan untuk menumpukan kepada masa depan. Yang muda-muda ini akan bergantung kepada kematangan dan kewarasan kita, that’s the least we owe them. Terima kasih, jangan lupa daftar menjadi ahli BERSAMA di bersama.org
74
452
21
1,351
63,643
youtu.be/_APexfFhEMQ?si=2ZTg… "Politik tidak boleh sekadar menjadi perebutan kuasa, jawatan dan survival kelompok tertentu. Ia mesti kembali kepada asas:politik untuk khidmat, bukan pangkat. Hari ini ramai rakyat, lebih-lebih lagi anak muda , semakin hilang keyakinan bahawa politik mampu membawa perubahan sebenar. Itu bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Malaysia perlukan politik yang lebih jujur, lebih berani dan lebih berprinsip. Politik yang memberi harapan, bukan ketakutan. Politik yang membina masa depan, bukan sekadar mengitar semula nostalgia lama. Perjalanan ini bukan mudah. Tetapi sejarah tidak pernah dibentuk oleh mereka yang menunggu keadaan menjadi mudah.Ia dibentuk oleh mereka yang berani memulakan sesuatu ketika ramai sudah berhenti percaya. Ini baru permulaan. BERSAMA, kita memajukan Malaysia ke arah kesaksamaan." Daftar dan sumbang untuk BERSAMA di bersama.org
51
262
7
758
25,506
InaSalina retweeted
Eight years ago today, Malaysians queued up at schools just like these. Most of us didn’t actually think it would happen. We hoped. We showed up. But deep down, many of us weren’t sure a single vote could change 61 years of the same government. And then it did. We did it. Six years on, it’s hard to know how to feel about all of it. A government that fell in 22 months. Three prime ministers without a single election. Another vote that gave us a unity government that, honestly, still doesn’t feel like what people queued up for back in 2018. Reforms that were promised are either half-done or quietly forgotten. The feeling of “different faces, but a lot of the same feelings”. I’ve had this conversation so many times now, with friends, with family, and I keep hearing the same thing. “I’ve given up. The government disappoints me. The opposition isn’t any better.” I don’t think that’s apathy. I think that’s what exhaustion sounds like after years of hoping. But here’s the thing about political cycles. They end. And when they do, people who said they’ve given up somehow find themselves back at the polling station. Pen in hand, doing the one thing that actually changed something once before. We’re getting close to that moment again. And if 2018 taught us anything, it’s that we’re more capable of surprising ourselves than we think.
93
698
42
1,913
90,929
InaSalina retweeted
Ramai ingat bila 14 ADUN UMNO tarik sokongan di Negeri Sembilan, itu tanda UMNO kuat. Tidak semestinya. Dalam politik, jangan kira jumlah sahaja. Kena kira saluran, margin, dan siapa undi siapa. Perlu juga lihat pengundi mana yang selama ini membantu UMNO menang walaupun sebahagian pengundi tradisi sudah beralih ke PN. Di Negeri Sembilan, banyak kerusi UMNO dimenangi dengan majoriti tipis. Ada yang menang hanya ratusan undi. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan pengundi PH tidak lagi membantu, keputusan boleh berubah dengan cepat. Sebab itu sebelum buat langkah besar, semak dahulu nombor. Lebih besar daripada itu, langkah ini bukan sahaja memberi kesan kepada Negeri Sembilan. Ia mengingatkan semula rakyat kepada pendekatan lama UMNO seperti tarik sokongan dan gerakan senyap, kemudian berundur apabila berdepan tekanan. Tambah pula Tok Mat sendiri berada dalam kumpulan 14 ADUN itu. Jika Timbalan Presiden UMNO tahu dan bersetuju, adakah perkara ini dibincangkan dengan Presiden UMNO? Jika tidak dibincangkan, itu pelik. Jika dibincangkan, lebih pelik kerana Zahid menyatakan UMNO pusat tidak tahu-menahu. Inilah masalah apabila politik dibuat terlalu tergesa-gesa. Nampak seperti satu langkah, tetapi boleh jadi tembakan pramatang. Tonton kupasan penuh krisis politik Negeri Sembilan di Podcast YBM Episod 46: youtu.be/hVMQsOg2dj8?si=45ua…
