The Reporter (@thereportermy) header
The Reporter (@thereportermy) profile picture

Info selektif setiap hari. TR Media Bytes Sdn Bhd | Company No. 1515748-A

Malaysia
Joined October 2009
Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)
UMNO menggesa penjelasan rasmi berhubung status penyahklasifikasian minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan Datuk Seri Najib Razak, susulan tindakan Tony Pua berkongsi beberapa halaman dokumen yang didakwa sebahagian daripada minit berkenaan. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said turut menuntut penjelasan mengenai asas kuasa, tatacara serta kesahihan dokumen yang beredar. Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/umno-tuntut-p…
46
Tindakan warga SK Sebat meraikan hari jadi pengawal keselamatan sekolah, Azini, meraih perhatian ramai. Sambutan penuh bermakna itu diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan komitmen beliau dalam menjaga keselamatan sekolah. Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/sk-sebat-samb…
21
Seekor ketam mencuri perhatian ramai apabila dilihat bersungguh-sungguh menarik seekor lagi ketam yang cuba diambil seorang individu. Walaupun berdepan manusia yang jauh lebih besar, haiwan kecil itu seolah-olah enggan membiarkan rakannya dibawa pergi. Menerusi rakaman yang tular, individu berkenaan akhirnya melepaskan ketam tersebut sebelum mengusap cangkerangnya dan meninggalkan seekor ikan. Aksi itu membuatkan ramai tersentuh, malah ada yang menganggap ketam berkenaan sanggup mempertahankan pasangannya daripada ancaman. Bagaimanapun, tingkah laku itu mungkin berkaitan naluri semula jadi ketam yang melindungi pasangan ketika proses pembiakan. Video berkenaan sudah dilaporkan sejak Mei 2026, manakala lokasi dan identiti perakam belum dapat dipastikan. Sumber: Daily Post World
21
Kontroversi bermula dengan pantun di Dewan Rakyat, tetapi berakhir dengan sepucuk surat permohonan maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan akhirnya mengakui pemilihan perkataannya ketika berpantun pada 16 November lalu tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai anggota pentadbiran kerajaan. Dalam surat bertarikh 17 November 2026, Ahmad menjelaskan pantun yang mengandungi perkataan 'kencing' itu sebenarnya tidak terdapat dalam teks penggulungan asal, sebaliknya dilafazkan ketika menjawab pertanyaan mengenai isu tol. "Walau bagaimanapun, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kata-kata tersebut dan perkataan 'kencing' dalam pantun berkenaan telah saya tarik balik di Parlimen," katanya. Kontroversi itu sebelum ini turut mencetuskan desakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan supaya beliau meletakkan jawatan. Ahmad turut menegaskan beliau tidak berniat menjejaskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan berikrar terus menyokong kepimpinan Anwar sehingga akhir penggal. Apa yang menarik, surat berkenaan turut diakhiri dengan pantun permohonan maaf: "Bunga rimbun, cantik tercipta, Berakar umbi, menambah seri, Maaf dipohon, saya pinta, Kepada YAB, Perdana Menteri."
