Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_) header
Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_) profile picture

Akaun Rasmi Jabatan Perdana Menteri - Official Account of The Prime Minister's Department, Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Joined October 2013
Photo by Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_)Photo by Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_)Photo by Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_)Photo by Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_)Photo by Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_)Photo by Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_)Photo by Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_)Photo by Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_)Photo by Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_)Photo by Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_)
π‘πˆππ†π€ππŠπ€π 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍, π‹π”π€π’πŠπ€π 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 π€ππ€πŠ πŒπ”πƒπ€ Belanjawan 2027 terus memberi perhatian kepada kebajikan mahasiswa, pelajar dan graduan melalui pelbagai inisiatif bagi meringankan beban kewangan serta menyokong keperluan pendidikan golongan muda. Antara inisiatif yang diketengahkan ialah: β€’ Flysiswa MADANI 2027 – Bantuan tiket penerbangan ditingkatkan kepada RM500 bagi membantu mahasiswa mengurus kos perjalanan. β€’ Dapur Siswa MADANI – Peruntukan bagi penyediaan kemudahan dapur dan bahan makanan asas di kolej kediaman, yang turut diperluas ke politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG). β€’ Menu Kasih Siswa – Penyediaan hidangan untuk mahasiswa pada harga berpatutan, iaitu RM5 bagi membantu mengurangkan perbelanjaan makanan harian. β€’ Penangguhan bayaran balik PTPTN – Kemudahan penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan. β€’ Bayaran balik minimum PTPTN – Bayaran minimum sebanyak RM50 sebulan bagi peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan bagi membantu mengurus komitmen kewangan. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada keperluan pendidikan, kos sara hidup dan komitmen kewangan golongan muda agar mereka dapat meneruskan pengajian serta merancang masa depan dengan lebih baik. β€œRingankan Beban, Perkasa Anak Muda, Bina Masa Depan” #BelanjawanMADANI2027 #JabatanPerdanaMenteri #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI @shamsulazribakr @MalaysiaPMO
3
1
4
342
Jabatan Perdana Menteri retweeted
Masih saya ingat tatkala ke Perlis pada April tahun lalu dan Menteri Besar ketika itu bangkitkan mengenai projek terbengkalai Sekolah Sukan Malaysia Perlis, dan saya arahkan penyelesaian segera. Insya-Allah, tahun ini Sekolah Sukan Malaysia Perlis siap dan boleh mula digunakan tahun depan. Terbengkalai selama 12 tahun, alhamdulillah Kerajaan MADANI selesaikan dalam kurang dua tahun. Tahniah @FadhlinaComms @KemPendidikan πŸ’ͺ #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
9
72
1
366
14,193
Jabatan Perdana Menteri retweeted
I am saddened by the passing of former Japanese Prime Minister Yasuo Fukuda, a statesman who devoted much of his public life to advancing understanding, friendship, and cooperation among the nations of Asia. His steadfast commitment to ASEAN-Japan relations was rooted in the conviction that lasting peace and shared prosperity must be founded upon mutual trust, respect, and a common sense of purpose. In carrying forward the spirit of the Fukuda Doctrine, he upheld a vision of Asia where differences could be bridged through dialogue, and cooperation would prevail over confrontation. On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend my deepest condolences to his family and the people of Japan. ANWAR IBRAHIM
13
31
1
174
42,629
Jabatan Perdana Menteri retweeted
Tengah hari tadi, saya sempat curi masa menekuni karya terbaharu oleh James Marriott, β€˜The New Dark Ages: The End of Reading and the Dawn of a Post-Literate Society’, yang mengangkat persoalan besar dan mendesak tentang kemerosotan budaya membaca dan menelaah, kedangkalan pemikiran dan masa depan peradaban dalam era dan arus digital masa kini. Saya turut menghimbau bagaimana pemergian pujangga besar Perancis Victor Hugo pada 1885 yang menyaksikan sekitar dua juta manusia membanjiri kota Paris untuk memberikan penghormatan terakhir. Begitu juga Fyodor Dostoevsky pada 1881, apabila puluhan ribu rakyat mengiringi jenazahnya di Saint Petersburg, dan ia secara tidak langsung membuktikan