25
190
6
562
24,096
InaSalina retweeted
Setahun selepas menjadi Timbalan Presiden PKR, satu soalan semakin jelas timbul: di mana Nurul Izzah dalam isu-isu besar parti dan negara? Beliau berada dalam kedudukan yang sangat sukar. Sebagai Timbalan Presiden, rakyat dan anggota parti mengharapkan kepimpinan, pendirian dan impak. Pada masa yang sama, beliau berada terlalu dekat dengan pusat kuasa, sehingga setiap langkah yang diambil akan dibaca dalam bayang-bayang Anwar Ibrahim. Apabila timbul isu dalaman parti, keputusan pilihan raya negeri, soal rasuah, kontroversi Azam Baki dan pelbagai tekanan politik lain, keadaan itu menjadikan beliau semakin tersepit. Jika ke depan, ia boleh menyukarkan parti dan Perdana Menteri. Jika berdiam diri, rakyat akan mula bertanya apakah sebenarnya peranan dan impak beliau sepanjang setahun ini. Itulah dilema yang sedang menghimpit PKR sekarang. Sebab itu soalan ini semakin sukar untuk dielakkan. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 45 di sini: youtu.be/1HNNYEwpZjU?si=qDDP…
29
131
9
405
18,299
InaSalina retweeted
𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛, 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗡𝗜 𝗦𝗔𝗬𝗔: 𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗠𝗔𝗖𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗬𝗔 Hari ini, bekas pegawai dasar saya James Chai, pulang dari Cambridge untuk memberi keterangan kepada SPRM. SPRM menyiasat kononnya ada penyelewengan dalam usaha sama kerajaan dengan ARM, gergasi perisian semikonduktor dunia. Kalau ingat, Mac 2025, Perdana Menteri melancarkan usaha sama ini untuk membolehkan Malaysia berubah dari menjadi pengilang yang memasang cip semikonduktor kepada pencipta yang mereka bentuk cip semikonduktor. Saya tahu siasatan itu tidak ada kena mengena dengan wang yang hilang. Kalau tidak dah lama saya ditahan dan berpuluh juta wang dipamerkan kepada orang ramai, seperti yang pernah berlaku dalam kes ahli politik lain. Siasatan menjurus kononnya saya mendesak kerajaan untuk menandatangani usaha sama itu secara tergesa-gesa. Macam perjanjian ART yang sesetengah pihak kata tergesa-gesa lah. Cuma yang saya disiasat besar-besaran, yang ART itu langsung tidak disentuh. Pun begitu, saya berbesar hati untuk membantu siasatan SPRM. Kemungkinannya begini: James adalah saksi terakhir yang SPRM ingin ambil keterangan. Selepas James, tinggal saya. Maka saya mungkin dipanggil, seterusnya ditahan dan didakwa dalam tempoh seminggu, dua minggu atau tiga minggu dari sekarang. Masalahnya saya tidak ada Whatsapp dan saya tidak angkat telefon yang saya tidak kenali. Banyak scammer sekarang ni. Jadi saya mohon kepada SPRM untuk menghantar notis memanggil saya memberi keterangan, atau kalau nak tangkap hantar notis siap-siap, ke email saya [email protected] Jangan bimbang, saya tidak pernah lari ke mana. Dah berpuluh kali saya kena tahan pihak berkuasa dari 2010 lagi, tidak pernah sekali pun saya lari. Insya Allah kita jumpa di ibu pejabat SPRM Putrajaya dalam masa yang terdekat ini.
