Semoga urusan dipermudahkan Rancangan Perjalanan Jenazah Kapten Zainol Afiq bin Bee Sham Pada
13 September 2026 (Ahad)
🚁ETD - Lapangan Terbang Miri jam 12.10
🚁ETA - KLIA jam 2.30 petang
🚁Masjid Bandar Baru Senawang 4.30
🚁Tanah Perkuburan Islam (Forest Heights) jam 5.30
Selamat hari ulangtahun kelahiran @anwaribrahim ! Semoga DSAI terus diberikan kesihatan dan kekuatan. Terima kasih memimpin kami.
Aminuddin Harun retweeted
Bila Agong dah bertitah siasat RCI Tabung Haji sampai ke lubang cacing maka keluarlah si Ulama Jahat untuk mengalih naratif.
Laki seleweng Tabung Haji.
Bini seleweng Al Quran.
Yg satu merosakkan Tabung Haji.
Yg satu lagi merosakkan Al Quran.
Aminuddin Harun retweeted
Nampak perangai sebenar?
#SayNoToRacism
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, saya mengumumkan bahawa saya telah disahkan sebagai Calon Nombor 3 bagi N.32 Linggi mewakili Pakatan Harapan.
Saya memohon doa, sokongan dan kepercayaan seluruh warga Linggi agar diberi kesempatan untuk terus berkhidmat, berbakti dan membawa kemajuan kepada DUN Linggi.
Calon No. 3, Pakatan Harapan.
#KekalHarapan
#BersihMuafakatSejahtera
#ProaktifMesraResponsif
#DemiNogori
DUN Linggi, saya hadir.
Alhamdulillah, proses penamaan calon bagi DUN Linggi hari ini berjalan dengan lancar.
Di bawah ini saya kongsikan sebahagian daripada kenangan sepanjang beberapa tahun berkhidmat di bumi Linggi.
Saya memohon doa, restu dan sokongan daripada seluruh warga DUN Linggi.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengizinkan kemenangan agar amanah ini dapat terus dipikul demi berbakti kepada rakyat.
Insya-Allah, kita terus bekerja, terus berkhidmat.
#KekalHarapan
#BersihMuafakatSejahtera
#ProaktifMesraResponsif
#DemiNogori
Bismillah, perjuangan diteruskan!
Calon dah diumumkan, jentera dah bersedia. Kini masa untuk bekerja, bekerja dan terus bekerja demi rakyat Negeri Sembilan.
#KekalHarapan
Ombak membadai di laut dalam,
Langkah nakhoda terus melawan;
Bukan lari di tengah malam,
Hadir kami membawa HARAPAN.
#KekalHarapan
Patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Tunku Dato' Seri Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz atas permasyhuran baginda sebagai Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan pada 11 Jun 2026.
Sesungguhnya permasyhuran ini merupakan satu penghormatan yang amat bermakna serta mencerminkan kepercayaan dan kedudukan tinggi baginda dalam institusi Diraja Negeri Sembilan.
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan Dirgahayu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Patik sekalian rakyat mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT dalam meneruskan pemerintahan yang penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Semoga negara Malaysia terus berada dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta dikurniakan kemajuan yang berterusan demi kesejahteraan seluruh rakyat.
Daulat Tuanku.
#BersihMuafakatSejahtera
#MalaysiaMADANI
#DemiNogori

















