Kwonranghae retweeted
Jangkaan Malaysia menjadi negara tua dalam tempoh empat tahun lagi semakin menjadi realiti apabila banyak pusat jagaan kini sesak dan tidak dapat menampung permintaan yang terlalu tinggi ekoran lonjakan jumlah warga emas.
kosmo.com.my/2026/04/17/perm…
Kwonranghae retweeted
If your job applications keep getting ignored, stop blaming HR.
Most people are sending emails that sound like 2014 PowerPoint templates.
Here’s how to write messages that actually get replies 🧵
Fresh grad bujang gaji RM3,000.
Take-home cuma RM2,634.35.
Tak bayar sewa.
Tak ada ansuran kereta.
Tak ada PTPTN.
Tapi bila campur petrol, tol, parking, maintenance, phone, internet, elektrik, makan, dapur, simpanan kecil & hiburan asas, baki atas kertas tinggal sekitar RM344 saja.
Itu pun belum masuk minyak/tol hujung minggu, parking bila keluar, servis besar kereta, roadtax, insurans, kecemasan kecil.
Jadi masalah dia bukan boros.
Masalah dia ialah kos untuk sekadar pergi kerja dan hidup secara normal pun sudah mengunyah hampir habis gaji.
Yang buat RM3,000 nampak “masih lepas” bukan sebab gaji itu besar.
Yang buat ia lepas ialah sebab sewa, hutang kereta dan PTPTN belum gigit lagi.
la yeke patutla ramai perempuan tahun ni jadi pergi cari timba. nowadayskan trend dekat tiktok macam2, jadi sometimes ada lalu fyp pasal relationship from this to this. based on screenshot chat dalam trend tu, most women yg mengurat lelaki dulu. it pmo sometime
Zaman sekarang ni memang perlu perempuan yang mulakan, sebab lelaki-lelaki yang baik ni ramai yang pemalu.
Tak tahulah sebab apa.
79
Kwonranghae retweeted
Bila umur cecah 25, 27, 30, kau akan rasa masa makin singkat, the time is running out untuk menggapai impian dan harapan, mengubah nasib hidup.
Tetapi sebenarnya kau masih muda untuk merasakan semua itu.
Yang buat kau rasa tak sempat, tak ada masa itu adalah sistem kapitalisme.
Bila umur dah cecah 25, 27 atau 30, life will hit you hard.
Kerja, bayar rumah, bayar bil, lepas tu kerja lagi. Ulang rutin yang sama.
Kadang rindu diri yang dulu, masa hidup simple, tak banyak tanggungjawab & tak tahu sangat realiti pahit dunia.😌
Kwonranghae retweeted
Banyakkan membaca, mendengar dan bergaul dengan pelbagai jenis manusia. Nak elaborate, explain guna flow. Social skill is learnable and needs to take time. Lain audience/circle sometimes kena play different role.
Btw being precise is not a bad thing, I struggle to be precise.
ku pernah berada dalam 3 dunia berbeza:
PETRONAS (1992–93)
Maybank (2003–2005)
MNC IT (2006–2017)
Jadi bila orang ulang naratif
“kalau tak ada kabel, susah masuk PETRONAS”
aku faham kenapa ayat itu hidup.
Tapi aku juga tahu kenapa ayat itu terlalu malas untuk dijadikan penjelasan.
Isu sebenar bukan “kabel hanya wujud di PETRONAS”.
Dalam mana-mana organisasi manusia,
bias, networking, dan kes terpencil memang boleh wujud.
Soalnya:
kenapa PETRONAS paling kuat dikaitkan dengan “kabel”,
sedangkan tempat elit lain pun kompetitif juga?
Jawapannya bukan semestinya kerana PETRONAS paling kotor.
Tetapi kerana PETRONAS paling sarat dengan simbol.
Bagi ramai orang, PETRONAS bukan sekadar kerja.
Ia lambang naik kelas sosial,
nama besar,
dan rasa “aku sudah berjaya dalam hidup”.
Bila simbol terlalu besar,
kegagalan pun terasa terlalu peribadi.
Di Maybank dan GLC besar lain, persaingan tetap sengit.
Tetapi aura mitos itu tak sama.
Orang hormat Maybank.
Orang hormat TNB.
Orang hormat KWSP.
Tetapi PETRONAS, bagi ramai keluarga Malaysia,
ada satu lapisan tambahan:
“kalau anak aku masuk sana, hidup dia dah lain.”
Di situlah emosi mula mengatasi analisis.
Dalam MNC IT pula, logiknya lain.
Masuk dunia itu, orang lebih jelas apa yang diuji:
skill, communication, problem solving, exposure, English.
Kalau gagal, ramai terus tahu apa yang kurang.
Jadi ruang untuk menuduh “kabel” lebih kecil.
Bukan sebab MNC suci.
Tetapi sebab kriterianya lebih nampak.
Satu lagi beza besar:
di MNC, ramai self-filter awal.
