
For PLUS highway customer enquiries or feedback, tweet us at @PLUS2u. For emergencies or accidents, call our PLUSLine 1800880000 (24hrs-a-day)
Petaling Jaya, Selangor
Joined February 2016
- Tweets19.3K
- Following7
- Followers57.4K
- Likes1.7K
Pinned Tweet
Perjalanan di lebuh raya PLUS kini lebih menarik! ππ
Guna JustGO dengan kaedah pembayaran Maybank yang layak dan rebut peluang memenangi Proton X50 serta baucar petrol RM200! β½
π
12 Okt 2026 β 28 Feb 2027
Maklumat lanjut: justgo.com.my/guna_justgo_daβ¦
#GunaJustGOdanMenang #PLUSMalaysia #LaneFreedom
Penantian berakhir! π GUNA JustGO & MENANG bersama @plus2u dan @MyMaybank kini bermula!
Rebut peluang memenangi 3 buah Proton X50 π dan 2,000 baucar petrol mingguan bernilai RM200 setiap satu! β½
Kepada abam lori di luar sana, jangan ambil risiko memandu dalam keadaan letih. Keletihan boleh menjejaskan tumpuan dan reaksi anda di jalan raya π.
Jika rasa mengantuk, berhenti dan rehat seketika. Kami kongsikan tips untuk memastikan anda kekal cergas sepanjang pemanduan.
#PLUS_Safety
PLUS Malaysia Berhad retweeted
Menunggang motosikal di lebuh raya memerlukan lebih perhatian dan kewaspadaan. ποΈ
Pastikan anda sentiasa mengutamakan keselamatan dan tonnton video panduan keselamatan ini sebelum memulakan perjalanan anda di Lebuhraya PLUS.
#PLUS_Safety
@moworksmy
@LLMrasmi
ππππππ πππππ: πππππ-πππππ πππππππππ πππππ π ππππ ππππππππππππ
Dari udara, jelas kelihatan perkembangan kerja-kerja pembinaan Pakej 1 Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua (PTJSD) di sekitar Persimpangan Permatang Pauh, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan rangkaian lebuh raya di kawasan tersebut.
Bermula pada Oktober 2025, Pakej 1 merupakan salah satu daripada lima pakej utama di bawah projek PTJSD yang merangkumi pembinaan jejambat baharu di Persimpangan Permatang Pauh serta kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur jalan raya di kawasan berkaitan.
Setakat Oktober 2026, pelbagai aktiviti pembinaan sedang giat dilaksanakan, termasuk kerja-kerja pelebaran jalan susur, pengukuhan tanah, pemasangan cerucuk dan pembinaan tambakan bertiang bagi menyokong pembinaan jejambat baharu. Pelaksanaan kerja-kerja ini merupakan antara langkah penting dalam meningkatkan kapasiti laluan serta menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik kepada pengguna lebuh raya.
Pakej 1 dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2027, manakala pelaksanaan Pakej 2 hingga Pakej 5 akan diteruskan secara berperingkat bagi memastikan keseluruhan projek dapat disiapkan mengikut perancangan.
Apabila siap sepenuhnya pada tahun 2030, projek PTJSD dijangka memberikan manfaat besar kepada pengguna lebuh raya melalui peningkatan kecekapan aliran trafik, pengurangan kesesakan di laluan Juru-Sungai Dua serta perjalanan yang lebih lancar dan selesa. Projek ini juga dijangka menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosioekonomi Pulau Pinang melalui peningkatan kecekapan jaringan pengangkutan dan perhubungan.
ππππ πππππ πππππ ππππππππππ πππ.π ππππ ππππππ ππππππ
Alhamdulillah, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), anak syarikat PLUS Malaysia Berhad, telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM1.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
Penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad merangkap Pengarah Eksekutif LPT2, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu, dalam majlis yang berlangsung di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, YBhg. Datoβ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, serta wakil pengurusan PLUS, Ketua Pegawai Komersial, Encik Mohd Fauzi bin Puniran dan Ketua Pegawai Sumber Manusia, Puan Shazalina binti Ahmad.
Penunaian zakat ini mencerminkan komitmen berterusan LPT2 sebagai sebahagian daripada Kumpulan PLUS dalam memenuhi tanggungjawab korporat serta menyokong usaha MAIDAM memperkasa kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Terengganu, khususnya golongan asnaf yang memerlukan.
