AHAL retweeted
Hari ini, saya menyempurnakan penyerahan Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2026 berjumlah RM11 juta khusus kepada kategori Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Peruntukan ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan RM30 juta yang disediakan Kerajaan Negeri bagi memanfaatkan 798 buah sekolah daripada pelbagai aliran di seluruh Selangor, jumlah tertinggi yang pernah disalurkan dalam tempoh setahun.
Meskipun pengurusan pendidikan berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri tidak akan berlepas tangan dalam memastikan anak-anak Selangor dapat belajar dalam persekitaran yang selesa, selamat dan kondusif. Sejak program ini dimulakan pada 2009, sebanyak RM274.124 juta telah disalurkan kepada sekolah-sekolah pelbagai aliran di Selangor.
Selain menaik taraf bangunan, bilik darjah, perabot dan kemudahan sukan, saya berharap peruntukan kali ini turut dimanfaatkan untuk meningkatkan tahap keselamatan sekolah, termasuk melalui penggunaan sistem pendaftaran digital serta teknologi yang bersesuaian.
Terima kasih kepada para guru dan ibu bapa yang terus memainkan peranan penting dalam mendidik serta melindungi anak-anak kita. Pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM1 juta untuk kegunaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Selangor bagi memperkasa pelaksanaan aktiviti mereka.
Semoga bantuan ini menyokong usaha kita bersama-sama membina generasi Selangor yang berkeyakinan, berdaya saing dan mampu melangkah jauh di persada antarabangsa.
#KitaSelangor
AHAL retweeted
No agony is greater than a father burying the child he should still hold in his arms. The US government and Israeli regime bear responsibility for Minab's 168 murdered children. We will never forget. This atrocity exposes the hypocrisy of those who claim to defend human rights.
AHAL retweeted
Saya bersama para pelajar dan tenaga pengajar di MITS Alam Impian untuk Sesi Serahan Pek NutriSel SPM yang akan memanfaatkan 70,000 pelajar.
Saya kemudian meneruskan tugas dengan menghadiri Mesyuarat Ketiga Penggal Ke-IV Dewan Negeri Selangor ke-15 bagi menjawab soalan berkenaan tabung TAWAS dan dana alam bencana, yang juga berkait dengan fleksibiliti kewangan negeri.
#KitaSelangor
AHAL retweeted
Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI membuka kaunter pendaftaran Platform Selangor (PLATS) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang bagi memberi peluang kepada peniaga yang terjejas banjir menyertai platform berkenaan.
Berita penuh: shorturl.at/Q3LBy
#MediaSelangor #MBI #PLATS
AHAL retweeted
Tengah hari tadi, saya bersama Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Ampang bersama para kariah dan jemaah.
Usai solat, kami menikmati makan tengah hari di Medan Selera Taman Sri Watan, Ampang. PMX turut meluangkan masa beramah mesra serta menyantuni para peniaga, pengunjung dan warga setempat.
Terima kasih warga Ampang atas sambutan yang begitu mesra.
#KitaSelangor
Since I get questions about today's ruling on Mubarak's sedition case, here is the plain legal reality so nobody gets misled by headlines and by the cytros:
1. Penahanan prosiding (stay) hari ni bukan bermakna dia menang atau lepas - mahkamah cuma rujuk persoalan bidang kuasa ke Mahkamah Tinggi bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
2. Hujah peguam dia kononnya seorang Undang bertaraf "Raja" dan hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Khas (Perkara 181 & 182 Perlembagaan Persekutuan) memang tak akan ke mana:
- Kes Dato' Menteri Othman sejak 1980 lagi dah putuskan Undang BUKAN Raja yang ada kekebalan kedaulatan.
- Lagipun, jawatan dia sebagai Undang dah pun dilucutkan dan diwartakan oleh Dewan Keadilan dan Undang.
3. Paling kelakar, batang hidung dia sendiri pun tak berani muncul di mahkamah hari ni. Semua ni taktik melengah-lengahkan masa semata-mata nak terus berkurung dalam Balai Undang.
