EmKay (@mohdkhatim) header
EmKay (@mohdkhatim) profile picture

Bapa dan ibu kepada anak2...kaunselorakyat/penarakyat/aktivisrakyat/proRakyat

#MuafakatJohor #TeamJohor
Joined October 2012
Photo by EmKay (@mohdkhatim)Photo by EmKay (@mohdkhatim)Photo by EmKay (@mohdkhatim)Photo by EmKay (@mohdkhatim)Photo by EmKay (@mohdkhatim)Photo by EmKay (@mohdkhatim)Photo by EmKay (@mohdkhatim)Photo by EmKay (@mohdkhatim)Photo by EmKay (@mohdkhatim)Photo by EmKay (@mohdkhatim)
๐๐„๐‘๐“๐„๐Œ๐” ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐‹๐€๐Ž๐’ Di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina, saya berkesempatan bertemu TYT Jeneral Khamlieng Outhakaisone, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Laos. Saya menyampaikan penghargaan kepada Laos atas penyediaan dokumen Guide to ADMM and ADMM-Plus Practices and Protocols yang dipersetujui dalam ADMM kali ini. Solidariti, kepercayaan dan kebolehpercayaan sesama negara anggota amat penting dalam memperkukuh ASEAN. Malaysia akan terus menyokong pembangunan kapasiti dan profesionalisme Angkatan Tentera Laos melalui Malaysian Defence Cooperation Programme (MDCP). ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฑ๐Ÿ‡ฆ #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia #ADMM #ADMMPlus
4
15
859
๐Œ๐„๐„๐“๐ˆ๐๐† ๐–๐ˆ๐“๐‡ ๐“๐‡๐„ ๐”.๐’. ๐’๐„๐‚๐‘๐„๐“๐€๐‘๐˜ ๐Ž๐… ๐–๐€๐‘ Met with H.E. Pete Hegseth @secwar United States Secretary of War, on the sidelines of ADMM and ADMM-Plus in Cebu, Philippines. I welcomed the United Statesโ€™ continued commitment to supporting ASEAN unity and ASEAN-led mechanisms in addressing regional security challenges. I look forward to strengthening Malaysia-U.S. defence cooperation while reinforcing ASEANโ€™s role as a platform for regional dialogue and diplomacy. โธป Bertemu TYT Pete Hegseth, Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS), di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina. Saya menyambut baik komitmen berterusan AS dalam menyokong keutuhan ASEAN serta mekanisme yang diterajui ASEAN bagi menangani cabaran keselamatan serantau. Semoga kerjasama pertahanan Malaysia-AS terus diperkukuh, seiring dengan peranan ASEAN sebagai platform dialog dan diplomasi serantau. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia #ADMM #ADMMPlus
1
8
44
3,290
๐€๐ƒ๐Œ๐Œ-๐๐‹๐”๐’ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€ Selepas selesai ADMM ke-20 semalam, hari ini bermulanya ADMM-Plus ke-13 di Cebu, Filipina. Mesyuarat ini melibatkan negara-negara ASEAN bersama lapan rakan dialog iaitu Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia, New Zealand dan Rusia. Sempat bertemu dan beramah mesra dengan beberapa rakan sejawat sebelum mesyuarat bermula. Semoga ADMM-Plus terus memperkukuh kerjasama pertahanan dan kepercayaan strategik demi keamanan serta kestabilan serantau. #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia #ADMM #ADMMPlus
4
20
940
๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐ƒ๐Œ๐Œ-๐๐‹๐”๐’ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ‘ Menghadiri ADMM-Plus ke-13 di Cebu, Filipina, bersama negara-negara ASEAN dan lapan rakan dialog. Dalam ucapan, saya menekankan tiga perkara utama. Pertama, konflik dunia membuktikan bahawa apabila dialog digantikan dengan konfrontasi, keamanan akan terancam. ASEAN mesti kekal bersatu bagi mengelakkan perkara sama berlaku di rantau ini. Kedua, kekuatan ASEAN terletak pada keupayaan mengurus perbezaan melalui dialog, saling menghormati dan berpegang kepada undang-undang antarabangsa. Ketiga, ASEAN Unity and Centrality mesti terus dihormati, termasuk kedaulatan dan kepentingan setiap negara anggota tanpa pengecualian. Malaysia turut menggesa pemuktamadan Code of Conduct (COC) yang berkesan dan substantif di Laut China Selatan dipercepat. Tiada negara mendapat manfaat daripada konflik di perairan tersebut. Kerjasama rakan dialog juga perlu memperkukuh keupayaan ASEAN menghadapi cabaran baharu, termasuk risiko kecerdasan buatan (AI). Semoga ADMM-Plus terus memperkukuh kerjasama, membina kepercayaan dan memelihara keamanan serta kestabilan serantau. #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia #ADMM #ADMMPlus