1
43
Pihak pengurusan pelakon filem Kudrat 1968: High Council, Zarif Ghazzi tampil menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan artis berkenaan susulan kontroversi yang sedang diperkatakan. Menerusi kenyataan rasmi, mereka turut mengesahkan satu laporan polis telah dibuat dan peguam dilantik bagi meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian. Baca berita penuh di sini 👉: thereporter.my/zarif-ghazzi-…
1
194
Suasana sebuah pasar malam di Cheras Jaya, Selangor menjadi perhatian selepas seorang lelaki memuat naik video di media social yang mencetuskan persoalan mengenai kehadiran warga asing di kawasan berkenaan. Perkongsian itu turut disertakan gesaan supaya pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turun membuat pemeriksaan. “Pasar Malam di Cheras Jaya ni dah macam bukan di Malaysia. Imigresen tak nak datang melawat ke???? Tanya je,” tulis Azmiehj menerusi hantaran yang meraih puluhan ribu tontonan. Pasar malam Cheras Jaya berada dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), sebarang pelanggaran syarat lesen atau peraturan imigresen perlu ditentukan melalui pemeriksaan pihak berkuasa. Sumber: Threads Azmiehj Khalil Krabat
39
Niat nak makan lewat malam, tetapi lain pula yang sampai. Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dua hidangan yang dipesannya menerusi aplikasi penghantaran makanan tiba dalam keadaan sejuk beku, seolah-olah baru dikeluarkan dari peti ais. Menerusi Threads, Qilah berkongsi keadaan makanan diterimanya yang didakwa jauh berbeza daripada gambar dalam aplikasi. “Order makan and sampainya makanan lain. Dahlah lapar malam-malam ni dengan semua sejuk beku macam baru keluar peti ais,” luahnya. Qilah memaklumkan dia memesan Fish and Chips berharga RM20 serta Chicken Chop Grill RM18. Namun, kedua-dua hidangan didakwa tidak seperti yang diharapkan. Dia turut mempersoalkan mengapa tiada maklumat jelas mengenai keadaan makanan tersebut dalam aplikasi. “Kalau betul nak bagi penjelasan sepatutnya letak description dekat setiap gambar yang dipaparkan dalam apps. Saya dah berulang kali semak tidak ada satu pun penjelasan yang menyatakan itu makanan frozen,” katanya. Lebih menarik perhatian, semakan pada ruangan penilaian kedai mendapati seorang pelanggan lain pernah membangkitkan dakwaan hampir sama pada 10 Jun 2026 selepas menerima Fish and Chips yang dikatakan masih beku. Pelanggan itu turut meminta penjual memaklumkan dengan jelas sekiranya menjual makanan sejuk beku supaya pembeli lain tidak mengalami perkara sama.
24
Jalan berlubang, lopak air dan permukaan tidak rata. Itulah keadaan jalan di sekitar Puncak Alam yang mencetuskan rungutan selepas seorang pengguna Threads berkongsi video ketika melalui laluan berkenaan selepas hujan. “Kalau tiap kali lepas hujan macam ni, jahanam la kereta, ape nak jadi Puncak Alam,” luah Rothmans Palam yang bimbang keadaan itu boleh merosakkan kenderaan. Di ruangan komen, seorang lagi pengguna mendakwa sudah menghabiskan kira-kira RM3,000 dalam tempoh tiga tahun untuk membaiki bahagian bawah keretanya. Isu ini bukan baharu. Pada Jun lalu, ADUN Jeram, Datuk Harrison Hassan dilaporkan mengakui projek naik taraf Jalan Meru-Bukit Cherakah atau Jalan LBS masih belum siap walaupun sudah mengambil masa lebih lima tahun. Pada Januari lalu, Pengarah JKR Selangor, Shukri Ishak memaklumkan kerja menaik taraf Jalan Bukit Cherakah kepada enam lorong dijangka siap pada 2027. Namun bagi pengguna yang terpaksa melalui jalan berkenaan setiap hari, persoalannya bukan sekadar bila projek akan siap, tetapi apa langkah segera bagi memastikan laluan itu selamat sementara menunggu kerja naik taraf selesai.