Let's all wait for the High Court to dispose the referral, we will see reality catch up on Mubarak in 4K.
AHAL retweeted
Khutbah Jumaat: Perkasa Integriti & Tatakelola; Kukuh Negara Bangsa Malaysia
Tonton juga di TikTok:
vt.tiktok.com/ZSsBGfBJv/
AHAL retweeted
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembinaan Masjid Warisan Kuala Lumpur.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu yang amat istimewa, Fadhilatus Syeikh Prof. Dr. Ali Muhyiddin al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (IUMS).
إِنَّمَا يَعۡمُرُ مَسَٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمۡ يَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَۖ فَعَسَىٰٓ أُوْلَٰٓئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِينَ
Menghayati pedoman Surah At-Taubah ayat 18, usaha memakmurkan rumah Allah menuntut keikhlasan, pengimarahan ilmu serta jiwa yang inklusif. Ingatlah bahawa tuntutan solat dan zakat berjalan seiring dengan sifat kehambaan dan takut (dengan penuh pengharapan) kepada Allah SWT.
Sumbangan dan penglibatan masyarakat adalah nadi dan kunci kepada kejayaan dan hidayah yang kita impi dan dambakan melalui ayat tersebut. Di saat kita berusaha menumpu serta memacu kemajuan di ibu kota, kepelbagaian dan sisi keterangkuman di bumi Malaysia tercinta ini mesti terus dipertahankan.
Pembinaan Masjid Warisan ini tidak semata mercu tanda baharu di ibu kita, malah ia akan turut menjadi lambang peradaban yang mempamerkan budaya, jati diri dan latar warisan Melayu serta Islam.
Dengan konsep seni bina moden yang serasi dengan persekitaran, masjid ini direka agar tidak tenggelam di sebalik hutan konkrit di sekitarnya, lantas membuktikan bahawa kemajuan materi dan fizikal serta pemeliharaan warisan dapat bergerak seiring dan sejalan.
Saya menyambut baik beberapa saranan dari Menteri Wilayah Persekutuan YB Hannah Yeoh agar pembinaan masjid ini dilengkapi kemudahan awam yang boleh dimanfaatkan bersama oleh seluruh masyarakat, termasuk pembangunan tasik tadahan dan tambatan air demi kelestarian Kuala Lumpur.
Terima kasih kepada Fadhilatus Syeikh Dr. Ali al-Qaradaghi yang sudi memimpin bacaan doa memohon keberkatan di penghujung majlis.
Semoga Masjid Warisan ini menjadi nadi perpaduan, pusat ilmu dan rahmat buat seluruh warga kota.
#YakinMADANI
AHAL retweeted
Kerajaan Negeri membelanjakan RM274 juta menerusi Program Bantuan Sekolah Selangor bagi membiayai kerja pembaikan infrastruktur dan menaik taraf kemudahan sekolah sejak 2009, kata Dato’ Menteri Besar.
Baca selanjutnya: mediaselangor.com/ms/2026/11…
#MediaSelangor #infrastruktursekolah #menteribesarselangor #sekolahagama
AHAL retweeted
Seramai 2,442 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah berasrama seluruh Selangor menerima Bakul NutriSel yang mengandungi makanan tambahan, vitamin dan kelengkapan lain bagi membantu mereka sepanjang peperiksaan.
Berita penuh: shorturl.at/7LoGd
#MediaSelangor #BakulNutriSel #SPM
AHAL retweeted
Kerajaan Negeri membelanjakan RM274 juta menerusi Program Bantuan Sekolah Selangor bagi membiayai kerja pembaikan infrastruktur dan menaik taraf kemudahan sekolah sejak 2009.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari @AmirudinShari berkata, inisiatif berkenaan akan diteruskan, selain menegaskan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyokong institusi pendidikan, khususnya sekolah agama, menerusi bantuan kewangan dan penambahbaikan infrastruktur secara berterusan.