2
6
691
๐๐„๐‘๐“๐„๐Œ๐” ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐•๐ˆ๐„๐“๐๐€๐Œ Bertemu TYT Jeneral Phan Van Giang, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Vietnam, di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina. Pertemuan susulan selepas lawatan kerja saya ke Hanoi pada Ogos lalu. Saya berpuas hati dengan perkembangan kerjasama pertahanan kedua-dua negara, khususnya penganjuran Defence Policy Dialogue pertama di Hanoi pada 20 Oktober lalu. Vietnam merupakan rakan strategik penting dan dipercayai Malaysia dalam ASEAN. Saya juga mengalu-alukan hasrat TYT Jeneral Phan Van Giang untuk melawat Malaysia pada 2027. Semoga kerjasama pertahanan kedua-dua negara terus diperkukuh demi kestabilan serantau. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia #ADMM #ADMMPlus
1
2
18
1,916
๐€๐ƒ๐Œ๐Œ & ๐€๐ƒ๐Œ๐Œ-๐๐‹๐”๐’ ๐Ž๐…๐…๐ˆ๐‚๐ˆ๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ๐๐๐„๐‘ Majlis makan malam rasmi menandakan berakhirnya ADMM dan ADMM-Plus kali ini yang dipengerusikan Filipina. Menikmati hidangan enak dan persembahan yang memukau bersama pemimpin pertahanan ASEAN serta negara rakan dialog. Tahniah dan terima kasih khususnya kepada Secretary Teodoro atas penganjuran yang baik serta layanan mesra kepada delegasi Malaysia sepanjang berada di sini. Maraming salamat, Pilipinas. Hanggang sa muli! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ญ #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia #ADMM #ADMMPlus
2
12
591
While in Cebu, Philippines, for the ASEAN Defence Ministersโ€™ Meeting (ADMM), I received a call from HRH Prince Khalid bin Salman Al Saud, Minister of Defence of the Kingdom of Saudi Arabia, following our telephone conversation last month. Malaysia stands in solidarity with Saudi Arabia amid its current security challenges and remains ready to assist within our capabilities. May Saudi Arabia and its people remain safe and secure, Insya-Allah. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia
8
28
2,278
๐๐„๐‘๐“๐„๐Œ๐” ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐‘๐„๐๐”๐๐‹๐ˆ๐Š ๐Š๐Ž๐‘๐„๐€ Mengadakan pertemuan dua hala bersama TYT Kang Shin-Chul, Menteri Pertahanan Nasional Republik Korea, di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina. Ini merupakan pertemuan pertama kami sejak beliau dilantik pada September lalu. Kami membincangkan potensi kerjasama pembangunan industri pertahanan serta bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau. Semoga kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Republik Korea terus diperkukuh demi kepentingan bersama. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia #ADMM #ADMMPlus
2
8
43
2,896
๐€๐’๐„๐€๐-๐‰๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐„๐…๐„๐๐‚๐„ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐’โ€™ ๐ˆ๐๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐‹ ๐Œ๐„๐„๐“๐ˆ๐๐† Menghadiri ASEAN-Japan Defence Ministersโ€™ Informal Meeting bersama Menteri Pertahanan Jepun, TYT Shinjiro Koizumi, sebagai sebahagian daripada rangka mesyuarat ADMM ke-20 dan ADMM-Plus ke-13 di Cebu, Filipina. Saya menyambut baik pandangan TYT Shinjiro Koizumi mengenai kepentingan โ€œASEAN Unity, Centrality and Resilienceโ€ serta cadangan memperkukuh kerjasama melalui ADMM-Plus Expertsโ€™ Working Groups (EWGs). Dalam respons Malaysia, saya menekankan perlunya kerjasama yang lebih fleksibel bagi menangani ancaman baharu termasuk perubahan iklim, keselamatan siber dan AI, di samping memperkukuh latihan bersepadu antara EWG tanpa membebankan sumber negara anggota. Malaysia juga terbuka kepada penyertaan rakan luar, namun hala tuju kerjasama mesti kekal ditentukan oleh ASEAN. Dalam hal ini, sokongan Jepun melalui latihan, pemindahan teknologi dan pembangunan keupayaan amat dialu-alukan. Matlamatnya jelas, memperkukuh keupayaan dan daya tahan ASEAN tanpa mewujudkan kebergantungan berpanjangan kepada pihak luar. #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia #ADMM #ADMMPlus
