haryani mohd saleh retweeted
Salam Semarak Subuh ❤️💙
Menjunjung Kasih @HRHJohorII 🙏
Semoga dipermudahkan segala urusan.
haryani mohd saleh retweeted
Syukur Alhamdulillah, Johor terus melangkah ke hadapan sebagai destinasi utama industri berteknologi tinggi apabila menerima pelaburan strategik bernilai RM900 juta daripada Longda Group, syarikat berteknologi tinggi dalam rantaian bekalan global industri aeroangkasa, tenaga dan kejuruteraan berat, yang dijangka mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, khususnya kepada anak muda Johor.
Semasa lawatan kerja saya ke China sebelum ini, saya dan delegasi berkesempatan meninjau sendiri operasi Jiangsu Longda Superalloy. Susulan itu, dalam pertemuan rasmi yang diketuai oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mr. Pu Yilong, perbincangan tertumpu kepada perkembangan pelaksanaan projek di Johor termasuk garis masa pembangunan, pematuhan piawaian teknikal serta pelan pengembangan operasi bagi jangka sederhana dan panjang.
Longda memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan aeroangkasa global dengan membekalkan superalloys berketulenan tinggi bagi komponen “hot-section” enjin pesawat untuk kegunaan komersial dan pertahanan. Keupayaan ini disokong oleh ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang komprehensif termasuk institut aloi suhu tinggi, pusat teknologi serta pangkalan penyelidikan pasca-doktoral, sekali gus membuka ruang pemindahan teknologi dan kepakaran kepada tenaga kerja tempatan.
Projek ini turut memberi penekanan serius kepada pembangunan modal insan melalui kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melibatkan pemilihan 30 graduan tempatan untuk menjalani latihan industri di ibu pejabat Singda di China dengan kumpulan pertama seramai tujuh graduan dijadualkan berlepas pada 2 Mac dan satu lagi pengambilan seramai 30 graduan pada tahun hadapan bagi membina bakat Johor dalam bidang teknologi aloi berprestasi tinggi.
Terima kasih saya ucapkan kepada Longda Group atas keyakinan dan komitmen untuk memilih Johor sebagai destinasi pelaburan strategik mereka. Semoga kerjasama ini akan terus diperkukuh sekali gus memberi peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada anak Johor dan pembangunan bakat tempatan secara mampan. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #JTDC #IMFCJ
haryani mohd saleh retweeted
Event Piknik Merdeka di Ipoh hari sabtu ini! Siap ada pertunjukan bunga api 🔥
Ada jualan makanan & minuman berserta dengan aktiviti seperti zumba, pertandingan mewarna & pertandingan fashion Merdeka! Moh!
Piknik Merdeka
🗓️30 Ogos 2025
⏰4.30pm-1am
📍Taman DR Seenivasagam, Ipoh
haryani mohd saleh retweeted
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang hadir menyempurnakan penyerahan Hak Milik Tapak Rumah Kediaman kepada Generasi Kedua FELDA Tenggaroh 2 dan 6 di Dewan Terbuka FELDA Tenggaroh 6.
Inilah detik bermakna buat ratusan keluarga peneroka yang sekian lama menanti hak mereka. FELDA bukan sekadar tanah rancangan, tetapi rumah impian keluarga yang akhirnya akan membina masa depan anak bangsa. Di Johor, seramai 391 anak FELDA telah diraikan melalui penyerahan geran ini. Ini adalah bukti bahawa Kerajaan Negeri sentiasa bersama komuniti FELDA.
Bagi komuniti FELDA, tanah rancangan bukan sekadar ladang atau penempatan, tetapi simbol harapan dan perjuangan. Dengan penyerahan hak milik ini, generasi baharu kini memiliki kepastian untuk membina masa depan lebih terjamin. Ia adalah bukti bahawa Kerajaan Negeri sentiasa konsisten bersama warga FELDA, memperjuangkan hak mereka yang diwarisi daripada pengorbanan generasi terdahulu.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah menyalurkan RM4.6 juta kepada pelbagai badan FELDA termasuk JKKR, MBFM, GPW, masjid, surau serta bantuan bakul makanan. Insya-Allah, manfaat ini akan memberi kesan langsung kepada lebih 27,000 peneroka FELDA di seluruh Johor, membuktikan FELDA terus menjadi nadi kekuatan negeri.
Semoga segala usaha dan perancangan berfokus ini membuktikan bahawa komuniti FELDA tidak pernah dipinggirkan, malah sentiasa menjadi keutamaan dan ‘anak emas’ Kerajaan Negeri dalam menjayakan visi Johor yang lebih makmur, maju dan sejahtera. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #FELDAJohor #MuafakatFELDA #SegalanyaFELDA
haryani mohd saleh retweeted
Syukur Alhamdulillah, saya gembira dapat hadir ke Majlis Perasmian Festival Hari Orang Asli Negeri Johor 2025 di Kluang. Festival ini bukan sahaja sebuah acara kebudayaan, tetapi bukti pengiktirafan terhadap warisan, identiti, dan kekuatan komuniti Orang Asli yang menjadi sebahagian daripada keluarga besar Bangsa Johor.