#BantuanSekolahSelangor #PendidikanSelangor #BaikPulihSekolah #NaikTarafSekolah #AmirudinShari #KlikSemasa #MediaSelangor
AHAL retweeted
#KualaLumpur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat model tapak pembinaan pada Majlis Peluncuran Projek Masjid Warisan di Jalan Davis, Kuala Lumpur hari ini.
Turut sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.
📸 fotoBernama
#BernamaNews
"Saya faham ini menyebabkan sebahagian mereka benci kepada saya. Selagi saya ada tugas, tanggungjawab dan amanah, saya tidak akan tolak ansur." - PM @anwaribrahim
Bukan isu kecil apabila aset kerajaan, khususnya pesawat TUDM, didakwa digunakan untuk menyeludup dadah. Jika wang mampu membeli ruang dalam jentera pertahanan negara, di mana lagi letaknya kedaulatan kita?
PM Anwar menegaskan kes ini bukan kes terpencil. Semua agensi berkaitan diarahkan menyerahkan laporan menyeluruh. Tiada kompromi terhadap pengkhianat keselamatan negara.
Membongkar kegiatan haram yang menyentuh kepentingan pihak tertentu pasti mengundang tekanan. Namun, PM Anwar tidak berganjak. Dengan sokongan penuh Jemaah Menteri, usaha membersihkan rangkaian jenayah dan penyeludupan diteruskan tanpa pilih kasih.
#malaysiamadani #anwaribrahim #TUDM
AHAL retweeted
Menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Ampang hari ini bersama jemaah setempat.
Khatib mengingatkan tentang amanah pemerintahan, khususnya dalam memelihara tanah wakaf. Pesan ini besar maknanya buat saya dan setiap insan yang diberi tanggungjawab memimpin. Apabila seseorang mewakafkan sebidang tanah untuk didirikan masjid atau sekolah, menjadi kewajiban kita menyempurnakan hajat itu dan memastikan hak umat terpelihara daripada sebarang penyelewengan.
Tanah yang diwakafkan hari ini akan dinikmati manfaatnya oleh generasi penerus. Kita bertanggungjawab memastikan tanah itu diurus dengan baik dan digunakan sebagaimana yang dihajati oleh pewakaf.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
AHAL retweeted
𝐖𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐉𝐀𝐌𝐄𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐒𝐀𝐌𝐀𝐃
Jika ingin tahu di mana lahirnya Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya ibukota Kuala Lumpur. Pertemuan di antara dua sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak.
Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ialah salah satu masjid tertua di Kuala Lumpur yang dibuka pada tahun 1909 betul-betul di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak.
Alhamdulillah, usaha menaiktaraf dan membangunkan identiti dan keunikan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ini telah membuahkan hasil.
Satu galeri yang cantik dan informatif telah dibangunkan bersama Think City dengan kerjasama JAWI, DBKL termasuk penyelidik dari Universiti Malaya. Terima kasih Kementerian Kewangan yang turut memainkan peranan penting dalam usaha ini.
Insya-Allah akan dirasmikan dalam masa terdekat dan akan dibuka kepada orang awam.
Bangunan telah dicat semula dan dilaksanakan penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur yang ada.
Bukan itu sahaja, jubah, kain sarung dan selendang bagi pelancong juga direkacipta khas oleh MIMPI KITA bersesuaian dengan identiti Masjid Jamek.
Fasa seterusnya adalah membangunkan keseluruhan kompleks yang ada termasuk taman di sekitar Masjid.
Jika Bangunan Sultan Abdul Samad telah dipulihkan dan menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong, Masjid Jamek juga mesti diberikan perhatian sewajarnya.
Alhamdulillah, perancangan berjalan dengan lancar dan insya-Allah projek seterusnya di masjid-masjid yang lain.
Ya, ini merupakan antara projek islah yang sedang laksanakan di masjid-masjid Wilayah Persekutuan. Doakan.
Masjid Jamek ini meninggalkan memori tersendiri kepada saya.
Semasa zaman muda dahulu saya bekerja di Jalan Melaka betul-betul berhadapan dengan Masjid Jamek dan di sinilah tempat saya selalu solat. Beberapa kali banjir besar menyaksikan Masjid Jamek ditenggelami air.
