"Jangan menyerah saat doa²mu belum terjawab,bersabar lah..
Kerana Allah mampu memberikan lebih dari apa yang kamu minta"..
"Jangan jadi macam burung kakak tua, cakap saja pandai terbang tak berani, jadilah seperti helang mulut diam saja tapi terbang paling tinggi"..
Jangan jadi manusia sinis,
Tahunya hanya mendabik dada,
Jadilah yang si manis,
Bila berkata semua terpana.
Kata Pujangga retweeted
Tadi jumpa kawan lama. Dah dkt 10 tahun kahwin, anak nak masuk 5 tapi selalu kena pukul dgn husband dia. Tengah pregnant anak nom 5 kena pukul sampai retak tulang punggung. Dia cakap “Kalau Sajat tau derita jadi perempuan tobat dia nak jadi jantan balik.”
Serba salah nak gelak🙃 – at Bandar Kuala Terengganu, Terengganu
Siapa kata si miskin tidak mampu memberi..kerana mungkin saja kaya nya si kaya dr doa nya si miskin.. jgn lokek utk memberi..Jika tdk pun dgn harta apa lah kira nya dgn sepotong doa..
Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia sebagaimana yang diinginkan. Walau berliku mana pun hulu sungai itu, pasti akan sampai ke laut masin juga.
Kekurangan juga nikmat. Lebihnya mungkin di lain tempat.
Tidak memiliki juga rezeki. Tidak sekarang, mungkin nanti.
Hidup ini adalah warna warni yang terlakar di kanvas, walaupun tak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna.
Allah tolong jaga hatiku... Kerana jika aku menjaganya kerap aku campakkan ia ke tempat yg tidak sepatutnya..
Hendak ku luah terasa malu..
Cukuplah hanya diriku tahu..
Selamat malam si pujaan kalbu..
Moga lenamu ada aku..
Dunia ini indah jika apa yg dirancang menjadi kenyataan.Akan tetapi ramai yg seringkali terlupa, "Kita hanya mampu merancang tapi bukan menentukan".