masyarakat ketika itu menyanjung tinggi kesusasteraan, budaya, tradisi ilmu dan pemikiran. Kedua-dua mereka bukan dari kalangan raja mahupun panglima perang yang menang perang, tetapi tokoh dan sarjana yang pemikirannya telah meresap jauh ke dalam jiwa dan sanubari masyarakat. Marriott juga mengingatkan bahawa ancaman kepada peradaban bukan semata soal hilangnya akses kepada ilmu, malah berlaku lambakan, tetapi juga lunturnya kecintaan dan kesabaran untuk membaca, merenung, dan berfikir secara kritis dan mendalam. Kita mungkin semakin kaya dengan maklumat, namun miskin dan papa dalam kebijaksanaan. Justeru, persoalannya bukan sekadar apakah manusia masih membaca, tetapi apakah manusia masih mahu berfikir. #YakinMADANI
57
529
44
1,980
125,280
Jabatan Perdana Menteri retweeted
Alhamdulillah, Majlis Ilmu MADANI hari ini di Seri Perdana, Putrajaya menerima tamu istimewa, Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad Batubara, tokoh dakwah dari Indonesia. Saya menyentuh peri pentingnya majlis ilmu bersama tokoh seperti Ustaz Abdul Somad dalam menyuburkan kefahaman agama, agar cahaya ilmu menerangi akal, menjernihkan hati dan membimbing amal bersandarkan tradisi akliah yang berakarkan ilmu akidah, Ustaz Abdul Somad dalam tausiahnya menyentuh tema perpaduan dalam jamak budaya dan agama dengan mengambil ibrah serta tauladan dari Rasulullah SAW. Pada bicaranya, khazanah turath menemukan bahasa kehidupan, persoalan agama menjadi hampir dengan denyut keseharian, sehingga orang ramai dapat menimba makna daripada telaga ilmu yang dalam. Semoga Allah SWT memelihara hikmah Ustaz Abdul Somad dalam lapangan dakwah, mengurniakan kebijaksanaan serta menjambatani ilmunya ke muara hati insan. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
87
602
16
3,255
76,527
Jabatan Perdana Menteri retweeted
I am deeply grieved by the tragic loss of life in the train collision in Spain. Our thoughts are with all those who have lost loved ones, and we wish the injured a swift recovery. Malaysia stands in solidarity with the people of Spain at this difficult time. We also pay tribute to the emergency personnel and others working tirelessly at the scene. On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend our deepest condolences to Prime Minister Pedro SΓ‘nchez, the Government and people of Spain, and especially to the families of the victims. ANWAR IBRAHIM Photo: AP
27
283
7
1,424
106,106
Jabatan Perdana Menteri retweeted
Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sejarawan Negara (MSN) Bil. 2/2026, saya menegaskan peranan penting majlis ini sebagai tonggak pemeliharaan warisan sejarah dan sumber rujukan utama negara. Sejarah bukan sekadar untuk dihafal, tetapi perlu dihayati sebagai asas pembentukan jati diri, pengukuhan semangat kebangsaan dan penyemaian rasa cinta akan negara. Dalam mendepani perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), penghayatan sejarah semakin penting agar kemajuan teknologi tidak menghakis nilai, budaya dan identiti bangsa. Justeru, sejarah negara perlu terus dipelihara berlandaskan fakta dan penyelidikan sahih, serta disampaikan dengan pendekatan yang lebih segar dan dekat dengan generasi muda demi membina masa depan negara yang berpaksikan jati diri nasional. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
7
29
1
121
16,088
Jabatan Perdana Menteri retweeted
Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement – CSA) yang ditandatangani Kerajaan MADANI dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia serta beberapa Ahli Parlimen pembangkang hari ini menjadi landasan untuk memperkukuh kestabilan politik, memastikan kelangsungan urusan pemerintahan serta memberi ruang kepada agenda pembangunan negara, termasuk Belanjawan 2027, dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan rakyat. Dalam sebuah negara demokrasi, perbezaan pandangan tidak seharusnya menghalang usaha membina masa depan yang lebih baik. Kematangan politik menuntut semua pihak meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik sempit, demi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan maju serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Semoga persefahaman ini menjadi asas kepada kerjasama yang konstruktif, memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi dan membuka ruang bagi memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
19
110
8
435
27,252
Jabatan Perdana Menteri retweeted