59
Tular kejadian seorang individu dikejar dan dikepung kira-kira enam hingga tujuh ekor anjing ketika berjoging di Setia Alamsari, malam tadi. Kejadian itu mencetuskan kebimbangan, memandangkan kawasan berkenaan turut menjadi tempat permainan kanak-kanak setiap hari. Aduan telah dibuat kepada MPKj dan Ahli Majlis dengan harapan tindakan segera dapat diambil bagi menjamin keselamatan penduduk. Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/tular-individ…
16
Baru tiga bulan lalu, Muhammad Hafizuddin Roslin berdiri megah dengan pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2026. Kini, jaguh angkat berat negara berusia 22 tahun itu berdepan ujian paling berat dalam hidupnya apabila tangan kanannya terpaksa dipotong selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di Lebuhraya SUKE, Isnin lalu. Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat mengesahkan keputusan itu dibuat atas saranan doktor bagi menyelamatkan nyawa Hafizuddin. Pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa mengambil masa hampir tujuh jam. Hafizuddin turut mengalami kecederaan pada kaki, bahu dan kepala, manakala perkembangan kesihatannya terus dipantau. Pada Julai lalu, atlet kelahiran Perlis itu mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi emas kategori 88 kilogram lelaki dengan jumlah angkatan 345 kilogram, sekali gus mencipta rekod baharu. Majlis Sukan Negara (MSN) dan PABM kini memberi tumpuan kepada rawatan, kebajikan serta sokongan psikologi buat Hafizuddin dan keluarganya dalam menghadapi ujian besar ini. Sumber: Bernama, Sinar Harian
103
Ketika menyampaikan ucapan, Trump secara tiba-tiba mencari kelibat Prabowo sebelum memintanya berdiri. “Di mana Indonesia? Saya nampak sahabat saya di sini tadi. Boleh kamu berdiri? Dia seorang yang sangat pemalu,” katanya. Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/trump-sifatka…
24
Menteri Besar Kelantan bersama barisan Exco mencipta kelainan apabila mengadakan Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) di dalam gerabak tren ECRL sepanjang perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Gombak, Selangor. Selain membincangkan urusan pentadbiran dan pembangunan negeri, perjalanan itu turut memberi peluang kepada mereka meninjau sendiri perkembangan projek ECRL yang dijangka menjadi pemangkin ekonomi Kelantan. Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/mesyuarat-exc…
27
Seorang lelaki berusia 56 tahun di Taiwan terpaksa menjalani pembedahan selepas sebiji kelapa yang dimasukkan melalui duburnya tersangkut jauh di dalam rektum. Akibatnya, lelaki itu mengalami sakit perut teruk serta tidak boleh kencing dan membuang air besar selama dua hari. Menurut laporan Hospital E-Da di Kaohsiung, lelaki berkenaan dipercayai memasukkan kelapa itu untuk mendapatkan rangsangan, tetapi gagal mengeluarkannya semula. Pemeriksaan CT mendapati kelapa tersebut menekan saluran kencing sehingga pundi kencingnya dipenuhi kira-kira dua liter air kencing. Doktor pada mulanya cuba mengeluarkannya tanpa pembedahan, namun terpaksa membedah pesakit kerana kelapa itu tersangkut terlalu dalam. Nasib baik sempat mendapatkan rawatan. Jika dibiarkan, tekanan berkenaan boleh menyebabkan pundi kencing atau usus pecah dan mengancam nyawa. Kes ini sebenarnya sudah lama berlaku dan pernah diterbitkan dalam British Journal of Surgery pada 2022 sebelum mendapat perhatian media pada Mac 2024.
34
Sungai Yamuna di India dipenuhi buih putih tebal akibat pencemaran, namun keadaan itu tidak menghalang penganut Hindu daripada menjalani upacara mandi sempena perayaan Chhath Puja, Isnin. Rakaman pada 16 November itu menunjukkan beberapa penganut tetap turun ke sungai berkenaan meskipun permukaan air dilitupi buih yang dikaitkan dengan sisa kumbahan, bahan pencuci dan pelepasan industri. Pendedahan kepada air tercemar itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kerengsaan kulit dan mata. Masalah pencemaran Sungai Yamuna bukan perkara baharu apabila kejadian sama pernah dilaporkan sebelum ini, khususnya ketika musim perayaan. Walaupun pelbagai usaha pembersihan dilaksanakan, kemunculan semula buih tebal itu terus mencetuskan persoalan mengenai keberkesanan langkah pemulihan sungai berkenaan. Sumber: The Indian Express Video: World Quick