39
292
9
961
46,157
InaSalina retweeted
𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗠𝗢 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗜 Ucapan di demo perlu pendek. Saya diminta memberi ucapan yang terakhir di demo Tangkap Azam Baki hari ini. Tidak banyak yang boleh disebut dalam 10 minit. Hanya perkara pokok kenapa kita perlu terus bersuara. Yang paling penting, kenapa perjalanan kita membuang barah rasuah dalam masyarakat masih panjang. Sebab sistem negara dan masyarakat kita masih berteraskan wang dan kedudukan. Ia saling berkait. Orang mengejar kedudukan untuk mendapatkan wang, dengan wang boleh mendapatkan kedudukan. Dengan wang dan kedudukan, semuanya boleh dibeli. Jika rasuah berleluasa, peraturan kepada rakyat biasa tidak sama dengan peraturan kepada orang yang ada wang dan kedudukan. Sebab itu kita kena lawan rasuah, supaya masyarakat kita tidak tewas kepada godaan wang bila mereka diberi kedudukan yang ada amanah. Selagi kita tidak dapat lakukan ini, demo hari ini hanyalah satu episod dari episod yang panjang.
30
317
14
924
74,987
InaSalina retweeted
20 𝘈𝘱𝘳𝘪𝘭 2026 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 Kami yang bertandatangan di bawah memandang serius laporan-laporan media dan reaksi Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan mengenai cadangan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk melaksanakan satu sistem baru yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd bernama TURAP (The Universal Recruitment Advanced Platform). Cadangan ini telah dilaporkan secara meluas oleh media tempatan dan antarabangsa. Menteri Sumber Manusia bukan sahaja mengesahkan bahawa cadangan TURAP sedang dipertimbangkan, malah mempertahankan rekod Bestinet yang mengendalikan sistem sedia ada iaitu Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS). Pendirian R. Ramanan itu bertentangan dengan penemuan dan keputusan yang dibuat oleh badan-badan semak imbang yang telah meneliti FWCMS, antaranya seperti berikut: 1. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), iaitu badan tertinggi di Parlimen yang menjadi semak imbang kerajaan, telah bersidang sebanyak 8 kali dalam tempoh Disember 2023 hingga Februari 2025 untuk meneliti perihal FWCMS dan Bestinet. 2. Di antara penemuan-penemuan PAC yang diumumkan di dalam laporan bertarikh 6 Mac 2025 adalah: i.FWCMS beroperasi dan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri walaupun tidak ada kontrak ditandatangani di antara Bestinet dan kerajaan, sejak Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan pada 12 Januari 2018 hingga tarikh SST luput pada 31 Mei 2024, iaitu selama tempoh lebih 6 tahun; ii. Ada kelemahan kronik di dalam operasi FWCMS bersabit kawalan sistem, iaitu 2 ID pengguna super admin yang tidak dipegang oleh pegawai KESUMA dan 24 pengguna yang tidak sah yang meluluskan permohonan 24 majikan; iii.Pelaksanaan FWCMS tidak termasuk di dalam senarai projek kerjasama awam swasta (yang membolehkan pendekatan “proof of concept” dan melepasi proses tender terbuka), seperti satu surat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bertarikh 30 Disember 2020. 3.Laporan Ketua Audit Negara 2022 juga telah membuat penemuan- penemuan berikut: i.Keseluruhan pengurusan FWCMS diklasifikasikan sebagai “tidak memuaskan”; ii.FWCMS hanya digunakan untuk pengambilan pekerja asing dari Bangladesh sahaja sedangkan ada 15 negara sumber tenaga asing secara keseluruhan; iii.Kontrak tidak ditandatangan walaupun FWCMS digunakan, menyebabkan hak dan kepentingan kerajaan terjejas; iv.Risiko salah guna apabila ada 2 ID super admin yang tidak dipegang oleh pegawai KESUMA dan 24 lagi ID pengguna bukan kerajaan yang meluluskan permohonan kuota pekerja asing. Penemuan-penemuan ini secara jelas menunjukkan isu tata kelola yang kronik mengenai FWCMS dan hubungan kerajaan dengan Bestinet dalam urusan pengambilan pekerja asing. Maka, kenyataan Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang memberi gambaran seolah-olah prestasi Bestinet dan FWCMS adalah baik sangatlah bertentangan dengan prinsip tata kelola yang diulang-ulang oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kerajaan membuat keputusan untuk