9
38
16,514
๐€๐’๐„๐€๐-๐”๐’ ๐ƒ๐„๐…๐„๐๐‚๐„ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐’โ€™ ๐ˆ๐๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐‹ ๐Œ๐„๐„๐“๐ˆ๐๐† Menghadiri ASEAN-US Defence Ministersโ€™ Informal Meeting bersama TYT Pete Hegseth, Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS), sebagai sebahagian daripada rangka mesyuarat ADMM ke-20 dan ADMM-Plus ke-13 di Cebu, Filipina. Saya menyambut baik komitmen AS untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan dengan ASEAN, khususnya dalam menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau. Dalam respons Malaysia, saya menekankan bahawa perpaduan dan kepusatan ASEAN mesti terus menjadi asas kerjasama serantau. ASEAN perlu kekal bebas menentukan hala tujunya sendiri, tanpa terikat kepada persaingan mana-mana kuasa besar. Saya turut mengalu-alukan inisiatif Kerangka Kerjasama Pertahanan ASEAN-AS yang akan dimulakan pada 2027, dengan harapan kerjasama ini dapat memperkukuh keupayaan ASEAN sebagai satu kesatuan. Malaysia akan terus bekerjasama dengan AS dan semua rakan dialog berasaskan kepentingan bersama, saling menghormati serta komitmen terhadap keamanan dan kestabilan rantau ini. #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia #ADMM #ADMMPlus
5
20
1,146
๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ-๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐€๐’๐„๐€๐ (๐€๐ƒ๐Œ๐Œ) ๐Š๐„-๐Ÿ๐ŸŽ Hari ini bermulanya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-20 di Cebu, Republik Filipina. Disambut mesra oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, TYT Gilberto C. Teodoro Jr., sebelum berkesempatan bergambar bersama ketua-ketua delegasi negara ASEAN menjelang bermulanya mesyuarat. Semoga ADMM kali ini terus memperkukuh kesepakatan dan kerjasama pertahanan ASEAN dalam memelihara keamanan serta kestabilan serantau. ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ฑ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ฑ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia #ADMM2026
3
10
561
๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ-๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐€๐’๐„๐€๐ (๐€๐ƒ๐Œ๐Œ) ๐Š๐„-๐Ÿ๐ŸŽ Hari ini bermulanya ADMM ke-20 di Cebu, Republik Filipina, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, TYT Gilberto C. Teodoro Jr. Dalam ucapan pembukaan, saya menekankan kepentingan perpaduan dan solidariti ASEAN dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks, termasuk ancaman bukan tradisional dan persaingan strategik. Kesiapsiagaan mesti bermula dengan rakyat. Tiada negara mampu menghadapi cabaran ini bersendirian. Justeru, kerjasama ketenteraan dan keupayaan tindak balas bencana serantau perlu diperkukuh melalui mekanisme sedia ada ASEAN. Saya turut menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan ASEAN tidak boleh dipandang ringan. Pertikaian di Laut China Selatan tidak seharusnya memecahbelahkan ASEAN, sebaliknya perlu diurus melalui dialog, kepercayaan dan kerjasama demi kepentingan bersama. Memasuki dekad ketiga penubuhannya, ADMM perlu melangkaui pendekatan lama, memperkukuh kesiapsiagaan bersama dan memastikan kerjasama pertahanan membawa manfaat nyata kepada keselamatan rakyat. Malaysia kekal komited memperkukuh ADMM dan mempertahankan ASEAN Centrality demi sebuah ASEAN yang lebih bersatu, berdaya tahan serta mampu menentukan masa depannya sendiri. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ฑ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ฑ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ #khalednordinmindef #MINDEFMalaysia #ADMM
4
12
746