Kini Masjid Jamek sudah berwajah baharu beserta dengan galeri dan sejarahnya yang mengkisahkan jiwa dan asal usul Kuala Lumpur.
Islam terus subur dan mekar di Malaysia. Terus kerja dan kerja. Fastabiqul khairat!
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
📷 Shafiq (Media Menteri Agama)
AHAL retweeted
🇲🇾🇵🇸 𝐏𝐀𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍, 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐈! 🇵🇸🇲🇾
Di saat kita pulang ke rumah,
ada yang masih mencari tempat berteduh.
Di saat kita memeluk anak-anak,
ada yang hanya mampu memeluk kenangan.
Di saat kita menikmati sebuah kehidupan,
ada yang sedang berjuang untuk terus hidup.
Jarak mungkin memisahkan kita,
tetapi kemanusiaan menyatukan kita.
29 November bukan sekadar sebuah tarikh.
Ia merupakan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin yang diperingati setiap tahun oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dan pada hari itu, Malaysia turut bersama.
Mari hadir membawa satu suara,
satu doa dan satu harapan.
🇵🇸🇲🇾 𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍 🇵🇸🇲🇾
🗓️ 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝟐𝟗 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
⏰ 𝟒.𝟑 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 – 𝟏𝟎.𝟑𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦
📍 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚, 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐧𝐭 𝟑
Bawa keluarga. Ajak sahabat.
Didik anak-anak mengenal erti kemanusiaan.
Kerana suatu hari nanti, apabila anak-anak bertanya apa yang pernah kita lakukan untuk Palestin, kita punya sebuah kisah untuk diceritakan.
Jauh di mata, jangan jauh di jiwa. 🇵🇸🇲🇾
Sertai kami dan daftar di sini : luma.com/2xajywfa
Dari sungai ke samudera; Palestin bebas selamanya!
#IhsanUntukPalestin
@MyJAKIM
AHAL retweeted
Benci kerajaan, tapi pencen askar minta naik. Bila dah naik, benci juga.
Tukar kerajaan, tak naik, dia diam je..kalau bersuara pun, kerajaan baru buat bodo. Elok je dia hidup dgn duit yg ada.
Ni semua drama dah lama main.
AHAL retweeted
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙, 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐑𝐓𝐀𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍
Kerajaan MADANI terus memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan golongan huffaz menerusi pelbagai bentuk sokongan, termasuk pembiayaan dan bantuan biasiswa bagi memastikan peluang pendidikan mereka terus diperkasa.
Antara inisiatif yang dilaksanakan bagi tempoh 2023 hingga 2026 ialah:
• Skim Pembiayaan Huffaz (SPH): Seramai 1,290 pelajar huffaz menerima manfaat dengan peruntukan sebanyak RM20.40 juta.
• Darul Quran JAKIM: Pembiayaan dan biasiswa berjumlah RM22.79 juta disalurkan kepada para penuntut bagi tempoh 2023 hingga Oktober 2026.
Sejak 1996, Darul Quran JAKIM telah melahirkan 12,633 huffaz. Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan memperluas akses pendidikan al-Quran serta mengangkat peranan golongan huffaz dalam pembangunan ummah dan negara.
#JabatanPerdanaMenteri
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#YakinMADANI
@malaysiapmo
@shamsulazribakr
AHAL retweeted
Dakwaan hutang naik RM600 bilion adalah tidak tepat, kerana ia membandingkan dua kategori yang berbeza.
Anwar warisi RM1.08 trilion hutang langsung dari kerajaan sebelumnya. Hutang negara tidak bermula dari kosong.
Kalau nak banding,
Banding hutang dengan hutang.
Banding hutang+liabiliti dengan hutang+liabiliti.
Baru adil.
Perbincangan tentang hutang negara perlu dibuat berdasarkan perbandingan kategori yang sama, supaya rakyat mendapat gambaran yang tepat.
































