memuktamadkan perjanjian dengan Bestinet dari 1 Jun 2024 hingga 31 Januari 2031 pada caj RM215 setiap pekerja (berbanding persetujuan asal RM100 setiap pekerja) atas pertimbangan mengelakkan tuntutan Bestinet selama 6 tahun (sebelum perjanjian dimeterai) dibawa ke mahkamah. Keputusan ini juga dibuat dengan perancangan pelaksanaan National Integrated Immigration System (NIISe) yang dijangka beroperasi tahun 2028 dan membolehkan FWCMS tidak lagi digunakan. Latar belakang ini penting untuk membolehkan orang ramai faham kenapa cadangan penggunaan satu lagi sistem baru oleh Bestinet (iaitu TURAP) mengundang kemarahan rakyat. Kami berpandangan keras bahawa: 1. Tidak ada keperluan satu sistem baru diperkenalkan memandangkan kerajaan sepatutnya menggunakan NIISe (yang dilaporkan menelan belanja lebih RM1 bilion) yang dijangka beroperasi dalam 2028; 2.Sistem dan perkhidmatan penting kerajaan yang berkaitan dengan keselamatan negara dan pekerja asing tidak boleh diswastakan melalui kaedah usaha sama awam swasta seperti yang dicadangkan melalui TURAP; 3.Jika pun ada keperluan untuk sistem baru, apa-apa sistem yang hendak diperkenalkan hendaklah mengikut spesifikasi dan keperluan yang ditentukan oleh kerajaan dan seterusnya melalui tender terbuka; 4.Kerajaan tidak boleh mempunyai beberapa sistem yang menguruskan pengambilan pekerja asing beroperasi serentak. Kerajaan telah mengikat perjanjian untuk menggunakan FWCMS sehingga 2031, maka kerajaan tidak boleh memperkenalkan pula satu lagi sistem seperti TURAP yang akan memanjangkan “konsesi monopoli” kepada sebuah syarikat swasta untuk satu lagi tempoh yang panjang, iaitu 12 tahun seperti yang dilaporkan. Kami menyeru Kementerian Sumber Manusia menumpukan tenaga untuk meneruskan reformasi pasaran kerja seperti yang telah menjadi dasar negara di dalam Kajian Separuh Penggal RMK12 dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Matlamat utama reformasi pasaran kerja yang digariskan di dalam RMK13 ialah menurunkan pergantungan negara kepada pekerja asing, iaitu dengan menurunkan had maksimum jumlah pekerja asing dari 15% (dari jumlah keseluruhan pekerja) dalam RMK12 kepada 10% di akhir RMK13. Beberapa keputusan penting telah dipersetujui Jemaah Menteri, termasuklah pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) dan Akademi Dalam Industri (ADI) yang bertujuan menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan dan menyediakan kerjaya berkemahiran yang disijilkan. Tumpuan R. Ramanan sebagai Menteri Sumber Manusia sepatutnya melaksanakan dasar-dasar negara seperti ini dan bukannya memberi fokus untuk mengukuhkan lagi kebergantungan kepada pekerja asing. 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 Ahli Parlimen Pandan 𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗶𝗸 𝗡𝗮𝘇𝗺𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗡𝗶𝗸 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 Ahli Parlimen Setiawangsa 𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗪𝗼𝗻𝗴 𝗖𝗵𝗲𝗻 Ahli Parlimen Subang 𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗟𝗲𝗲 𝗖𝗵𝗲𝗮𝗻 𝗖𝗵𝘂𝗻𝗴 Ahli Parlimen Petaling Jaya 𝗬𝗕 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗥𝗼𝗱𝘇𝗶𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 Ahli Parlimen Ampang 𝗬𝗕 𝗜𝗿. 𝗧𝘀. 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 Ahli Parlimen Wangsa Maju 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗕𝗮𝗸𝗵𝘁𝗶𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗪𝗮𝗻 𝗖𝗵𝗶𝗸 Ahli Parlimen Balik Pulau 𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗶𝗺 Ahli Parlimen Pasir Gudang 𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗮𝘃𝗮𝗻 𝗮/𝗹 𝗦𝘂𝗯𝗿𝗮𝗺𝗮𝗻𝗶𝗮𝗺 Ahli Parlimen Sungai Siput
36
350
12
628
38,718
KENAPA SAYA SOKONG DESAKAN SIASATAN INI? Sebagai Ahli Parlimen, saya berdiri bersama 8 rakan-rakan termasuk Rafizi Ramli kerana isu ini bukan soal individu. Ini soal rakyat. Saya sokong kerana 3 sebab yang sangat mudah: 1️⃣ Wang rakyat tidak boleh dipertaruhkan Bila sistem lama seperti FWCMS pun sudah ditegur oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Jabatan Audit Negara, kenapa perlu tambah sistem baru tanpa penjelasan kukuh? 👉 Rakyat yang akhirnya akan tanggung kos.