#LPT2_Prihatin #ZakatPerniagaan #MAIDAM
ππππ ππππππ ππππβππππ πππππππππ πππππππ ππππππ ππππ
Sesi Dialog dan Mesyuarat Koordinasi PLUSβPDRM Peringkat Wilayah Tengah 2026 telah diadakan pada 29 Oktober 2026 di The Everly Putrajaya Hotel.
PDRM diwakili oleh YDH DCP Datuk Mohd Rozi bin Jidin, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), manakala PLUS diwakili oleh Encik Suhairy A. Rahman, Ketua Keselamatan Trafik dan Encik Hot Hamzah, Pengurus Wilayah Tengah.
Turut hadir pegawai-pegawai daripada PLUS dan PDRM yang bersama-sama menjayakan sesi perbincangan ini.
Sesi ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik, bertukar pandangan serta membincangkan inisiatif positif ke arah meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan pengguna lebuh raya.
Sinergi PLUSβPDRM, komitmen bersama demi perjalanan yang lebih selamat dan sejahtera.
#PLUS_Safety
TIP MENUNGGANG SELAMAT KETIKA MUSIM HUJAN
Musim hujan yang telah tiba ini, semua penunggang motosikal dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi langkah keselamatan ketika menunggang di lebuh raya semasa hujan.
Utamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain. Berikut beberapa tips menunggang dengan selamat ketika musim hujan sebagai panduan dan peringatan untuk sentiasa menjadikan keselamatan sebagai keutamaan. π
#PLUS_Safety
#PLUS_Comfort
#TipPerjalananSelamat
PEMBERITAHUAN
Pihak PLUS akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan tandas awam di Plaza Tol Ipoh Selatan bagi meningkatkan keselesaan pengguna lebuh raya.
π
Tarikh Dijadualkan: 1 November 2026 hingga 29 Januari 2027
Sepanjang tempoh tersebut, kemudahan tandas awam di lokasi berkenaan akan ditutup sepenuhnya bagi pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan kemudahan tandas sementara akan disediakan untuk kegunaan pengguna.
Pengguna lebuh raya disarankan untuk merancang perjalanan dengan sewajarnya. PLUS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.
#PLUS_Safety
#PLUS_Comfort
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada @mbseremban atas kerjasama dan sumbangan dalam aspek susun atur landskap di kawasan tandas R&R Seremban (Arah Selatan). Kolaborasi ini turut menyumbang kepada persekitaran kemudahan yang lebih menarik dan selesa, sekali gus melengkapkan usaha PLUS dalam meraih pengiktirafan TOTYA 2026.
π&π πππ«ππ¦πππ§ ππ’π§π¨ππππ€ππ§ πππ§πππ¬ πππ«πππ’π€ πππππ ππππ πππππ π¨π«π’ π&π
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berasa amat berbesar hati apabila R&R Seremban (Arah Selatan) dinobatkan "Toilet of the Year (TOTYA 2026)" untuk kategori R&R. Majlis penganugerahan ini telah diadakan di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2026.
Dalam majlis tersebut, R&R Seremban (Arah Selatan) telah membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai bernilai RM20,000. Pengiktirafan ini mencerminkan tahap penyelenggaraan dan kualiti fasiliti yang tinggi di kawasan Rehat & Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah PLUS.
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Tuan Nga Kor Ming.
Turut dihadiri oleh wakil-wakil PLUS termasuk Ketua Bahagian Penyelenggaraan & Projek, EUR ING IR. Ts. Azizul Faiz Abdul Aziz, Pengurus Wilayah Tengah, Encik Hot Hamzah, Ketua Penyelenggaraan Rutin Sivil, Encik Faizin Marjunid, Pengurus Seksyen C5, Encik Mohd Ismadi Nasri Mhamat Nasudin dan Pengurus Seksyen C3/C4, Encik Arul Azlan Abdul Karim.
Semoga komitmen PLUS Malaysia dalam menyediakan kemudahan awam yang berkualiti, selesa, dan memenuhi keperluan pengguna lebuh raya akan terus mempertingkatkan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan memuaskan bagi semua pengguna lebuh raya.