Tak yakin English, tak ada technical depth, tak apply.
Di PETRONAS, jauh lebih ramai rasa mereka memang patut cuba.
Bila semua masuk gelanggang yang sama,
tetapi tempatnya sangat sedikit,
kekecewaan jadi besar.
Dan bila orang tak nampak keseluruhan proses, mereka isi ruang kosong itu dengan satu ayat: “kabel”.
Aku tak kata sistem pengambilan di mana-mana tempat itu sempurna.
Tetapi nak kata organisasi sebesar PETRONAS tegak atas kabel semata-mata, itu tak masuk akal.
Operasinya kompleks.
Risikonya tinggi.
Pertaruhannya besar.
Kalau majoriti masuk tanpa merit,
organisasi seperti itu tak akan mampu bertahan lama.
Mitos itu sedap diulang.
Tapi lemah sebagai hujah.
Apa yang orang panggil “kabel” selalunya campuran 3 benda:
1. persaingan yang brutal
2. kriteria yang calon sendiri tak nampak sepenuhnya
3. ego yang lebih suka menyalahkan sistem daripada mengaudit kelemahan diri
Sebab itu naratif kabel sentiasa laku.
Ia melegakan.
Tetapi ia tidak mencerdikkan.
Kalau kita benar-benar mahu matang sebagai masyarakat,
fokusnya bukan ulang cerita “orang dalam”.
Fokusnya ialah tuntut proses lebih telus,
kurangkan ruang favoritism,
dan faham bahawa dalam pasaran kerja elit,
ramai orang baik tetap akan kalah.
Bukan kerana semua pintu sudah diisi.
Tetapi kerana pintunya memang sempit.
Aku pernah lihat culture kerja dari dalam merentas generasi.
Sebab itu aku lebih cenderung percaya ini:
bukan PETRONAS sahaja yang ada manusia.
Semua tempat ada manusia.
Tetapi tidak semua tempat menghasilkan
persepsi kekalahan
yang sekuat PETRONAS.
Dan di situlah lahirnya legenda “kabel”.
Ramai masih cakap Gen Z tak pandai urus duit.
Tapi bila gaji fresh grad RM2,500 – RM3,000,
soalan sebenar: cukup ke untuk hidup?
Aku ada 2 anak Gen Z.
Gaji RM2,500 dan RM3,000.
Duduk dengan mak ayah pun,
lepas tol, minyak, parking, belanja...
simpanan hampir tak ada.
Itu pun belum ada PTPTN.
Ini bukan kes terpencil.
Ramai fresh grad di bandar hadap benda sama.
Kos hidup naik senyap-senyap:
minyak, tol, makan, sewa, parking.
Jadi isu dia bukan lagi “kena pandai berjimat”.
Isu dia:
gaji tak lagi selari dengan kos hidup sebenar.
Bila asas tak cukup,
orang tak fikir bonus hujung tahun.
Orang fikir macam mana nak lepas bulan ini dulu.
Replying to @tokcin70
Anak aku gaji 1900 duduk ngan aku.. elok dia boleh menyimpan sambil kerja & belajar.. pokok pangkal diri sendiri.. mcm mana nak uruskan diri.. rmh mak ayah kat perak tp nk hijrah kl nak gaji 2500 memg x cukup.. kl hidup keras
Kwonranghae retweeted
Tahun ni dah masuk tahun ke-3 aku tak ada bonus dan gaji stagnant. Tapi tetap bersyukur sebab masih ada kerja, ada gaji. Kerana pada 2024 dan 2025, aku sakit dan tak mampu bekerja. It was really hard.
Sekarang ekonomi pun terkesan dengan krisis global. Hold on to your jobs
Kalau korang berumur 25-32, baca ni betul betul.
Kita sebenarnya dah sampai kat satu tahap di mana kita ni tak muda sangat untuk buat benda bodoh tapi belum cukup tua untuk start over.
Masalah kita bukan sebab kita takut gagal tapi kita takut nak mencuba.
Then mulalah...
Kwonranghae retweeted
Macam mana kita nak tahu pasangan tu ada EQ yang tinggi ketika taaruf?
EQ tinggi = pendengar yang baik.
Dia lebih banyak mendengar sebelum menjawab. Banyak fikir sebelum nak cakap apa-apa.
Boleh perhatikan cara dia apabila berbeza pendapat. Bagaimana dia respon ketika tak bersetuju dengan sesuatu perkara.
Lihat juga cara dia menerima teguran. Adakah dia defensive atau boleh terima dengan hati terbuka.
Selain tu, cara dia bercakap tentang orang lain. Lebih lagi orang yang pernah buat silap dengan dia atau orang yang dia tak berapa suka.
Ada pendidikan yang tinggi tidak menjamin EQ tinggi. Sekufu bukan hanya pada pendidikan, tetapi lebih utama pada cara berfikir.
