213
4
517
20,005
InaSalina retweeted
𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗛, 𝗜𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗨𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜, 𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗖𝗔𝗡𝗧𝗔𝗦: 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗧𝗔𝗦𝗡𝗬𝗔, 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗟𝗔𝗚𝗜? Sabtu ini, 25 April 2026, ada sekumpulan kecil rakyat yang lain dari yang lain. Mereka tahu bahawa melawan yang berkuasa itu tidak mudah. Apatah lagi bila majoriti rakyat tidak ambil peduli kerana terbahagi kepada kesetiaan politik masing-masing. Sabtu ini, 25 April 2026, sekumpulan kecil rakyat ini akan berkumpul di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang Mereka tidak minta wang, mereka tidak menuntut pangkat. Mereka hanya minta satu sahaja: Tangkap Azam Baki dan siasat semua dakwaan-dakwaan salah laku dan rasuah yang telah berlarutan merentasi tiga Perdana Menteri dari tiga gabungan politik terbesar dalam negara - dari Tan Sri Muhyiddin dan PN, kepada Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan BN, kini bersambung dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan PH. Kumpulan kecil rakyat Malaysia ini tidak ada identiti. Mereka tidak mewakili mana-mana parti, agama, bangsa, negeri, umur atau kaya miskin. Jika tidak kerana isu rasuah dan Azam Baki, mereka tidak boleh duduk dalam satu bilik pun. Tetapi ada satu perkara yang mereka bersetuju: rasuah adalah barah masyarakat, dan barah tidak akan sembuh dengan sendirinya. Barah mesti dicantas. Mereka adalah kumpulan yang kecil kerana gabungan-gabungan politik yang mewarnai politik negara ada percaturan masing-masing dalam isu ini. Azam Baki dilantik oleh PN. Semasa PN memerintah, sudah tentu ada banyak keputusan dan tender yang dikendalikan. Hanya ada beberapa orang pimpinan utama yang setakat ini disiasat SPRM, kita tidak terkejut ramai lagi yang ada fail. Menuntut siasatan ke atas Azam Baki maksudnya menggali kubur. Azam Baki dikekalkan oleh BN. Kita semua tahu banyak kes-kes yang dikaitkan dengan pimpinan BN. Membuka mulut mengundang siasatan. Lagi pun, sistem kuasa yang ada ini dibentuk oleh BN dan diwariskan kepada PN dan kini PH. BN yang paling mahir bermain percaturan kuasa dan menggunakan badan-badan kerajaan. Strategi BN kini mudah: biarkan Anwar Ibrahim tercungap-cungap mempertahankan Azam Baki berseorang kerana pengundi progresif yang akan lari dari PH. Azam Baki disambung tiga kali oleh PH. Majoriti pendukung PH kini membuat u-turn dan mengulangi hujah Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa Azam Baki seorang yang berani dan bekerja keras, walaupun bukti-bukti dan tuduhan salah laku telah dibentangkan kepada rakyat. PH kini terperangkap, turun naik nasib politiknya terikat di kaki dengan nasib Azam Baki. Maka tinggallah segelintir kecil rakyat Malaysia yang lebih bencikan rasuah dan salah guna kuasa dari percaturan politik. Episod Azam Baki membuka mata kita bahawa permainan dan percaturan kuasa di koridor Putrajaya yang gah itu tidak akan berubah dengan perubahan parti pemerintah semata-mata, jika