Di Johor, terdapat seramai 18,283 masyarakat Orang Asli di 60 buah kampung, terdiri daripada lima etnik utama iaitu Jakun, Seletar, Orang Kuala, Temuan dan Kanaq. Keunikan budaya, bahasa dan seni mereka adalah khazanah berharga yang wajib dipelihara dan diperkenalkan kepada masyarakat umum.
Kerajaan Negeri komited dalam menjaga kebajikan komuniti Orang Asli dengan menyalurkan peruntukan berjumlah RM3.87 juta, yang merangkumi 9 inisiatif. Antaranya termasuklah:
1. RM1 juta bagi Bantuan Tunai One-Off sebanyak RM200 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli di Negeri Johor;
2. RM529.3 ribu bagi Bakul Makanan bernilai RM100 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli Negeri Johor;
3. RM182.5 ribu bagi Bantuan Laptop kepada 73 Pelajar Universiti Orang Asli;
4. RM600 ribu bagi geran khas untuk kos pengurusan dan program Kampung Orang Asli;
5. RM735 ribu bagi naik taraf dan baik pulih 17 dewan dan 32 balai raya dengan setiap lokasi menerima RM15 ribu;
6. RM370 bagi sumbangan kepada masjid dan surau;
7. RM440 ribu bagi naik taraf kemudahan & peralatan sukan;
8. RM13.8 ribu bagi bantuan tunai one-off RM300 kepada 46 Tok Batin Negeri Johor;
9. Penubuhan Jawatankuasa Khas Pembangunan Komuniti Orang Asli Johor.
Pada masa yang sama, saya turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM dan STPM tahun 2024 dari komuniti Orang Asli. Kejayaan mereka adalah bukti bahawa anak-anak Orang Asli mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, serta bersaing dan berjaya dalam bidang akademik apabila diberi peluang dan sokongan sewajarnya.
Semoga Festival Hari Orang Asli Negeri Johor 2025 menjadi titik tolak transformasi komuniti ini, bukan sahaja sebagai pewaris warisan, tetapi juga sebagai pencorak masa depan negeri. Insya-Allah, bersama-sama kita akan membina sebuah Johor yang lebih makmur, bersatu, dan maju menjelang 2030.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
haryani mohd saleh retweeted
Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi Semua! 😊
Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa didalam rahmat dan lindungan Allah SWT.
#semaraksubuhjohor
haryani mohd saleh retweeted
Kepada Allah Kita Berserah
لاحول ولا قوة إلا بالله
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang menunaikan solat Subuh berjemaah di Surau As-Sholawatil Hikmah, Desa Mutiara, disusuli tazkirah oleh Tuan Haji Suhaimi bin Rebu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JAINJ.
Dalam tazkirah tersebut, beliau berkongsi peristiwa yang sarat dengan pengajaran besar tentang Saidina Ali bin Abi Talib RA. Dalam keadaan hidup yang amat sempit, beliau sanggup menjual bajunya demi memberi makan kepada keluarga tercinta. Namun, apabila bertemu dengan seorang fakir miskin yang kelaparan, Saidina Ali tetap menyerahkan seluruh 6 dirham yang ada padanya dengan penuh keyakinan terhadap janji Allah SWT.
Keyakinan itu dibalas oleh Allah dengan rezeki yang berlipat ganda, membuktikan bahawa pengorbanan ikhlas tidak pernah sia-sia di sisi-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Semoga kita semua, sebagai Bangsa Johor, diberikan kekuatan untuk menjadikan amalan infaq dan sedekah ini sebagai budaya hidup. Bukan hanya ketika kita berada dalam kelapangan, tetapi juga sewaktu kita diuji dengan kesempitan. Apa jua yang kita keluarkan kerana Allah SWT, akan diganti dengan yang lebih baik. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #SemarakSubuhJohor #GengSubuhMacamJumaat #RapatkanSaf
Mmag keras dulu seminggu dua dah lulus pinjaman ni..hmmmmm.. krik2 ye 🤣🤣🤣
@AmanahIkhtiar
Hidup ini memang keras. Jangan putus asa. Terus jalan, terus berusaha...
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMADANI
19
haryani mohd saleh retweeted
Syukur Alhamdulillah. Johor sekali lagi membuktikan kemampuannya sebagai jantung ekonomi negara apabila merekodkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, dengan nilai sebanyak RM56.0 bilion.
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa memberi sokongan, nasihat dan panduan dalam memastikan Johor kekal fokus terhadap pembangunan ekonomi demi kemajuan negeri dan Bangsa Johor.
Dengan pencapaian konsisten dua suku tahun berturut-turut, saya yakin Johor berada di landasan kukuh menuju sasaran bersejarah pelaburan tahun ini. Suka untuk saya kongsikan bahawa segala pencapaian ini bukan kebetulan. Ia lahir daripada kesungguhan dan iltizam seluruh pasukan pentadbiran negeri dengan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan.
Lebih daripada sekadar angka, kejayaan ini juga adalah manifestasi kesungguhan Johor memastikan setiap pelaburan dipulangkan kembali kepada rakyat melalui peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, peningkatan pemindahan teknologi dan kepakaran serta limpahan ekonomi kepada komuniti tempatan.
Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) menyerlahkan lagi keupayaan Johor sebagai hab ekonomi serantau yang berfokus kepada pelaburan berkualiti tinggi, teknologi maju dan industri masa depan. Saya positif ini adalah permulaan yang akan membuka lebih banyak ruang kejayaan untuk Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada barisan Exco Kerajaan Negeri, MIDA, MITI, Kementerian Ekonomi, IRDA, Invest Johor, serta agensi-agensi strategik yang sentiasa menjadi rakan pelaksana dalam menjayakan agenda pembangunan Johor. Semoga momentum ini terus diperkasa demi kemakmuran Johor dan kesejahteraan seluruh rakyatnya. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #JSSEZ
Open order utk HARI INI dan HARI- HARI ..
🥟 Steamed
🥟 Pan-Fried
🥟 Deep-Fried
🥟 Frozen
Siap masak kalau nak campur pun boleh. Ada stim/ goreng and pan fried !
Whatsapp Cik Teepah ye 0132233662
#dumplings #dumplingayam #DumplingIpoh #ipohfoodie #makanipoh
15
Hahahaha..
Bukan SST punca kenaikan harga tetapi kos operasi – KPDN
#malaysiagazette
malaysiagazette.com/2025/07/…
13
haryani mohd saleh retweeted
Detik bersejarah bagi TLDM dirakam apabila DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor berkenan menamakan kapal LCS 2 sebagai RAJA MUDA NALA.
Menjunjung kasih, Tuanku.
#NavyUpdate
#LCS2
#15to5
haryani mohd saleh retweeted
The panic about tariffs has given way to cautious optimism. But Trumponomics 2.0 will erode the foundations of America’s prosperity econ.st/4lwVB4F
🥟 Craving dumplings? Get 21 pcs for just RM24!
✔ Steamed
✔ Pan-Fried
✔ Deep-Fried
So worth it! 😍
📲 WhatsApp to order: 013-2233662
#dumplingipoh #ipohfoodie #makanipoh #steameddumplings #dimsumlovers #tiktokmakan #malaysiafood #supportlocal #orderonline #fyp
13
haryani mohd saleh retweeted
لاحول ولا قوة إلا بالله
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Syukur Alhamdulillah. Lebih 3,000 orang jemaah termasuk para siswa dan siswi UTM telah hadir ke Program Semarak Subuh Johor bagi menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai.
Selesai solat, para jemaah berpeluang mengikuti tazkirah penuh makna yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Azamudin Bin Zainal, dengan pengisian menyentuh hati mengenai pembinaan jati diri terutamanya golongan muda. Antara inti pati penting tazkirah tersebut menekankan tiga perkara utama untuk melahirkan belia yang luar biasa:
Pertama, menjaga hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia. Hubungan dengan Allah (Hablum Minallah) dan hubungan sesama manusia (Hablum Minannas) perlu diseimbangkan agar lahir belia yang kukuh akidahnya, mulia akhlaknya, dan cemerlang pergaulannya dalam masyarakat.
Kedua, mendidik dan memelihara hati. Kita manusia terutamanya golongan muda, perlu memiliki keimanan yang teguh serta pendirian yang jitu dalam mempertahankan akidah. Dalam kehidupan seharian, kita diajak untuk sentiasa bersangka baik (husnuzon) serta menjauhi sifat-sifat negatif seperti hasad, benci dan dendam. Hati yang bersih melahirkan tindakan yang positif dan terpuji.
Ketiga, terus memberi manfaat kepada orang lain. Belia luar biasa ialah mereka yang berupaya memberikan kebaikan dan sumbangan kepada orang sekeliling, sama ada kepada ibu bapa, masyarakat mahupun berbakti kepada negeri Johor yang tercinta. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain."
Semoga para mahasiswa terutamanya Orang Muda Johor hari ini tampil sebagai generasi luar biasa, beriman, berilmu, berakhlak dan memberi nilai tambah kepada ummah. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #SemarakSubuhJohor #GengSubuhMacamJumaat #RapatkanSaf
haryani mohd saleh retweeted
Syukur Alhamdulillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor atas perkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 1446H/2025M di Masjid Al-Mubarak, Bandar Putra, Kulai.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah serta Keluarga DiRaja Johor. Turut hadir, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli; Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato' Dr Hj Azmi Bin Rohani; dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Bin Haji Mohd Khalid.
Selesai Majlis Khatam Al-Quran, DYAM Pemangku Sultan Johor berkenan berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib berjemaah dan beramah mesra bersama rakyat yang hadir di majlis tersebut.
Semoga Ramadan kali ini dapat mempereratkan ikatan kasih sayang antara pemimpin dan rakyat serta menjadi contoh teladan dalam memartabatkan syiar Islam. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
haryani mohd saleh retweeted
Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi Semua.
Syukur Alhamdulilla, orang Melaka Dr Akmal Saleh pun bersama pagi ini.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.
#semaraksubuhjohor
#gengsubuhmacamjumaat












