Menerima kunjungan tiga Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia dengan tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala, memperluas perdagangan dan pelaburan serta meneroka kerjasama baharu dalam bidang strategik termasuk teknologi digital, kecerdasan buatan dan tenaga hijau. Pesanan saya agar amanah ini terus memanfaatkan ruang diplomasi untuk membuka lebih banyak peluang ekonomi, memperkukuh persahabatan dan memastikan kepentingan Malaysia terus terpelihara di peringkat antarabangsa. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
7
30
1
116
12,751
π‘πŒπŸ‘.𝟐𝟏 ππˆπ‹πˆπŽπ ππ„ππ‰πˆπŒπ€π“π€π, π‘π„π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ πƒπˆπ‘π€π’π€πˆ π‘π€πŠπ˜π€π“ SHAH ALAM, 28 Oktober 2026 - Reformasi bukan sekadar memendekkan prosedur, tetapi memastikan rakyat dan komuniti perniagaan menikmati urusan yang lebih mudah, pantas dan menjimatkan kos. Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, ketika merasmikan Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 di Shah Alam hari ini, menegaskan bahawa setiap proses yang dipermudah mesti membawa perubahan nyata kepada rakyat. Sehingga kini, sebanyak 1,582 projek/program RKB telah didaftarkan, dengan 496 projek siap dilaksanakan dan penjimatan kos beban pematuhan mencecah RM3.21 bilion. KSN turut menyeru seluruh jentera kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan supaya memperkukuh kerjasama, berani merungkai prosedur yang tidak lagi relevan serta memastikan setiap penambahbaikan memberikan manfaat yang boleh diukur. Reformasi yang berjaya ialah reformasi yang memulangkan masa, mengurangkan kos dan memudahkan kehidupan rakyat. β€œMempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi Demi Perkhidmatan Awam yang Lebih Cekap dan Rakyat yang Lebih Sejahtera” #ReformasiKerenahBirokrasi #JabatanPerdanaMenteri #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI @shamsulazribakr @MalaysiaPMO
1
3
442
Jabatan Perdana Menteri retweeted
Saya dan Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada Pengerusi SD Guthrie Berhad, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani atas pemergian ibunda tercinta, Allahyarhamah Hajjah Nik Asiah Wan Daud hari ini. Semoga seluruh keluarga Nik Norzrul Thani diberi kekuatan dan kesabaran tatkala diuji dengan kehilangan ini. Mendoakan Allahyarhamah diampunkan segala dosa dan ruhnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
13
33
2
159
98,436
Jabatan Perdana Menteri retweeted
Pelaburan bukan sekadar soal keuntungan, tetapi juga tanggungjawab untuk memperkukuh daya tahan ekonomi dan memastikan manfaatnya dirasai oleh rakyat. Kekuatan GLC dan GLIC terletak pada keupayaannya melihat jauh ke hadapan, dengan mengambil kira kepentingan jangka panjang negara, termasuk pembangunan Bumiputera, pemeliharaan warisan dan pengukuhan ekosistem ekonomi tempatan. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
9
40
1
130
16,347
Jabatan Perdana Menteri retweeted
Projek pembangunan ditentukan berdasarkan keutamaan negara, keperluan rakyat setempat dan kemampuan kewangan kerajaan, dengan mengambil kira input pihak yang berkaitan. Setiap projek perlu memberi manfaat kepada rakyat dan memastikan peruntukan kerajaan digunakan secara berkesan demi kesejahteraan masyarakat. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
15
50
3
192
11,982
Jabatan Perdana Menteri retweeted
Amat berdukacita menerima khabar pemergian anggota Unit Perisikan APMM, Allahyarham Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan yang terkorban tatkala menjalankan tugas menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin ke tanah air. Saya dan Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan yang amat berat ini. Ingatan kami juga buat seluruh warga APMM yang kehilangan rakan seperjuangan dalam mempertahankan keselamatan perairan negara. Saya amat terkesan dengan pemergian Allahyarham dan kecewa dengan tindakan pihak yang menggugat keselamatan serta kedaulatan negara. Kita tidak boleh membiarkan pengorbanan ini menjadi sia-sia. Seluruh pasukan penguatkuasaan mesti bertindak tegas tanpa kompromi terhadap cubaan menceroboh sempadan negara. Saya dan seluruh pasukan bertekad untuk bertindak tegas terhadap dalang dan sindiket penyeludupan warga asing serta mana-mana pihak yang melindungi atau bersubahat dengan mereka. Petualang yang mengizinkan kedaulatan negara kita dicabul juga mesti diheret ke muka pengadilan. Nyawa anggota keselamatan dan kedaulatan tanah air tidak boleh dipertaruhkan. Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
24
219
6
744
244,152
Jabatan Perdana Menteri retweeted
AI bercakap pasal AI. Dengarkan.