sistemnya tidak berubah. Bila kuasa dipusatkan di tangan beberapa orang sahaja, sukar untuk menolak godaan kuasa. Asalkan sesuatu itu memberi keuntungan politik dan mengukuhkan kuasa aku, persetankan suara-suara kecil segelintir manusia kerana aku ada pengikut yang ramai. Saya yakin walaupun kumpulan rakyat yang tampil mengambil risiko ini kecil, tetapi kebencian mereka kepada rasuah dikongsi majoriti rakyat kita. Mereka telah menjalankan tanggungjawab sivik dan amanah masyarakat. Mereka bersuara, berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun mereka dipandang rendah. Mereka telah lulus ujian mereka. Kita yang turut bencikan rasuah perlu bertanya kepada diri sendiri: di mana aku ketika anak-anak muda ini berhempas pulas menyatakan pendirian mereka melawan rasuah? Jika kita rasa kita berkemampuan untuk hadir, sama-sama kita hadir di Dataran Merdeka hari Sabtu ini, 25 April 2026 jam 3 petang. Jika kita tidak berkelapangan, kongsikan mesej ini dan panjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan, agar lebih ramai boleh hadir. Jika kita tidak mahu dipandang serong oleh keluarga dan kawan-kawan kerana ke depan mempromosi demonstrasi Tangkap Azam Baki, tekan butang “like” dan “share” setiap kali ada kandungan mengenai demo ini dan mesej anti-rasuah. Saya tidak pandai sangat berstrategi dalam politik. Saya selalunya bendul - kalau saya rasa perkara itu salah, saya cakap salah. Kalau saya rasa benar, saya cakap benar. Tetapi ada satu kata-kata yang menjadi pegangan saya sejak dari muda: “Never doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world; indeed, it's the only thing that ever has." “Jangan sesekali ragu-ragu bahawa sekumpulan kecil rakyat yang berfikir dan komited akan mengubah dunia, malah itu sajalah yang membawa perubahan selama ini”. Saya dimaklumkan saya akan memberi ucapan terakhir di perhimpunan Tangkap Azam Baki pada hari Sabtu ini. Jumpa di Dataran Merdeka dan bermula hari ini, saya akan menghantar kandungan promosi setiap hari dan count down menjelang 25 April 2026. Rasuah itu barah dan perlu dicantas. Kalau kita tidak mencantasnya, siapa lagi?
22
245
11
584
10,871
InaSalina retweeted
Dalam politik, akan sampai satu tahap bila orang yang ada kuasa mula rasa dia boleh tekan orang sesuka hati. Dia rasa sebab dia ada jawatan, ada duit, ada kedudukan, orang lain kena diam. Masalahnya, kalau benda itu kena pada saya seorang, saya boleh saja jalan. Saya tak ada masalah. Tapi bila dia mula kena pada orang lain, orang bawah, orang yang setia, masa itu saya tak boleh diam. Sebab kalau saya diam, maknanya saya pentingkan diri. Saya tengok semua ini sebagai ujian sajalah. Allah dah bagi banyak dalam hidup saya. Jadi bila datang ujian macam ini, hadap sajalah. Takkan semua kita nak, tapi bila datang ujian sedikit kita terus rebah. Orang politik selalu lupa satu benda. Mereka ingat kuasa boleh tentukan segalanya. Mereka lupa bahawa dalam politik, kita ini sebenarnya nak menang hati orang ramai. Dan hati orang ramai itu bukan manusia yang pegang. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 43: youtube.com/live/e3y7rCTySJU…
22
125
6
412
11,098