41
Sudah lama menetap di Malaysia, tetapi masih tidak layak membeli minyak masak paket bersubsidi RM2.50. Itu keluhan seorang lelaki dikenali sebagai AB yang mempersoalkan syarat penggunaan MyKad dan aplikasi eCOSS. “Padahal, kami sudah tinggal lama banget di Malaysia, cuma memang tidak punya identitas Malaysia saja,” katanya menerusi hantaran Facebook yang mengundang perhatian. AB turut mendakwa dasar itu menyusahkan golongan sepertinya kerana terpaksa membeli minyak masak botol yang lebih mahal. “Kebijakan ini benar-benar menyusahkan! Hidup di Malaysia benar-benar terasa menyiksa sekarang,” katanya sambil meminta menteri mengubah sistem supaya lebih adil kepada semua. Bagaimanapun, ruangan komen bertukar panas apabila netizen mengingatkan bahawa subsidi minyak masak memang dikhaskan untuk rakyat Malaysia, bukannya berdasarkan berapa lama seseorang menetap di negara ini. Untuk rekod, kerajaan melarang penjualan dan pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh bukan warganegara sejak 1 Mac 2026 bagi mengelakkan ketirisan subsidi. Pelaksanaan eCOSS pula bertujuan memantau pembelian supaya bantuan sampai kepada golongan yang layak. Maka, lama menetap di Malaysia tidak secara automatik melayakkan seseorang menikmati subsidi yang diperuntukkan kepada warganegara.
29
Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan hubungan Malaysia–Perancis kini dinaik taraf kepada perkongsian strategik, sekali gus membuka peluang kerjasama lebih besar dalam industri berteknologi tinggi, pertahanan dan tenaga. Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di X selepas pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara perkembangan paling menarik ialah projek Carester–Malaco yang dijadualkan bermula pada 2027, membolehkan nadir bumi diproses di Malaysia dengan kapasiti penapisan di Perancis. Kedua-dua negara turut memperkukuh kerjasama pertahanan melibatkan helikopter mencari dan menyelamat Airbus, selain merancang pusat bersama bagi menangani ancaman hibrid. Kerjasama itu juga merangkumi semikonduktor, cip berprestasi tinggi, pusat data, keselamatan kabel dasar laut, gas asli cecair dan tenaga nuklear awam. Macron turut mengumumkan usaha menghidupkan semula program biasiswa dan penyelidikan bersama, sambil menyifatkan hubungan kedua-dua negara sebagai langkah penting ke arah ekonomi yang lebih kukuh dan kurang bergantung kepada pihak luar. Sumber: Emmanuel Macron (X)
36
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menegaskan, setakat ini tiada bukti kukuh yang mengesahkan syarikat berkaitan Malaysia menjadi punca kebakaran hutan dan lahan (karhutla) di Indonesia, susulan dakwaan membabitkan 21 syarikat. Menurutnya, hasil pemantauan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati kebakaran di kawasan yang diperiksa bermula dari luar ladang milik syarikat Malaysia sebelum merebak ke kawasan berkenaan. Bagaimanapun, Arthur berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang terbukti bertanggungjawab menyebabkan kebakaran dan pencemaran jerebu, serta tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang.
28
Seramai 25 warga asing ditahan dalam Ops Gegar yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sekitar Jalan Changkat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, awal pagi Selasa. Antara kesalahan dikenal pasti termasuk menyalahgunakan pas lawatan sosial, melanggar syarat pas dan tinggal lebih masa. Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/25-warga-asin…
36
Anak Menteri Besar Negeri Sembilan, Naim Ismail tampil mempersoalkan kenyataan berhubung peletakan jawatan bapanya, Datuk Ismail Lasim. Menerusi hantaran di Instagram, Naim turut mendakwa wujud usaha menjatuhkan individu dalam parti sendiri, selain mengingatkan supaya kepentingan pihak tertentu tidak menyebabkan orang lain dijadikan kambing hitam. Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/jangan-jadika…
1
47
Syifa Melvin tampil memohon maaf secara terbuka kepada bekas adik iparnya, Shafiq Shaheen selepas mengakui terlalu mengikut emosi sehingga membuat siaran langsung yang mengaibkan lelaki berkenaan. Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/kami-mengaku-…
1
145