26
432
23
1,876
113,135
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π‡πŠπ‡πŒ πŸπŸŽπŸπŸ”: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 πŠπŽπŒπˆπ“πŒπ„π PUTRAJAYA, 26 Oktober 2026 – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil. Penghargaan dirakamkan kepada semua petugas, kontinjen, agensi kerajaan, sektor swasta dan pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan sambutan ini. Menjelang HKHM 2027, penyelarasan awal bersama kementerian akan diperkukuh bagi menjayakan program flagship sempena ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara, dengan pengisian bermakna dan penyertaan rakyat yang lebih meluas. Terima kasih atas komitmen semua. Bersama-sama kita menyemarakkan patriotisme dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang lebih gemilang. #JabatanPerdanaMenteri #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja @malaysiapmo @shamsulazribakr
1
2
432
Jabatan Perdana Menteri retweeted
My heartiest congratulations to my dear friend, President Luiz InΓ‘cio Lula da Silva, on his historic election victory in Brazil. This was a hard-fought contest that has given him a renewed mandate from the Brazilian people to lead their great nation. His lifelong commitment to social justice, to reducing poverty and to ensuring that the voices of developing countries are heard has earned respect well beyond Brazil. I have always valued our friendship, and I share his conviction that the Global South must have a stronger voice in shaping a fairer international order. Malaysia looks forward to working closely with Brazil under President Lula’s continued leadership. There is much we can do together: strengthening trade and investment, advancing cooperation between ASEAN and Latin America and giving greater substance to the partnership between our two countries. ANWAR IBRAHIM
133
3,267
56
17,879
135,878
π”π’πˆπ€ πƒπˆπ‡π€π‘π†π€πˆ, πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πƒπˆπ‰π€π†π€ Kos penjagaan lebih rendah, persaraan lebih terancang, kebajikan warga emas lebih terpelihara. Belanjawan MADANI 2027 memperkukuh sokongan kepada warga emas, pesara dan keluarga penjaga melalui inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. πŸ”Ή RM1.3 bilion bagi bantuan warga emas. πŸ”Ή Skim i-Emas KWSP dengan pilihan pengeluaran bulanan. πŸ”Ή Penggubalan Rang Undang-Undang Warga Emas. πŸ”Ή Pengurangan cukai perkhidmatan jagaan daripada 8% kepada 6%, dengan pengecualian penuh bagi yuran jagaan sehingga RM96,000 setahun. Menghargai Usia, Memelihara Maruah, Menjamin Kesejahteraan. #BelanjawanMADANI2027 #JabatanPerdanaMenteri #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI @shamsulazribakr @malaysiapmo @bheuujpm @KPWKM @kwsp
1
2
292
ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŠπˆπ“π€ πŸπŸŽπŸπŸ” π’π€ππ“π”ππˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π€π˜π„π‘ πŠπ„π‘πŽπ‡, πŒπ„π‹π€πŠπ€ MELAKA, 25 Oktober 2026 – Penjimatan perbelanjaan harian, akses kepada perkhidmatan kesihatan dan kemudahan secara percuma antara manfaat yang dinikmati penduduk menerusi Program MADANI Kita (PMK) 2026 bersama komuniti Ayer Keroh@Hang Tuah Jaya di Dewan Serbaguna PPR Sungai Putat, hari ini. #JabatanPerdanaMenteri #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja @malaysiapmo @shamsulazribakr
1
2
292
Jabatan Perdana Menteri retweeted
Menerima khabar mengenai dua rakan media, Nur Afiradina Arshad dan Zahratulhayat Md Arif daripada BERNAMA dan New Straits Times (NST) yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan membuat liputan program di Bagan Datuk awal pagi tadi. Mendoakan agar segala urusan rawatan mereka dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan yang baik dan segera pulih seperti sediakala. Saya juga telah mengarahkan pegawai saya untuk menghulurkan bantuan segera yang diperlukan kepada kedua-duanya. Moga segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan dalam menghadapi ujian ini.
29
85
4
373
234,667