#PLUS_Comfort
#TOTYA2026
@kpkt_gov
@moworksmy
@LLMrasmi
Hujan lebat boleh mengganggu penglihatan dan keselamatan π΅π§οΈ. Jika anda perlu berhenti, pilih tempat yang tidak menghalang lalu lintas seperti berteduh di tempat teduhan motosikal yang disediakan.
Berikut kami kongsikan kepada anda tip berhenti di tempat teduhan motosikal. Ingat! keselamatan anda adalah yang paling utama.
#PLUS_Safety
#PLUS_Comfort
#TipPerjalananSelamat
Gaji dah masuk? Masa untuk reward diri!
Nikmati diskaun sehingga 20% sempena Promosi Hari Gaji Oktober 2026! Tebus pelbagai barangan eksklusif menggunakan Mata Ganjaran PLUSMiles mulai esok hingga 31 Oktober 2026.
Jangan tunggu lama, tebus sekarang!
bit.ly/3pO2PYs
*Tertakluk kepada terma & syarat.
#PLUSMiles
#PayDayPresto
Kebelakangan ini cuaca di beberapa kawasan kerap berlaku hujan jadi banyak perkara yang kita kena bersiap sedia!!π΅π§οΈ
Oleh itu, kami ingin berkongsi kepada penunggang motosikal tip keselamatan semasa musim hujan. Ingat! sentiasa rancang perjalanan anda dan pastikan anda ikuti tip keselamatan ini demi menjaga nyawa anda serta pengguna lebuh raya yang lain.
#PLUS_Safety
#PLUS_Comfort
#TipPerjalananSelamat
PLUS Malaysia Berhad retweeted
PEMBERITAHUAN
Penutupan sementara lokasi-lokasi di bawah untuk aktiviti pembersihan secara menyeluruh.
Sila rancang perjalanan anda dan pandu cermat.
#Pembersihan
#PLUS_comfort
TIP PEMANDUAN SELAMAT KETIKA MUSIM HUJAN ππ¨
Sempena musim hujan ini, pastikan anda bersedia dengan mengikuti beberapa tip pemanduan selamat ketika musim hujan ini agar perjalanan kekal lancar dan selamat.
Pandulah dengan berhemah, berhati-hati di lebuh raya, dan semoga anda selamat tiba ke destinasi yang dituju. π
#PLUS_Safety
#PLUS_Comfort
#TipPerjalananSelamat
PEMBERITAHUAN
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan masuk ke Stesen Minyak Shell di Hentian Sebelah Tangkak (Arah Selatan) akan ditutup sementara mulai Rabu, 28 Oktober 2026, jam 9.00 malam hingga Khamis, 29 Oktober 2026, jam 6.00 pagi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan turapan jalan.
Sepanjang tempoh penutupan, pengguna lebuh raya yang ingin mengisi minyak boleh menggunakan stesen minyak berdekatan sebagai alternatif.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi papan tanda serta arahan trafik yang disediakan.
Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih dan semoga selamat sampai ke destinasi.
#PLUS_Safety
#PLUS_Comfort
Teruskan Perjalanan Anda Sempena Hujung Minggu Ini π Turut nikmati lebih banyak ganjaran bersama PLUSMiles! π
Layari maklumat lanjut di: shorturl.at/h9TvM
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Yahooo cuti long weekend untuk warga Selangor minggu ni! Dah ada plan nak ke mana? Kalau belum.. jom la kita roadtrip ke Ipoh dengan itinerary 3 hari 2 malam yang dah siap susun untuk korang ni!
Lagi mudah perjalanan bila gunakan JustGO! Tak perlu topup kad dah, masuk je mana-mana lorong, tahu-tahu dah lancar sampai ke destinasi!
Warga Pulau Pinang, masih sempat lagi! π
Singgah ke reruai JustGO di Festival Bahasa Jiwa Bangsa sebelum acara berakhir petang ini!
Jom semua pakat singgah ke reruai JustGO di Festival Bahasa Jiwa Bangsa! Ada hadiah menarik menanti anda! ππ₯³
π’ BERITA BAIK UNTUK WARGA PENANG!!
Kali ni team @JustGO_Malaysia akan berada di Festival Bahasa Jiwa Bangsa π
ποΈ 24 Oktober 2026
β° 9.30pagi - 4.00petang
π Padang Kota Lama, Gtown
Mai ramai-ramai singgah kat booth kami naa! π




































